Wednesday, March 30, 2011

TUDUNG

Google image

Hari ni kawan nak cerita tentang pengalaman kawan pergi interview kat satu company yang berprestij kat Malaysia ni. Company ni keluarkan produk pewter dan terkenal di kalangan pelancong luar Negara. Kalau orang Malaysia jarang beli produk pewter yang harganya sangat mahal. 


Photo frame yang biasa tu je dah RM100 lebih. Memang orang kita tak sanggup nak keluarkan duit untuk barang semahal  tu kecuali kalau dah tersangat kaya raya. 

Kawan pergi interview ditemani hubby. Malam sebelum interview tu kawan usha  lokasi company tu. Bukan ape senang la nanti esok pagi x payah kelam kabut nak cari takut lambat pulak. ro akhirnya kawan jumpa gak lokasi company tu. Owh..kawan tau tempat tu. 


Dekat dengan tempat keje kawan yang lama. Keesokan harinya kawan bersiap-siap nak pergi interview dengan semangatnya. Dalam hati kawan berkata “harap2 dapatlah job ni, kawan dah x larat nak jadi housewife”. 

Kawan gerak dari rumah agak lambat dalam jam 8 am. Keluar je depan rumah kawan dah jammed gila. Belum lagi keluar jalan besar. Sepanjang jalan kawan istighfar banyak2 sebab x snagka jammed seteruk tu. 


Maklumlah kawan dah lama x keluar bekerja di waktu pagi. Dengan perasaan bercampur baur takut kalau lambat sampai untuk interview sambil otak ni ligat berfikir  “apalah soalan yang bakal ditanya oleh interviewer tu”. 

Akhirnya setelah penat melalui jammed kawan pun sampai ke lokasi yang nak dituju. Setelah ambik pas pelawat kawan terus masuk ke office HR. Alahai kecik gila office diaorang dekat kawasan kilang pewter pulak tu. X kisahlah janji kawan dapat kerja. 


Kawan diberi beberapa kertas soalan untuk dijawab. Mak datuk  soalannya memang bermain dengan IQ. Otak kawan ni dah naik beku dok kat rumah hamper 3 bulan. Nak x nak kawan terpaksa gak jawab soalan tu. Banyak gaklah yang kawan dapat jawab. Hentam keromo je! Hehe…

Setelah settle jawab semua kertas soalan, masuk seorang perempuan yang mengenalkan dirinya sebagai patricia. La rupa2nya orang yang bagi kertas soalan kat kawan tu lah yang akan interview kawan. 


Ingatkan pembantu HR je. Kawan mulakan sesi temuduga dengan menceritakan latar belakang kawan. Interview ni dalam bahasa omputih taw..berbelitlah lidah kawan speaking London.Belum sempat habis si perempuan tu dah potong cakap kawan. Setiap kali kawan cakap dia mesti potong cakap kawan. Hangin je kawan dibuatnya. 

Setelah habis semua pengalaman kawan cerita dia pun start cerita apa tugas yang kawan perlu buat. Dalam hati kawan cakap “huh..confirmlah memang aku dapat kerja ni”. Berdasarkan pengalaman kawan sebelum ni kalau interviewer tu dah start cerita apa yang perlu kita buat secara detail maksudnya kita telah Berjaya dalam interview tu.


Kawan pun semakin syok dengar dia cerita pasal tanggungjawab yang bakal kawan pegang selepas ni. Kawan diberi mandat untuk menjadi Boutique Supervisor di Pavillion. 

Tiba-tiba je perempuan tu teringat suatu benda penting yang dia kena highlight kat kawan. Dia cakap “pekerja di boutique ada uniform dan uniform tu x membolehkan kita pakai tudung”..”boleh x kamu bukak tudung kamu?”.Dengan penuh cover dia terangkan kat kawan. 


Bila dengar je dia suruh kawan bukak tudung darah kawan serta merta naik sampai ke kepala tanda marah. Ada ke patut dia dah tau kawan pakai tudung lepas tu nak suruh kawan bukak tudung. Alasannya customer company tu high ends customer. Ramai di kalangan customer diaorang adalah foreigner. 

