Thursday, March 10, 2011

Peringatan Dan Amaran Buat Wanita!!


google image
Perkara pertama yang akan ditanya kepada wanita di hari Akhirat adalah urusan solat dan suaminya. Adakah kamu menjalankan tanggungjawab kamu dengan baik?

Apabila wanita lari dari rumah suaminya solatnya tidak akan diterima sehingga dia kembali dan meminta ampun kepada suaminya

Mana2 perempuan yuang memakai bau-bauan kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki Ajnabi agar mereka tercium bau harumannya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap2 mata yang memandang itu adalah zina

Sebaik-baik wanita ialah dia tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi Muhammad S.A.W bahawa perempuan itu aurat maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan  menuntut ilmu dan berjual beli]

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasullah S.A.W bersama isteri2nya (Ummu Salamah R.A dan Maimunah R.A) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu  Maktum) Rasullah S.A.W menyuruh isteri2nya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah R.A "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah?" Rasulullah S.A.W menjawab " Bukankah kamu dapat melihatnya?"

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya

Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak diizinkan isteri membawa seseorang lelaki masuk ke rumahnya tanpa izin suami

Hendaklah isteri berpuas hati dan bersyukur (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah sama ada miskin atau kaya.
Nota bibir seksi
      Sangat bersyukur kerana dijodohkan dengan seorang suami yang sangat   
      penyabar






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...