Friday, March 18, 2011

Jom Diet!!

google image

Alamak..berat badan dah semakin naik ni! Selulit2 dah melekat kat kulit ni. Aduhai..hodohnya aku.. baju dan seluar dah ketat or aku yang semakin besar? X boleh jadi ni kena gak berdiet. Nanti aku nak bersanding runtuh pulak pelamin tu. X dapat che nak nolong..

Usah risau, usah takut..x payah lah membazir duit beli produk turunkan berat badan yang mahal2. Hasilnya belum tentu. Cuba dengan cara anda sendiri, kalau tak berjaya pun tak de la nak menyesal sangat.

Langkah pertama adalah tanamkan azam dan semangat yang kuat untuk menurunkan berat badan. Pedulikan orang2  yang akan menghasut atau cakap2 belakang. Yang gemuknya kita, yang derita pun kita jadi buat dek sudah.

Kedua, mestilah fokus dan berdisiplin. Kalau nak berdiet kena follow betul2 apa yang boleh dan x boleh kita makan.

Ketiga, kalau rajin buat jadual makanan yang kita perlu ambil dalam seminggu.

Keempat, jangan menyeksa diri sampai x makan langsung. Kalau mampus nanti kawan jugak yang susah. Siapa cakap nak turunkan berat badan x boleh makan nasi? Boleh tapi dalam kuantiti yang kecil. Kena kurangkan segala makanan yang boleh mendorong berat badan kita naik.


Berikut adalah tips2 yang mesti diamalkan untuk memperoleh bentuk badan yang mengiurkan:)

Banyakkan minum air suam. Jangan minum minuman yang berkarbonat dan mengandungi kadar gula yang tinggi. Boleh minum air manis seperti milo atau kopi tapi hanya sekali sehari iaitu di waktu pagi.

Kawal makanan yang anda ambil setiap hari. Sarapan pagi hanya sekadar makan roti dan air milo kurang manis. Tengahari makan nasi dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya biasa kita makan satu pinggan tu penuh sampai melimpah ruah tapi sekarang kita hadkan hanya makan separuh dari saiz pinggan normal ya bukan  makan dalam piring atau bekas makanan kanak2 ribena. 

Kalau anda dah dapat sesuaikan diri cuba untuk kurangkan kepada suku daripada pinggan tersebut. Yang penting kena jugak makan  nasi sebab nasi tu yang akan bagi kita tenaga lebih. Makan malam pula elakkan makan pada waktu malam iaitu jam 8 ke atas. Waktu yang paling baik adalah pada jam 6 hingga 7.30 malam. 

Kalau anda terasa lapar pada waktu tengah malam minumlah air yang mengandungi oat atau cereal yang boleh membuatkan perut anda berasa kenyang. Selain itu, anda juga boleh makan buah2an.

Dalam diet pemakanan anda pastikan anda ambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalan memakan epal hijau yang diblender dan dibuat jus adalah sangat baik. Ia dapat mengurangkan kolesterol dalam badan anda.

Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, goreng2 atau makanan yang  mengandungi perisa tambahan. Kurangkan makan daging atau ayam, makanan bersantan, kuih muih bersantan, air berkarbonat, air yang mengandungi kadar gula yang tinggi dan  makanan bergoreng. 

Lauk pauk kita boleh diganti dengan ikan atau makanan yang dimasak dengan cara rebus atau panggang. Bila nak masak apa2pun kurangkan penggunaan minyak. Nak lebih bagus guna minyak masak yang mengandungi omega 3 atau vitamin lain seperti minyak masak “Naturel”.

Amalkan cara hidup yang sihat. Sangat mudah..hanya berjogging anda pasti mampu menurunkan berat badan anda kembali kepada bentuk yang ideal. Kalau x sempat jogging waktu pagi, waktu petang pun boleh. 

Jogging x semestinya anda perlu berlari sekuat hati atau berjogging tanpa henti. Jogging slow2 pun x apa asalkan keluar peluh. Diselang-seli dengan berjalan dengan cepat sambil buat regangan otot. Tapi ingat kena stretching dulu. Jangan main jogging je nanti kalau hang pengsan sape nak nolong. Silap hari bulan kena heart attack. Yelah x pernah2 berjogging tiba2 berjogging x ke terkejut cik jan kita. Jogging tiap2 hari lagi bagus tapi kalau x dapat pun seminggu 3 atau 4 kali pun ok.

Kalau malu sangat nak keluar jogging atau tak ada kawan nak teman kita jogging anda boleh lakukan cara lain. Mari kita berdansa…hahaha!!! 

Anda boleh memasang video senaman aerobic atau memasang muzik yang rancak yang boleh membuatkan anda ingin goyang inul. Menari pun boleh keluarkan peluh taw. Tengok macam2 penari2 kat tv tu badan diaorang solid molid  lemak pun takut nak lekat sebab asyik bergoncang je.

Teman rasa sampai sini dulu. Kalau ada info lain teman akan kongsikan di waktu dan hari yang lain. Selamat mencuba tips teman ni. Ingat yang penting kena pasang niat yang baik dan tanamkan semangat yang kuat.

Nota bibir seksi

Teman pun dalam proses nak turunkan berat badan. Maklumlah sejak bergelar bini kepada orang ni lemak2 semakin bertambah. Senang hati kot…

2 comments:

Cik Yana said...

Kalau ikut mama cik Yana kan, die marah berdiet2 kalau badan gemuk sikit je pun. Dia cakap makan selagi tubuh kita sihat. Nanti dah sakit, nak makan itu ini dah tak boleh. Hahaha~

Entry terkini: Serius Letak Jawatan Camni :P

odahonebizz said...

kurang tidur + kurangkan mkn + bykkn exercise = diet

odah + odahone + bizz = odahonebizz
OdahOneBizz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...