Thursday, July 21, 2011

Masak Memasak....


google image

Dah 3 minggu rasanya kawan x uat entri. Busy dengan kehidupan harian ditambah lagi dengan perasaan yang bercampur baur sejak dua tiga menjak ni. Apapun x boleh kalau kepala sudah sakit memikirkan banyak masalah yang perlu ditanggung. Tapi bukan masalah yang kawan nak cerita. Kawan nak berkongsi cerita pasal masak memasak.

Masa zaman kawan muda remaja, zaman budak2 dulu la kawan memang x pandai masak. Suka nak belajar tapi mak kawan jenis yang x suka anak2 dia menyibuk kat dapur masa dia tengah masak. Mak kawan kata "Aku rimas tengok ramai2 orang kat dapur ni". Selamba je mak kawan sound..hikhik..So, kawan dan akak2 kawan memang x pernah la tolong mak kawan masak kat dapur. Semuanya mak kawan yang buat dari mula nak sediakan bahan memasak, sampai menumis hinggalah sampai menghidangkan lauk ..(terasa diri ku sangat malas masa zaman budak2 lu). Tapi kalau bab cuci pinggan mangkuk memang kami ber3 buat yer...(rajin gak kan)

Kawan start masuk dapur masa umur kawan 14 tahun. Itu pun ayah kawan yang suruh belajar masak. kalau mak kawan kerja dan x sempat nak masak hari tu so ayah kawan yang kena masak. Oleh kerana ayah kawan malas nak masak dia suruhla kawan yang masak sebab masa tu kawan kan sekolah petang so ada masa lah nak masak memasak ni.Tapi masakan kawan x pernah yang semenggah (senonoh). Lepas je mak kawan berhenti kerja kawan terus x nak masak lagi sebab kawan memang failed bab masak memasak ni.

Bila kawan habis sekolah STPM kawan dapat masuk U sejak tu la bermulanya hidup untuk berdikari. Makan minum x terjaga. Kalau rasa nak makan..makanlah kalau rasa malas..sanggup berlapar. Masa tinggal dengan family celik je mata makanan dah siap tinggal nak nganga mulut je.Kadang2 tu terasa rindu dengan masakan mak kat kampung. Apa2 pun hidup mesti diteruskan, kawan kena berjuang demi mencari sesuap nasi, demi menjamin masa depan yang gemilang. cewahhh..gemilang la sangat sampai sekarang pun x kerja lagi..hahaha...

Masa kat kampus dulu, kawan masak dalam periuk nasi elektrik. Segala macam benda kawan masak guna periuk nasi termasuk la goreng jemput2. Siapa sendalkan dengan sudu lagi supaya suis periuk nasi tu sentiasa ke bawah. Bila ingat balik memang lawak. Bukannya x boleh makan kat Kafeteria..kawan saja nak jimat duit sikit. Siap boleh buat amal jariah jemput kawan2 makan kat dalam bilik sambil buat asssignment. Tapi yang  sedihnya periuk nasi kawan kena rampas dengan Pihak Pengurusan Kolej masa diaorang buat spot check.Bengang tol kawan! Ye la memang bahaya pun masak guna periuk nasi tu..tapi budak2 kolej tu masak sendiri sebab kat kolej kami tu serba serbi mahal..yang termahal kat UKM.

Sejak zaman kampus tu la kawan banyak belajar cara-cara nak memasak. Belajar sendiri je..kawan tengok mak kawan masak pastu kawan tiru. yang bestnya sekali cuba dah menjadi. Silap haribulan kawan masak lagi sedap dari mak kawan..wakakaka..statement x leh bla..masakan mak paling best dlm dunia lor..

Sebelum ni kawan cuma tahu masak benda basic je macam masak asam pedas, kari, masak lemak cili api, goreng2 n sambal. Bila dah kawin ni asyik2 masak benda yang sama kawan sendiri rasa jemu sehingga kawan memberanikan diri mencuba masakan lain. Kawan tanya mak kawan dan cuba buat sendiri.Hah...hasilnya memang superb! Nasi ayam dan sup ayam yang kawan masak memang terbaik daripada ladang getah SIME DARBY. Bukan kawan yang kata eh..orang yang kata.

Nak tahu rahsianya..apa yang penting kita kena ikhlas masak untuk suami tercinta. Masa masak tu setiap apa yang kita buat kena baca Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan Ya Latif (niat dalam hati supaya makanan yang kita makan ni akan membuatkan kita baik akhlak sebab apa yang kita makan akan jadi darah daging)

Kesimpulannya,kawan memang bengang kalau orang perempuan x pandai masak. Lebih2 lagi orang yang dah kawin. Setakat masak benda simple2 takkan x tau. Sonang jo..Kalau nak balajar masak asam pedas dan sup boleh belajar kat dalam blog kawan ni (Blog aku dah macam blog Chef pulak siap ajar masak2..ekekeke...) Masak sendiri kat rumah banyak faedahnya..selain daripada menjamin kesihatan, kita dapat berjimat, berkat air tangan isteri atau ibu baik untuk keluarga kita. Usha2 dan fikir2kan la yer..



Nota Bibir Seksi:)

Orang Johor memang terkenal dengan masakannya yang sodap2..meh datang Muo..wah..sempat lagi aku promote negeri kelahiran ku..wakaka...

Saturday, July 9, 2011

Resepi Ayam Masak Merah

google image


Hi..everyone..

Today, kawan nak berkongsi resepi Ayam Masak Merah yang sangat simple untuk hidangan sekeluarga.
Let's try ya...

Bahan-bahan utama:)

1) Ayam - bergantung kepada uols nak masak berapa banyak
2) Bawang - bawang merah kecil dalam 5 ulas dan bawang putih 3 ulas. Hendaklah ditumbuk.
3) Halia - kuantiti sebesar ibu jari
4) Lada kering-yang telah diblender atau digiling 
5)Serai - 1-2 batang dan hendaklah dititik
6) Bahan perasa - garam, gula dan sedikit air

Cara-cara Memasak:)

1) Tumis kan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk.
2) Masukkan lada kering yang telah siap diblender dan biarkan sehingga lada betul2 garing
3) Bubuh garam, gula dan air secukupnya
4) Letakkan serai yang telah dititik
5) Masukkan ayam dan biarkan sehingga masak


Cadangan Hiasan:)

Hiaskan hidangan uols dengan daun saderi, kacang peas dalam tin tu bersama bawang goreng


Nota Bibir Seksi:)

Simple kan?? sedap plak tu..bagi sesiapa yang malas atau x berapa rajin boleh try menu ni untuk hidangan makan tengahari atau makan malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...