Thursday, March 10, 2011

Ungkapan Yang Belum Sempat Wanita Beritahu Lelaki

yahoo image

Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia control airmata maknanya dia sedang menangis dalam hatinya 

Bila wanita tidak menghiraukan kamu selepas kamu sakitkan hatinya, lebih baik kamu bla dan bagi masa untuk dia merawat lukanya sendiri sebelum dia pergi kepada kamu dengan mengatakan ucapan maaf

Wanita sukar nak mencari benda yang dia x suka pada diri orang yang  paling dia sayang sebab tu ramai wanita yang akan putus harapan di tengah jalan 

Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki , lelaki tersebut akan sentiasa berada di fikirannya walaupun ketika dia keluar bersama lelaki lain

Wanita akan cair macam coklat bila lelaki yang dia suka merenung ke dalam matanya

 Wanita memang suka dipuji tetapi  tak tahu nak buat reaksi apa bila dipuji. Tersipu2 je la..

Jika kamu tak suka dengan wanita yang suka kamu separuh mati, tolak cintanya dengan  cara yang paling lembut. Jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak tahu. Bila wanita dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja 

Jika seorang gadis mula jauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya biarkan dia sendirian. Jika kamu masih ingin berkawan dengannya tegurlah dia dengan baik

Wanita suka meluahkan apa saja yang dia rasa kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk dia meluahkan isi hatinya

Jangan sesekali bagi tahu pada wanita yang mereka tidak berguna kerana wanita banyak memainkan peranan dalam hidup

Jika lelaki bersikap terlalu serius dengan wanita ia boleh mematikan mood seorang wanita itu

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif terhadapanya wanita akan bersikap acuh tak acuh seperti tak berminat tetapi selepas itu di belakang lelaki tersebut wanita akan menjerit sepuas hati tanda kegembiraan yang terlampau dan semua rakan karibnya akan tahu bahawa lelaki tersebut telah memberikan respon positif padanya

Seukir senyuman memberi sejuta makna bagi wanita, jadi jangan senyum sebarangan pada wanita

Jika kamu suka pada seseorang wanita cubalah mulakan dengan persahabatan kerana wanita lebih suka mengenali hati budi sesorang dengan lebih mendalam

Jika seseorang wanita memberi banyak alasan jika kamu ajak dia dating itu bermakna dia sangat tak berminat pada kamu jadi jangan terhegeh-hegeh dengan dia. Tetapi dalam masa yang sama dia menghubungi kamu bermkana  dia memberi kamu peluang untuk terus berusaha memikat hatinya

Jangan sesekali mengagak apa yang difikirkan oleh wanita. Kalau nak tahu tanya dia sendiri 

Selepas seorang wanita jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ni lebih awal

Kalau kamu masih mencari bagaimana cara yang paling romantik untuk memikat wanita rajin-rajinlah selak buku2 jiwang

Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang akan wanita cari adalah siapa yang berdiri di sebelahnya buah hatinya kemudian barulah cari gambar diri sendiri

Wanita memang sukar untuk melupakan bekas teman lelakinya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang punya tempat yang paling istimewa dalam hatinya.

Satu ucapan "Hi" dari seorang lelaki sudah cukup untuk menceriakan hari seorang wanita 

Teman baiknya sahaja yang akan tahu apa yang dia rasa dan lalui

Wanita paling benci lelaki yang buat baik dengannya semata2 untuk tackle kawan karibnya yang paling cantik

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi

Semua wanita mahukan seorang lelaki yang akan mencintainya sepenuh hati

Senjata wanita yang paling berbahaya adalah air matanya

Wanita cukup gembira jika orang yang disayangi membuat surprise padanya. Mereka akan rasa sangat terharu dan sangat dihargai.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang suka ambil berat pada dirinya 

Wanita hanya mahu dicintai dan disayangi dengan sepenuh jiwa

Nota bibir seksi

Aku bangga menjadi seorang wanita kerana wanita mampu untuk menggegarkan dunia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...