Wednesday, March 9, 2011

KAHWIN MUDA

google image


Dunia remaja sangat indah untuk kita nikmati. Masa zaman remaja ni la kita nak explore realiti kehidupan yang hakiki. Time ni lah kita nak belajar macam2 perkara dalam hidup ni.  

Nak belajar kenal hati budi manusia, nak kenal apa itu erti cinta dan mengenal erti penat lelah mencari sesuap nasi. Pak Pandir cakap baru nak kenal dunia la katakan…

Hargailah zaman remaja yang kita ada kerana ia hanya sekali seumur hidup. Tak boleh rewind  ye…

Den cakap pasal zaman remaja ni bukannya apa. Kesian tengok  kawan2 den yang muda2 lagi dah jadi mak orang. Belum lagi puas menikmati zaman remaja. Belum lagi sempat membalas budi mak dan ayah. Dah jadi bini orang.

Nak buat macam mana kita yang berhak menentukan hala tuju hidup kita. Kalau itu jalan yang kita pilih maka kita terpaksa lalui.

Memang jodoh itu ditangan Allah, tapi kita yang merancang hidup kita. Allah hanya menentukan. Kalau kita rancang dari awal kita nak jadi orang yang berjaya dalam hidup  maka kita akan jadi orang yang berjaya dengan berkat usaha dan doa kita. Jika kita sengaja nak menjerumuskan diri kita dalam kancah kehinaan maka kita akan terjerumus.

Pokoknya, kita yang membentuk jati diri kita. Ibu bapa dan guru hanya menjadi pembimbing dan penasihat.

Perkahwinan bukan sesuatu yang mudah. Perkahwinan merupakan frasa baru dalam kehidupan setiap manusia. Hidup manusia akan dianggap sempurna jika dia telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Ya, itu memang benar!

Tidak salah kalau kita nak kahwin dalam usia yang masih muda jika kita telah bersiap sedia dengan segala ilmu di dada. Perkahwinan menuntut kita untuk berkorban dalam banyak perkara seperti dari segi masa, duit dan tenaga.

Tak  semestinya orang yang berkahwin pada usia muda tidak boleh membina sebuah keluarga yang harmoni dan mendidik anak2 dengan baik dan x semestinya juga orang dewasa mampu membina rumah tangga yang sejahtera dan mampu mendidik anak2 dengan cemerlang.

Perkara sebenarnya yang ingin den katakan adalah den simpati dengan nasib kawan2 den di luar sana yang kahwin kerana nafsu semata2 setelah terjebak dalam kancah kemaksiatan.

Keterlanjuran dalam perhubungan menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda walaupun pada usia itu mereka belum mampu untuk mencari sesuap nasi.

Dek kerana terlalu rakus dan ghairah ingin hidup bersama teman masing2 maka ikatan perkahwinan dicipta. Dengan fikiran dan perwatakan yang masih mentah, dengan tidak ada pendidikan yang melayakkan diri mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik mereka sanggup untuk menempuh kehidupan baru yang mencabar demi cinta.

Mereka masih seperti dulu..masih ingin enjoy dan melepak bersama teman2 di kala malam menjelma hingga keesokan harinya. Masih suka berfoya2 seperti orang bujang. Tidak tahu apa erti tanggungjawab dan apa erti sebuah perkahwinan.

Bila tiada tanggungjawab dan tiada persediaan dalam menuju ke gerbang perkahwinan maka akan timbul lah kucar kacir dalam rumahtangga. Masak pun tak tahu apatah lagi nak uruskan hal ehwal rumah tangga yang lain. 

                  
                   


Anak pulak lepas sorang, sorang lagi keluar. Bila dah berderet mulalah tension fikir macam mana nak bagi anak makan. Dengan pampersnya, dengan susu tepungnya, dengan pakaian dan segala keperluan lain. 


Huh..sesak nafas jugaklah nak bagi makan anak orang ni. Si suami pulak kerja setakat gaji RM 700. Bila anak dah berderet si isteri terpaksalah berhenti kerja. Kalau nak hantar anak kat Taska lagilah banyak modalnya. Seorang anak je dah RM 250-300. Mana nak cekau duit banyak tu, makan pun x cukup. 


Tulah dulu mak bapak suruh belajar x nak. Sibuk sangat nak kahwin sebab dah tangkap lentok dengan mat rempit tu. Kang dah hidup susah. Bila dah mengalami kesempitan duit mulalah tension memanjang. Asyik bergaduh laki bini. Anak2 lah jadi mangsa. Anak melalak nak susu pun dah tak dihiraukan, disepak2nya anak tu. 


Kesian..Lama2 jadi gila. Gila sebab duit tak pernah cukup, gila sebab tension anak2 asyik melalak, je, gila sebab suami asyik nak merempit je kejenya, anak bini x dihiraukan, gila sebab x boleh nak enjoy2 dengan kawan2, gila sebab banyak fikir macam mana nak buat kerja umah, nak jaga anak lahi, nak layan suami lagi dan macam2 kerenah hidup ni. Last2 masuk Tanjung Rambutan, paling tidak pun Gila Meroyan. Hah, kan dah menyesal seumur hidup.


Nota Bibir Seksi


Fikir2kan lah..kahwin ni memang seronok. Tapi perkahwinan bukan satu permainan. Mantapkan ilmu di dada baru anda layak bergelar mak dan ayah orang. Nak bagi anak orang makan bukannya senang, lain anak kucing tulang ikan pun di ngapnya. Renung2kan dan selamat beramal...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...