MasyaAllah…mengucap panjang kawan dengar. Cubalah korang fikir patut ke dalam Malaysia sebuah Negara Islam berlaku hal macam ni? Tak menghormati Agama kawan langsung! Tak menghormati langsung wanita  bertudung seperti kawan! Nasib baik yang interview tu bukan orang Islam kalau x memang dah kena ceramah agama dengan kawan. 


kawan pun dengan tegasnya cakap “sorry, I can’t take off my tudung”. Interviewer tu pun terdiam. Kawan tegaskan sekali lagi kawan cakap kawan takkan bukak tudung. Memang dia shock bila dengar kawan cakap macam tu. 

Bila dah bengang dia pun tanya kawan ada apa lagi nak tanya tak? For sure lah kawan jawab cukup setakat ni je sebab memang dah confirm kawan takkan dapat job tu. Kalau kawan setuju untuk bukak tudung dan pakai uniform yang menonjolkan betis dan paha kawan confirm kawan akan dipanggil kerja. So, stupid! Haprak nya company! 


Company yang sangat berpengaruh dalam Negara ni tapi standardlah bila dah berpengaruh dan banyak duit soal Agama akan diketepikan. Bazir masa,bazir duit dan bazir tenaga kawan je! Kawan jadikan ini satu pengalaman buat kawan dan buat kawan berfikir apa nak jadi dengan orang Islam yang suka menafikan dan mengingkari tuntutan Agamanya.

Nota bibir seksi:)

Sekalipun kawan dibayar 1 juta sebulan untuk kerja tu kawan tak akan bukak tudung..ada faham!!!

LAWAK SIT BASIKAL TERCABUT


google image

Ketika kawan di zaman kanak2 kawan sangat gemar menaiki basikal. Setiap petang kawan akan ronda2 di sekitar kawasan perumahan tempat kawan tinggal. Berbasikal dah menjadi rutin harian kawan bila balik dari sekolah. Berbasikal memang best. Kawan memang jaguh. 


Setakat bawak laju sambil lepas tangan tu perkara biasa yang kawan buat masa zaman sekolah dulu. Seronoknya tak terkata. Lebih2 lagi kalau dapat race dengan kawan2 bila balik dari sekolah. Basikal kawan warna hijau yang dibeli oleh ayah kawan dan sampai sekarang basikal kawan masih lagi dalam good condition.

Di suatu petang yang damai kawan bersama seorang sepupu kawan bersepakat untuk ronda2 di sekitar kawasan perumahan yang diberi nama Sungai Abong. Sambil berbasikal kami bergurau senda tanpa memikirkan pandangan orang lain. 

Sedang kami seronok bergurau tiba2 kawan terdengar bunyi sesuatu. Rupa2nya sepupu kawan jatuh dari basikal. Kawan pun tergelak besar tengok dia jatuh macam cempedak busuk dah. Bila dia tengok kawan tergelak besar dia pun gelak sampai x ingat dunia. 


Tiba2 mata kawan terpandag pada suatu benda iaitu sit basikal. Dalam hati kawan berkata ‘sit sape tu yang tercabut?”. Haha..kawan pun gelaklah bila tengok sit tu. Kawan memang expect tu sit basikal sepupu kawan. kawan pun sambung gelak macam nak terburai isi perut sambil cakap “haha..ko jatuh sampai sit basikal pun tercabut”.  

Bila kawan dah habis gelakkan sepupu kawan, kawan pun ajak sepupu kawan bangun dan teruskan rondaan kitaorang. Tapi sepupu kawan tak henti2 lagi tergelak. Udah2 lah tu..sambung esok kata kawan. 

Tiba2 sepupu kawan cakap “haha..bukan sit aku yang tercabut tapi sit basikal ko lah..hahahaahaha….” kawan pun terkejut dengar dia cakap macam tu dengan confident nya kawan bangkang cakap dia ‘bukan sit akulah, sit basikal ko lah..kan ko yang jatuh bukannya aku”. 


Sambil tangan kawan letak kat sit basikal kawan..sepupu kawan pun cakap “wei,ko x rasa ke yang ko pegang tu bukannya sit basikal tapi besi tempat sit ko tu”. 

Bila kawan pandang je rupa2nya memang betullah yang tercabut tu sit basikal kawan rupanya. Kahakahakaahkahkahkah…….kawan punya lah gelak sampai tertonggeng2 kat tengah jalan. Macam mana lah sit basikal kawan boleh tanggal sedangkan sepupu kawan yang jatuh basikal bukannya kawan. 

