Thursday, March 10, 2011

Renungan Buat Si G-Wang


google image

Jangan pernah ucapkan selamat tinggal jika kamu masih meneruskannya 
Jangan sesekali pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup dan
Jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya

Jangan tertarik pada seseorang hanya kerana paras rupa, kekayaan dan kedudukannya
kerana ia bukanlah penjamin kebahagiaan
Tetapi tertariklah kepada seseorang kerana senyumannya yang mampu membuatkan hidup kamu seceria warna sang pelangi

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat

Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu



Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu
Tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah mempunyai keberanian untuk meluahkan cintamu padanya

Perkara paling menyedihkan dalam hidup ialah apabila bertemu dengan seseorang yang sangat bererti dalam hidupmu tetapi akhirnya terpaksa dilepaskan atas alasan yang kukuh

Hanya memerlukan waktu seminit untuk mentafsir seseorang
Sejam untuk menyukai seseorang
Sehari untuk mencintai seseorang
Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang  



                           
Nota bibir seksi

Cinta pada ibu bapa membawa ke syurga cinta pada Illahi kekal abadi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...