Hai..tiba2 je teringat masa aku zaman kanak2 dulu. Zaman kanak2 la yang paling best dan happening. X payah nak fikir masalah, x payah nak fikir pasal kerja, x payah nak fikir pasal bil x bayar lagi, x payah nak fikir pasal gaduh dengan boyfriend dan x payah nak fikir macam mana nak cari duit.
Dunia kanak2 hanya enjoy! Wah..seronoknya..rasa nak jadi kanak2 semula.
Mengimbas zaman kanak2 aku dulu, permainan yang selalu menjadi tarikan adalah teng teng, baling selipar, baling tin, main anak patung kertas, main basikal, main pondok2, main nyorok2, main nyanyi2, main getah, main congkak, main guli, main gasing, main galah, main batu seremban, main happy family, saidina, sahibba, police entry, nenek2 si bongkok 3, main anak ayam dan musang, main tikam, main korek pasir, main kejar2, main dam, main berangan2 jadi artis dan macam2 lagi permainan yang sangat menyeronokkan.
Lepas balik dari sekolah ada je aktiviti yang aku nak buat. Kalau keluar tengahari petang dekat maghrib baru balik. Itupun setelah mak or ayah aku jerit satu kampung baru aku nak balik. Kadang2 tu kena perambat dulu baru gerak balik. Haha.. memang lucu. Suka sangat lepak umah jiran main dengan anak jiran.
Masa zaman kanak2 dulu geng aku suka geng dengan budak2 yang bawah umur aku. Kira aku la yang selalu jadi leader. Kadang2 tu join gak dengan kawan2 abang n akak2 aku. Tapi asyik la kena buli.
Bila kita tengok zaman kanak2 sekarang x happening macam zaman kanak2 kita dulu. Kanak2 sekarang x bebas keluar rumah. Mana x nya zaman sekarang ni semua benda pun bahaya.
Kat taman permainan dah x selamat, malahan kat kawasan rumah pun dah jadi tempat yang berisiko untuk mendatangkan bahaya pada diaorang ni.
Dengan kes culik, kes rogol, kes cabul, kes dera dan macam2 lagi kes yang menjerumuskan diri kanak2 dalam bahaya. Masa aku kecil dulu selalu anak jiran bawa aku lari pergi rumah diaorang walaupun tanpa atau dengan pengetahuan parents aku. Tak ada masalah pun yang berlaku.
Tapi kalau zaman sekarang ni kita buat macam tu confirm orang akan fikir kita nak buat gangguan seksual kat anak diaorang. Huh..zaman dah berubah..dunia dah maju..keganasan pun semakin berleluasa.
Kalau nak dibandingkan permainan zaman kanak2 sekarang dengan kanak2 dulu banyak bezanya. Kanak2 sekarang dah x main guli, gasing, batu seremban dan pemainan tradisional yang lain.
Kanak2 sekarang main laptop, main internet, main facebook, main psb, ps2 n ps3, main handphone, main kereta control berteknologi tinggi dan macam2 lagi permainan yang canggih2 seiring dengan perkembangan teknologi.
Wah, hebat budak2 sekarang ni. Diaorang lagi advance dari orang dewasa. Contohnya, anak sedara aku pandai bukak laptop or pc sendiri. Kalau setakat games dalam laptop tu semua dia tau main. Bukan setakat tau main champion lagi. Lagi hebat dari aku!.
Memang bagus kalau kanak2 ni pandai teknologi memandangkan ia menjadi tuntutan zaman sekarang ni tapi mestilah diawasi oleh ibu bapa mereka. Dek terlalu asyik belajar teknologi takut akidah dan pendidikan Agama terabai.
Oleh itu, awasi lah anak anda dengan baik. Pendidikan teknologi mestilah seiring dengan pendidikan Agama demi melahirkan generasi yang teguh iman dan akidahnya.
Nota bibir seksi
Bangga melihat kanak-kanak masuk pertandingan realiti TV Adik-adik Ku di TV1. Tak bangga pun melihat kanak-kanak masuk pertandingan Bintang Kecil. Syabas Adik-adik Ku.
No comments:
Post a Comment