Ntah bila masa dia tanggal kawan pun x sedar. Kawan syok sangat bawak basikal sambil bergelak ketawa sampai tak sedar rupanya kawan duduk atas besi bukan atas sit.. haha.. memang lawak nak mampus. Sampai skang kalau jumpa je sepupu kawan kita orang mesti teringat kenangan “Sit Basikal Tercabut”. Hahahahahaha….memang x leh lupa..

Nota bibir seksi:)

Peringatan buat kengkawan..kalau nak gelakkan orang tu boleh tapi biarlah berpada2 bukannya ape takut nanti kita kena gelak lagi teruk dari tu..hahahahahaha….

Tuesday, March 29, 2011

OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya


"Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"....itulah motto odahone.blogspot.com.
Odah+One= Odahone "Bersamamu hidup ini indah semuanya"..ungkapan orang yang tengah hangat bercinta

Ibarat mandi basah kuyup, tidur x ingat dunia, makan sampai nak termuntah

Bersamamu hidup ini indah semuanya..cinta itu memang indah untuk dinikmati

Bersamamu hidup ini indah semuanya..cinta hanya akan lahir sekali sahaja seumur hidup kita kerana cinta itu maha agung

Bersamamu hidup ini indah semuanya..Ada apa dengan cinta?

Bersamamu hidup ini indah semuanya..sukar hendak digambarkan bagaimana rasanya cinta itu

Bersamamu hidup ini indah semuanya..cinta hadir tanpa diduga

Bersamamu hidup ini indah semuanya..cinta itu buta x kenal baik atau pun jahat, hodoh ataupun cantik

Bersamamu hidup ini indah semuanya..itu memang hakikatnya kerana cinta tidak mempunyai mata

Bersamamu hidup ini indah semuanya..bila bercinta hidup ini bagaikan kita yang punya

Bersamamu hidup ini indah semuanya..mata kita bagai digelapkan yang ada cuma cahaya cinta yang menyinari hidup kita

Bersamamu hidup ini indah semuanya..sehari tak bertemu bagai terasa beribu tahun lamanya
Bersamamu hidup ini indah semuanya..cinta tidak ada kompromi

Bersamamu hidup ini indah semuanya..cinta memerlukan banyak pengorbanan

Bersamamu hidup ini indah semuanya..cinta hanya ada satu maksud tapi ada pelbagai kategori. Cinta pada Allah kekal abadi, cinta pada ibu bapa membawa ke syurga cinta pada sesama manusia membawa kepada kebahagiaan. 

Bersamamu hidup ini indah semuanya..cinta begitu sinonim dalam hidup manusia. Tanpa cinta gelaplah dunia.

Bersamamu hidup ini indah semuanya..mudah-mudahan cinta OdahOne membawa ke syurga kekal hingga ke akhir hayat......

Sebenarnya........just nak join Ga yang OdahOne buat..kalau rasa nak join kliklah pada banner kat atas tu..ada macam-macam hadiah yang menarik..tarikh tutup 30 April..nak tahu syarat-syarat GA pun kliklah pada banner

Nak TAG 2 orang ni....


Nota bibir seksi:)

Cinta pertama ku membawa aku ke alam perkahwinan kerana bersamamu hidup ini indah semuanya..

Wednesday, March 23, 2011

Lawak Handphone..kihkihkih...



google image


Pada suatu hari aku bersama akak aku nak meronggeng ke shopping mall. Kami naik kereta, akak aku yang drive. Masuk je kereta akak aku terus set up dia punya handsfree kalau nanti ada orang call x payah la pegang handhone tu sambil drive. 

Bukannya apa, pegang handphone sambil memandu kereta memang sangat merbahaya dan mengundang malapetaka. Lagipun kita kena la sahut seruan kerajaan dan elakkan diri daripada disaman pihak polisi. 

Bila dah siap set up handsfree kami pun mulakan perjalanan. Kami start borak dari satu isu ke satu isu yang lain. tengah syok2 borak tiba2 je  bunyi lagu new divide by linkin park. Oh rupanya handphone akak aku yang berbunyi maksudnya ada orang call la tu. 

