Tuesday, March 8, 2011

Cara Nak Tambah Duit Poket

yahoo image



Keje sebulan, dapat gaji hujung bulan ,belum habis bulan gaji dah habis. Nak tunggu gaji hujung bulan macam nak gila dibuatnya bila dah dapat duit x sampai sebulan gaji dah habis.

Hanya perlu beberapa minit untuk habiskan sebulan punya gaji. Keje makan gaji macam tu la. Gaji habis dengan bayar hutang je.

Selain tu banyak gak duit gaji kita habis kita sedekah kat shopping complex dan untuk memenuhkan perut. Orang lain sibuk fikir macam mana nak cari duit lebih kita pulak sibuk fikir macam mana nak habiskan duit.

Apa kata lepas ni kita fikir macam mana cara nak tambah duit poket kita. At least  kita boleh guna duit lebih ni untuk hiburan bersama keluarga. X payahla kacau duit gaji kita.

Dapat juga menyimpan kat ASB. Kat sini kawan nak bagi idea macam mana nak tambah duit poket supaya poket kita sentiasa penuh.

  1. Buat jualan melalui catalog. Jadi ahli syarikat jualan seperti Oli Trading, Satinni atau Westica. Bila dah jadi ahli kita dapat beli barang2 seperti baju, pinggan mangkuk, aksesori dan macam2 lagi dengan diskaun sebanyak 10-50%.
So, keuntungan daripada diskaun tu adalah milik kita. Bayangkan kalau kita jual harga barang tu RM100. Kita beli dengan harga ahli dapat 50% diskaun so kita jual dengan harga RM100. Dah dapat untung 50%.
Huh..untung kasar tu. Sesuai untuk student2 universiti atau kolej coz banyak barang2 yang dijual khas untuk remaja.

  1. Jual kerongsang atau tudung. Tudung dengan kerongsang sangat sinonim dengan gadis melayu bertudung. Bila pakai tudung mesti kena pakai kerongsang.
So, bolehla kita beli kerongsang atau tudung secara borong dengan harga yang lebih murah. Jangan jual terlalu mahal, harga mesti bergantung pada kualiti sesuatu item.
Yang penting balik modal! Boleh cari pemborong kat web or Jalan Masjid India.

  1. Keje part time. Kalau siapa yang berhasrat nak dirikan Masjid tapi duit x cukup bolehla buat keje part time.
Contohnya buat part time keje kat restoran Food and  Beverages, Shopping Complex, Kedai makan atau Kedai Cuci Kereta. Yang penting Halal!

  1. Ambik upah cuci baju or lipat baju kat kawasan perumahan. Buatla iklan kat notice board kawasan perumahan anda. X perlu modal banyak.
Setiap rumah pasti ada mesin basuh dan ampaian baju kan? Cuma modal sikit beli sabun dan pelembut kain.

  1. Bagi pakar IT..anda boleh tambah duit poket dengan ambil upah format lap top or servis laptop. Kalau anda mahir dalam baiki telefon bimbit lagi bagus.  Dapat jugak membantu otak anda bergerak.

  2. Jual gadjet atau aksesori yang comel2. Contohnya penanda buku, beg dompet, key chain, kad ucapan dan sebagainya mengikut hasil kreativi anda. Kalau anda kreatif lagi senang anda nak buat duit.

  3. Bagi suri rumah yang nak tambah duit poket bolehla jual nasi lemak.
X perlu masak banyak lauk. Hanya sediakan nasi lemak yang sedap, sambal yang power, telur goreng, sambal sotong, udang or kerang dan ayam goreng. Jual murah dan banyak. Pasti laku!

Nota bibir seksi
Masa sekolah dulu aku suka ambil upah cuci kasut dan gosok baju abang aku. Dapat upah..boleh buat beli jajan.hehe..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...