Tuesday, March 8, 2011

Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial:)


yahoo image

Bila sebut sahaja facebook, twitter, friendster, tagged dan my space siapa yang x tahu. Bukan hanya di kalangan remaja malahan orang dewasa pun gemar menggunakan laman sosial tersebut. Bukannya apa tak nak dikatakan kita ketinggalan zaman.

Haruslah ikut perkembangan dunia teknologi. Memang x salah tapi setiap apa yang baik pasti ada keburukannya. Kat sini kawan nak bahaskan keburukan dan kebaikan laman sosial untuk renungan semua.

Kebaikan Laman Sosial:)

1.      Dapat mengeratkan silaturrahim. Laman sosial memang seronok sebab kita dapat cari kawan2 sekolah yang dah lama x jumpa. Dapatlah kita tahu perkembangan diaorang selain bertanya khabar.

2.     Dapat mencari duit poket atau mengembangkan bisnes. Bagi sesiapa kaki bisnes, laman sosial ni adalah tempat yang paling strategik untuk kita kembangkan bisnes kita.

Ramai jugak di kalangan pengguna laman sosial yang mengambil kesempatan untuk menjual pakaian, tudung, aksesori dan sebagainya pada kawan2 untuk tambah duit poket. Bagus tu at least kita dapat tambah pendapatan.

3.      Dapat bertukar pendapat, menyumbangkan idea dan berkongsi pengalaman.

Laman sosial digunakan bagi sesetengah pihak untuk bertukar pendapat, menyumbangkan idea dan berkongsi pengalaman masing2 tentang sesuatu isu. Dapat jugak menambah ilmu dan pengalaman yang berguna untuk masa depan.

4.     Tempat meluahkan perasaan. Hah, memang betul laman sosial ni tempat paling sesuai untuk kita meluahkan perasaan.
At least ada orang yang akan bagi komen dan sokongan buat kita bila jiwa kita tengah kacau.

5.     Dapat mengisi masa lapang. Kalau tak ada keje nak buat atau sekadar nak release tension boleh chatting dengan kawan2 kat laman sosial ni. Dapat jugak hilangkan boring.

Keburukan Laman Sosial:)

1.     Bukan setakat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, malahan laman sosial ni dapat memutuskan hubungan silaturrahim. Mana x nya bila kita x puas hati dengan si polan kita dok mengumpat dia dengan kawan kita yang lain.

Hai..korang ingat si polan tu x boleh ke terbaca wall post korang tu. Kalau dah si polan tu terbaca nanti x ke melenting si polan tu. Apa lagi jadi bahan lah nak cari gaduh.

2.     Memang bagus untuk cari duit poket kat laman sosial ni. Tapi ramai gak kawan2 kita yang kena tipu.

Mana x nya ada ke pergi bagi no akaun bank kat wall post. Orang yang berniat jahat pasti akan terfikir nak buat jenayah.

3.      Ya, memang laman sosial dapat menambah ilmu kita sedikit sebanyak. Kalau ilmu yang baik x ada salahnya. Tapi kebanyakannya ilmu yang x  baik. Ilmu lucah la, ilmu songsang la malahan ilmu hitam pun ada. MasyaAlllah…

4.      X salah nak luah perasaan kat laman sosial tapi jangan sampai mengguriskan hati orang lain. Kalau anda x puas hati dengan si polan anda pun luahkan perasaan anda.

Bila si polan baca kat wall post anda si polan pun jadi berang. Benda kecik pun boleh jadi besar taw. Kalau agak2 benda tu privacy simpan sendiri sudah x yah la nak cerita kat laman sosial.

5.      Memang dapat mengisi masa lapang dengan benda berfaedah tapi ada gak yang sampai x ingat dunia bila dah mengadap depan computer layan facebook.

Solat x diendahkan, waktu makan pun x dihiraukan, panggilan mak dan ayah pun ditengkingnya. Pendek kata kalau aku dah duduk depan computer layan facebook x ada makhluk yang boleh kacau aku.

Macam tu sekali laman sosial ni boleh mengkhayalkan dan melalaikan kita. Pelajaran terabai akidah pun terabai. Penjawat2 awam dan pekerja2 pun x boleh nak jalankan tugas dengan baik kalau asyik nak layan chatting kat laman sosial. Udah2 le tu..insaf2 la..boleh layan tapi biarlah berpada2.

            Nota bibir seksi
Laman sosial menjadi punca berlakunya pertambahan kes penceraian di Malaysia. Maklumat terbaru yang kawan dapat dari tv.



2 comments:

Hana said...

Thankyou atas info yang berfaedah. Saya amik sikit tau untuk pertandingan perbahasan.=)

IeqaSafaa said...

Thanks for the info. Saya amik pointnya Untuk dibincangkan Dalam pertandingan pertandingan forum nanti. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...