Dengar je bunyi handhone aku terbongkok2 mencari mane lokasi handphone tu. Bila tengok je kat skrin tu nama Ayah aku yang terpapar aku pun excited angkat nak cakap dengan ayah aku. 

Aku pun cakap hello ayah..tapi aku langsung x dengar suara ayah aku. Aku pun hello kan dekat berpuluh kali gak sambil letak handphone tu kat telinga n tekan macam2 button kat handphone tu. mane tau handphone tu tiba2 biol.

Tiba2 aku terdengar bunyi suara orang bercakap dan gelak2 kat sebelah aku..
Cis..rupa2nya akak aku dok gelakkan aku sebab dia dah jawab panggilan telefon tu dulu. Ye la kan dia pakai handsfree so x payahla letak handphone tu kat telinga. Dekat sejela cerita  dia dah borak dengan ayah  baru aku perasan yang dia dah jawab panggilan telefon tu.

Aduh.. punyalah macam orang bodoh aku cakap hello banyak kali. Boleh pulak dia gelakkan aku terbahak2 sebab tengok aksi sengal aku tu..Bila tengok dia gelak aku pun tergelak sampai nak terkeluar isi perut. 

Apa punya sengal da..aku pun x sangka tiba2 je aku boleh jadi sesengal tu.haha..lawak betul. Sejak dari tu bila naik je kereta dengan akak aku aku akan bagitau dia kalau handphone  bunyi aku x mau angkat takut sejarah lawak handphone berulang lagi.hahahahaha!!!!!!!

Nota bibir seksi:)
Nasib baik aku pakai bluetooth x yah pakai handsfree. Teknologi makin canggih ma..

Interview Datang Lagi..Aduh!!!



google image
Blablabla...lagu kesha kedengaran dari handsetku..mintak diangkat..

May I speak to Ms Nini. aduh..confirm panggilan untuk interview.

Maklumlah dah dekat 2 bulan lebih aku menganggur sejak berhenti kerja dari Habib Jewels. Memang desperate sangat nak kerja. dah x larat nak jadi suri rumah tangga. kebosanan yang amat gila.

Aku pun layan la recruitment consultant tu..aku di offer kerja sebagai Boutique Supervisor di Royal Selangor dengan gaji almost 4k. 

Deskripsi tugas yang aku perlu lakukan sama lah dengan pengalaman kerja aku sebelum ni di Habib Jewels dan Pizza Hut perlu handle staff, running business operation dan handle high end customers. huh..besar tanggungjawab yang perlu aku pikul. 

Ni semua gara2 aku pandai speaking London. once dah terjebak dengan kerja berkaitan customer service selamanya la kita akan dioffer dengan kerja berkaitan tu jugak. 

Huh,sememangnya aku dah bosan dengan keje berkaitan dengan customer ni. aku dah x larat nak layan customer yang berprofil tinggi..ala Datuk vs Datin. 

Kalau kat Habib Jewels tu ada gak orang2 yang berstatus rendah dan sederhana tapi kalau Royal Selangor ni confirmla orang2 kaya je yang mampu beli. huh..sedia maklmumla resmi orang kaya ni kebanyakan dari mereka cerewet nak mampus. 

Kadang2 bukan orang kaya je cerewet orang x berapa nak kaya kadang2 lagi cerewet dari orang yang betul2 kaya. hai..dah nasib badan memang rezeki aku kat kerja macam ni. 

Aku mesti terima sebab kalau x kerja sape mau bayar hutang2 aku. Kenalah tolong husband x bolehla biarkan dia pikul beban sorang2. Lagipun aku kena gak menyumbang pada negara kalau tak buat penat je aku belajar sampai degree.

Ape2 pun esok aku kena prepare yang TERBAEK....untuk interview. hope success!!





Nota bibir seksi:)

teringat masa keje kat habib jewels dulu almost 2 jam aku kena layan customer orang kaya tapi kedekut nak mampus. nak beli emas semua nak murah siap kena ikut kriteria yang dia nak. last2 x jadi beli..memang ekna sumpah haram jadah dengan aku. semuanya nak murah ikut selera dia, apa dia fikir itu kedai bapak dia yang punya!!!

