Friday, March 18, 2011

BAHAYA MEROKOK..BERHENTI SEGERA!

google image

Tahukah anda merokok boleh meningkatkan risiko mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser, jantung dan strok sekaligus member kesan pada organ dan tisu badan kita.

MENGAPA KITA WAJIB BERHENTI MEROKOK?

Merokok boleh membahayakan kesihatan kita. Kita berpotensi tinggi untuk mendapatb pelbagai penyakit.

Bukan sahaja kita tetapi orang2 di sekeliling kita yang terdedah pada asap rokok juga berisiko untuk menghidapi pelbagai penyakit.

Ibu yang mengandung berisiko tinggi untuk melahirkan anak tidak cukup bulan atau  anda mungkin menggadai nyawa anak anda

Memburukkan penampilan diri anda. Orang yang merokok selalu dipandang negative

FAEDAH BERHENTI MEROKOK!

InsyaAllah panjang umur

Dapat  menghindari diri dari sebarang penyakit yang berbahaya

Menjamin kehidupan yang lebih sihat sejahtera

Meningkatkan tahap kelakian anda kerana merokok boleh melemahkan sperma anda

Yang paling penting merokok boleh menjimatkan wang anda. Bayangkan harga sekotak rokok 20 pcs  RM 8.50. Kalau sehari sekotak dalam seminggu anda perlu keluarkan duit sebanyak RM59.50, sebulan RM 255.00, setahun RM 3060.00. haiyaa..bodoh sungguh kamu membazirkan duit untuk menempa maut! Dengan duit  sebanyak tu anda boleh beli macam2 benda yang lebih berfaedah.

Sekali dah terjebak memang susah nak berhenti! Itu memang hakikat yang x boleh nak dielakkan. Walaupun sukar kita kena cuba sebab xde benda yang mustahil dalam hidup kita ni. Hendak seribu daya x nak seribu dalih! Kalau kita usaha dengan bersungguh2 dan disertai dgn doa serta tawakal insyaAlllah “u’ll find ur way”. Kat sini kawan bagi TIPS2 UNTUK BERHENTI MEROKOK. Renung2kan dan selamat mencuba...

Anda kena ada niat dan fokus. Yakin pada diri anda. Tanam dalam diri yang anda perlu berhenti merokok. Jangan terlalu memaksa. Yang penting anda cuba yang terbaik.Think Positive! Doa banyak2 ye!

Langkah pertama anda perlu mengurangkan kuantiti rokok dalam sehari. Daripada 1 kotak sehari kurangkan kepada sekurang2nya 2 batang sehari

Cuba untuk melengah2kan masa. Tarik nafas panjang dapat member anda kekuatan. Bila terasa ingin merokok cuba elak dengan melakukan perkara2 lain

Minum air masak dengan banyak. Elakkan minuman mengandungi kafein yang tinggi

Cuba menjauhkan diri daripada orang yang merokok

Buat diri anda sentiasa busy supaya anda tak terfikir langsung pasal rokok

Apabila rasa mengantuk kunyahla sesuatu seperti chewing gum. Buat sedikit regangan otot
Rajin2lah berpuasa. Bukan sahaja dapat pahala tapi menguntungkan anda

Bersukan dan melakukan pelbagai aktiviti yang sihat

Kerapkan mandi dan cuci tangan. Gosok gigi sekerap mungkin  kerana pudina yang ada dalam ubat gigi dapat hilangkan rasa ingin merokok.

Yang penting kena berdisiplin!

Nota bibir seksi

Dulu benci gile kat laki yang suka merokok last2 dapat gak suami yang merokok. Memang susah nak ubah tapi cuba sedaya upaya.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...