Biar adakalanya dia buat kau kecewa..
Tetapi x mengapa kerna dialah juga yang mengambil hatimu bila keadaan reda…
Ohh kita bersaudara janganlah gaduh2..
kerna air dicincang tidak akan putus…
(lirik dipetik dari lagu “Kita Bersaudara” ciptaan KRU)
Bila dengar je lagu ni aku mesti teringat kat akak2 dan abang2 aku. Walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati. Itulah yang boleh digambarkan betapa kuatnya keakraban kami adik beradik.
Lahir dari rahim ibu yang sama dan dicipta dari benih mak dan ayah yang sama. Ya Allah, sungguh indah nikmat kurniaan Allah ini.
Air dicincang tidak akan putus..memang satu perumpamaan yang sangat baik untuk kita gambarkan hubungan pertalian darah di antara adik beradik.
Cincang lah pakai senjata yang paling canggih dalam dunia pun air tetap tidak akan putus. Macam tu lah juga hubungan kita dengan adik beradik kita. Biar berperang macam mana sekali pun kita tetap adik beradik.
Itu satu hakikat yang kita tak boleh ubah sampai bila2. Hatta sampai dunia Kiamat pun fakta itu tidak boleh diubah!
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan antara kita adik beradik. Kalau setakat tak puas hati berebut mainan ke, bersaing dalam pelajaran atau karier itu perkara biasa.
Anggap ia satu persaingan yang positif. Janganlah sampai menimbulkan perasaan dendam atau hasad dengki. Jika timbul perselisihan faham cuba leraikan dengan cara berkomunikasi dan bertolak ansur.
Jika masing2 nak tunjuk ego, x nak mengalah maka rujuklah pada ahli keluarga yang lebih tua atau libatkan orang tua kita. Mungkin dengan cara itu dapat membuang segala ego dan mencapai jalan penyelesaian.
Air yang keruh jangan dibiarkan terus menerus menjadi keruh..gunakanlah “Clorox” untuk menjernihkannya. Maksudnya “Clorox” hanya digunakan sebagai perumpamaan untuk menjernihkan situasi yang tegang di antara adik beradik.
Saling menghormati, bertolak ansur, bekerjsama, menjalin hubungan yang akrab, komunikasi yang mantap, memahami dan menyayangi merupakan sifat2 yang perlu kita terapkan dalam diri kita semua.
Jika tidak ada salah satu dari sifat di atas maka kita bukanlah manusia mungkin ada pertalian darah dengan golongan King Kong atau Gorilla.
Dalam Islam kita diwajibkan menjaga hubungan di antara saudara yang ada pertalian darah mahupun saudara seagama.
Jika perhubungan tidak dijaga dengan baik maka pincanglah institusi kekeluargaan atau kelompok sesebuah masyarakat itu. Kita dapat lihat contohnya di negara2 Islam seperti Mesir, Libya dan di negara2 Islam yang lain.
Saudara seislam sendiri tidak bermuafakat. Hanya tahu mencari mengorek kesilapan orang. Sedangkan kekhilafan sendiri tak pernah difikirkan.
MasyaAllah.. mudah2an Allah melindungi Negara kita Malaysia terutamanya umat Islam daripada perpecahan.
Nota bibir seksi:)
Air dicincang memang x akan putus tapi daging yang dicincang pasti akan putus.hehehe...
No comments:
Post a Comment