Friday, March 18, 2011

Jom Diet!!

google image

Alamak..berat badan dah semakin naik ni! Selulit2 dah melekat kat kulit ni. Aduhai..hodohnya aku.. baju dan seluar dah ketat or aku yang semakin besar? X boleh jadi ni kena gak berdiet. Nanti aku nak bersanding runtuh pulak pelamin tu. X dapat che nak nolong..

Usah risau, usah takut..x payah lah membazir duit beli produk turunkan berat badan yang mahal2. Hasilnya belum tentu. Cuba dengan cara anda sendiri, kalau tak berjaya pun tak de la nak menyesal sangat.

Langkah pertama adalah tanamkan azam dan semangat yang kuat untuk menurunkan berat badan. Pedulikan orang2  yang akan menghasut atau cakap2 belakang. Yang gemuknya kita, yang derita pun kita jadi buat dek sudah.

Kedua, mestilah fokus dan berdisiplin. Kalau nak berdiet kena follow betul2 apa yang boleh dan x boleh kita makan.

Ketiga, kalau rajin buat jadual makanan yang kita perlu ambil dalam seminggu.

Keempat, jangan menyeksa diri sampai x makan langsung. Kalau mampus nanti kawan jugak yang susah. Siapa cakap nak turunkan berat badan x boleh makan nasi? Boleh tapi dalam kuantiti yang kecil. Kena kurangkan segala makanan yang boleh mendorong berat badan kita naik.


Berikut adalah tips2 yang mesti diamalkan untuk memperoleh bentuk badan yang mengiurkan:)

Banyakkan minum air suam. Jangan minum minuman yang berkarbonat dan mengandungi kadar gula yang tinggi. Boleh minum air manis seperti milo atau kopi tapi hanya sekali sehari iaitu di waktu pagi.

Kawal makanan yang anda ambil setiap hari. Sarapan pagi hanya sekadar makan roti dan air milo kurang manis. Tengahari makan nasi dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya biasa kita makan satu pinggan tu penuh sampai melimpah ruah tapi sekarang kita hadkan hanya makan separuh dari saiz pinggan normal ya bukan  makan dalam piring atau bekas makanan kanak2 ribena. 

Kalau anda dah dapat sesuaikan diri cuba untuk kurangkan kepada suku daripada pinggan tersebut. Yang penting kena jugak makan  nasi sebab nasi tu yang akan bagi kita tenaga lebih. Makan malam pula elakkan makan pada waktu malam iaitu jam 8 ke atas. Waktu yang paling baik adalah pada jam 6 hingga 7.30 malam. 

Kalau anda terasa lapar pada waktu tengah malam minumlah air yang mengandungi oat atau cereal yang boleh membuatkan perut anda berasa kenyang. Selain itu, anda juga boleh makan buah2an.

Dalam diet pemakanan anda pastikan anda ambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalan memakan epal hijau yang diblender dan dibuat jus adalah sangat baik. Ia dapat mengurangkan kolesterol dalam badan anda.

Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, goreng2 atau makanan yang  mengandungi perisa tambahan. Kurangkan makan daging atau ayam, makanan bersantan, kuih muih bersantan, air berkarbonat, air yang mengandungi kadar gula yang tinggi dan  makanan bergoreng. 

Lauk pauk kita boleh diganti dengan ikan atau makanan yang dimasak dengan cara rebus atau panggang. Bila nak masak apa2pun kurangkan penggunaan minyak. Nak lebih bagus guna minyak masak yang mengandungi omega 3 atau vitamin lain seperti minyak masak “Naturel”.

Amalkan cara hidup yang sihat. Sangat mudah..hanya berjogging anda pasti mampu menurunkan berat badan anda kembali kepada bentuk yang ideal. Kalau x sempat jogging waktu pagi, waktu petang pun boleh. 

Jogging x semestinya anda perlu berlari sekuat hati atau berjogging tanpa henti. Jogging slow2 pun x apa asalkan keluar peluh. Diselang-seli dengan berjalan dengan cepat sambil buat regangan otot. Tapi ingat kena stretching dulu. Jangan main jogging je nanti kalau hang pengsan sape nak nolong. Silap hari bulan kena heart attack. Yelah x pernah2 berjogging tiba2 berjogging x ke terkejut cik jan kita. Jogging tiap2 hari lagi bagus tapi kalau x dapat pun seminggu 3 atau 4 kali pun ok.

Kalau malu sangat nak keluar jogging atau tak ada kawan nak teman kita jogging anda boleh lakukan cara lain. Mari kita berdansa…hahaha!!! 

Anda boleh memasang video senaman aerobic atau memasang muzik yang rancak yang boleh membuatkan anda ingin goyang inul. Menari pun boleh keluarkan peluh taw. Tengok macam2 penari2 kat tv tu badan diaorang solid molid  lemak pun takut nak lekat sebab asyik bergoncang je.

Teman rasa sampai sini dulu. Kalau ada info lain teman akan kongsikan di waktu dan hari yang lain. Selamat mencuba tips teman ni. Ingat yang penting kena pasang niat yang baik dan tanamkan semangat yang kuat.

Nota bibir seksi

Teman pun dalam proses nak turunkan berat badan. Maklumlah sejak bergelar bini kepada orang ni lemak2 semakin bertambah. Senang hati kot…

BAHAYA MEROKOK..BERHENTI SEGERA!

google image

Tahukah anda merokok boleh meningkatkan risiko mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser, jantung dan strok sekaligus member kesan pada organ dan tisu badan kita.

MENGAPA KITA WAJIB BERHENTI MEROKOK?

Merokok boleh membahayakan kesihatan kita. Kita berpotensi tinggi untuk mendapatb pelbagai penyakit.

Bukan sahaja kita tetapi orang2 di sekeliling kita yang terdedah pada asap rokok juga berisiko untuk menghidapi pelbagai penyakit.

Ibu yang mengandung berisiko tinggi untuk melahirkan anak tidak cukup bulan atau  anda mungkin menggadai nyawa anak anda

Memburukkan penampilan diri anda. Orang yang merokok selalu dipandang negative

FAEDAH BERHENTI MEROKOK!

InsyaAllah panjang umur

Dapat  menghindari diri dari sebarang penyakit yang berbahaya

Menjamin kehidupan yang lebih sihat sejahtera

Meningkatkan tahap kelakian anda kerana merokok boleh melemahkan sperma anda

Yang paling penting merokok boleh menjimatkan wang anda. Bayangkan harga sekotak rokok 20 pcs  RM 8.50. Kalau sehari sekotak dalam seminggu anda perlu keluarkan duit sebanyak RM59.50, sebulan RM 255.00, setahun RM 3060.00. haiyaa..bodoh sungguh kamu membazirkan duit untuk menempa maut! Dengan duit  sebanyak tu anda boleh beli macam2 benda yang lebih berfaedah.

Sekali dah terjebak memang susah nak berhenti! Itu memang hakikat yang x boleh nak dielakkan. Walaupun sukar kita kena cuba sebab xde benda yang mustahil dalam hidup kita ni. Hendak seribu daya x nak seribu dalih! Kalau kita usaha dengan bersungguh2 dan disertai dgn doa serta tawakal insyaAlllah “u’ll find ur way”. Kat sini kawan bagi TIPS2 UNTUK BERHENTI MEROKOK. Renung2kan dan selamat mencuba...

Anda kena ada niat dan fokus. Yakin pada diri anda. Tanam dalam diri yang anda perlu berhenti merokok. Jangan terlalu memaksa. Yang penting anda cuba yang terbaik.Think Positive! Doa banyak2 ye!

Langkah pertama anda perlu mengurangkan kuantiti rokok dalam sehari. Daripada 1 kotak sehari kurangkan kepada sekurang2nya 2 batang sehari

Cuba untuk melengah2kan masa. Tarik nafas panjang dapat member anda kekuatan. Bila terasa ingin merokok cuba elak dengan melakukan perkara2 lain

Minum air masak dengan banyak. Elakkan minuman mengandungi kafein yang tinggi

Cuba menjauhkan diri daripada orang yang merokok

Buat diri anda sentiasa busy supaya anda tak terfikir langsung pasal rokok

Apabila rasa mengantuk kunyahla sesuatu seperti chewing gum. Buat sedikit regangan otot
Rajin2lah berpuasa. Bukan sahaja dapat pahala tapi menguntungkan anda

Bersukan dan melakukan pelbagai aktiviti yang sihat

Kerapkan mandi dan cuci tangan. Gosok gigi sekerap mungkin  kerana pudina yang ada dalam ubat gigi dapat hilangkan rasa ingin merokok.

Yang penting kena berdisiplin!

Nota bibir seksi

Dulu benci gile kat laki yang suka merokok last2 dapat gak suami yang merokok. Memang susah nak ubah tapi cuba sedaya upaya.






Thursday, March 10, 2011

Suke-Suki Nak Promote Filem Terbaru KRU Studios "Hikayat Merong Mahawangsa"

                                                   
                                                                            Kru Collection Image





















Genre:


Action / Epic



Status:

Now Showing


Director:
Yusry Abdul Halim



Language:
English

Cast:
Stephen Rahman-Hughes

Jing Lu

Gavin Stenhouse

Craig Robert

Fong

Eric Karl Henrik Norman

Keith Chong
W. Hanafi Su

Dato' Rahim Razali

Khir Rahman

Ummi Nazeera

Nell Ng

Jehan Miskin
Umi Aida

Kuswadinata

Mano Maniam
Ravi Sunderlingam

Synopsys:

Based loosely on the 16th century historical document entitled ‘The Malay Annals’, ’The Chronicles of Merong Mahawangsa’ is an action-packed epic feature film, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveler who came to Asia several hundred years ago.


The year is 120 AD… a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian – one of the Five Good Emperors. Meanwhile in China, the Han Dynasty is firmly cemented as the ruling empire and is expanding into Central Asia… one hundred years before the period of the Three Kingdoms. As the Roman fleet did their repairs and traded in Goa, they asked Merong Mahawangsa to escort a Roman prince to Southeast Asia, to wed a beautiful Chinese princess from the Han Dynasty. The Chinese princess and the Roman prince are supposed to meet halfway and be married on neutral grounds.

However, the pirate nation of Geruda had other plans. They decided to kidnap the Chinese princess and use her as ransom. En route to the Straits of Melaka, Merong Mahawangsa’s fleet was attacked by Geruda’s forces while stopping at a small island to replenish supplies.
Will Merong Mahawangsa be able to rescue the Princess and re-unite her with her betrothed in a marriage that is set to bring together two great civilizations from the East and West ?


KRU Studios has completed the production of its feature film entitled "Hikayat Merong Mahawangsa", which is also internationally known as "The Malay Chronicles: Bloodlines". This epic action adventure, directed by Yusry A. Halim, is loosely based on the myth of its namesake.... and will be in cinemas in 10 March 2011.

Nota bibir seksi

Mari sama2 kita serang panggung!! sokonglah industri filem tempatan terutamanya hasil kreativiti KRU STUDIOS yang terhebat di bumi Malaysia. Kecewa dengan scene last masa Berita Utama TV3 tadi bila TV3 x tunjuk pun filem epik terbaru tempatan. Yang ditunjuknya Filem Epik terbaru keluaran USA.Hukhuk..

"Nasihat Untuk Pedoman Hidup"

google image



Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!  

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.  

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.  

KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.  

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.

Percayailah cinta pandang pertama.

 KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.  

KESEPULUH

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar. 

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1.         Rasa hormat pada diri sendiri;
2.         Rasa hormat kepada orang lain;
3.         Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

Nota bibir seksi

Manusia mesti sentiasa diperdengarkan nasihat dan tunjuk ajar kerana manusia muda lupa dan lalai

Renungan Buat Si G-Wang


google image

Jangan pernah ucapkan selamat tinggal jika kamu masih meneruskannya 
Jangan sesekali pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup dan
Jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya

Jangan tertarik pada seseorang hanya kerana paras rupa, kekayaan dan kedudukannya
kerana ia bukanlah penjamin kebahagiaan
Tetapi tertariklah kepada seseorang kerana senyumannya yang mampu membuatkan hidup kamu seceria warna sang pelangi

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat

Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu



Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu
Tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah mempunyai keberanian untuk meluahkan cintamu padanya

Perkara paling menyedihkan dalam hidup ialah apabila bertemu dengan seseorang yang sangat bererti dalam hidupmu tetapi akhirnya terpaksa dilepaskan atas alasan yang kukuh

Hanya memerlukan waktu seminit untuk mentafsir seseorang
Sejam untuk menyukai seseorang
Sehari untuk mencintai seseorang
Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang  



                           
Nota bibir seksi

Cinta pada ibu bapa membawa ke syurga cinta pada Illahi kekal abadi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...