Friday, February 18, 2011

BAH datang lagi!!!!! cer cita cer cita…

yahoo image


       Habis surut di utara dan timur,negeri-negeri di selatan pula merasai nikmat banjir.Kejadian banjir terburuk berlaku pada akhir tahun 2006. Masa tu banjir luar biasa sangat.Maklumlah orang selatan ni jarang kena tempias banjir tapi sekali kena memang betul-betul seksa.


          Antara tempat di sekotar negeri Johor yang teruk kena bah ni ialah Kota Tinggi,Segamat,Kluang dan Muar.Memang banjir yang luar biasa.Pertama kali berlaku di negeri Johor.Sampaikan bangunan tinggi pun habis ditenggelami air.

          
         Banjir telah mengakibatkan ramai yang kerugian dan kemusnahan harta benda. Mahasiswa dan mahasiswi turut memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.UKM universiti tempat aku belajar pun tidak terkecuali dari misi ini. 


        Pada 21 Januari 2007, kumpulan Khidmat Masyarakat telah menjalankan satu misi memberi bantuan mangsa-mangsa banjir di Pagoh, Johor dengan dibekalkan penyapu, paip air, baldi dan peralatan lain untuk menyumbangkan tenaga di sana.Kami mengambil masa kira-kira 7 jam untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.

Masih segar dalam ingatan aku masa banjir sekitar tahun 2006 tu,walaupun rumah aku tak banjir tapi boleh dikatakan satu daerah Muar terputus bekalan air.sebabnya tangki  besar pecah.hampir seminggu bekalan air terputus di  seluruh Bandar Muar.time tu memang nak  cari air untuk minum pun x ada.jadi kami sekeluarga terpaksalah berulang alik ke Melaka.


nasib baik akak aku tinggal kat Melaka.dapat menumpang cuci baju dan masak kat rumah dia.itupun air secoet je yang keluar.jadilah janji ada.x la kami sekeluarga kelaparan dan kebusukan.time banjir besar tu kat shopping complex air botol mineral semuanya habis sebab orang guna air tu untuk mandi selain untuk minum dan masak.

Pengalaman banjir ni betul2 bagi aku pengalaman dan pengajaran yang sangat mendalam.baru la rasa kesusahan macam mana nak dapatkan setitik air dan sesuap nasi.macam tu la agaknya nenek moyang kita dulu nak cari air dan makanan kan..insaf-insaf…kat bawah ni aku ada sertakan cadangan untuk mengawal masalah banjir yang aku buat sebagai tugasan kumpulan dalam kursus Khidmat Masyarakat di UKM.

 Cadangan Untuk Mengawal Masalah Banjir

·         Mempertingkat sistem saliran dan perparitan
Meningkatkan kualiti dan membaik pulih sistem saliran dan perparitan yang melibatkan sungai- sungai utama, parit- parit utama dan longkang yang sedia ada.

·         Mengawal pembangunan yang pesat
Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan- kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang-undang ke atas pemaju-pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan lereng berbukit . 

·         Penswastaan projek penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan
Projek- projek untuk membaik pulih sistem saliran dan perparitan yang sedia ada memang penting.Oleh yang demikian, penyelenggaraan secara berjadual mestilah dilaksanakan terutama sekali di kawasan-kawasan mudah banjir.  Pihak kerajaan juga boleh menimbangkan kaedah penswastaan sebagai langkah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan terutamanya dari aspek keperluan pertambahan tenaga manusia, peralatan, teknologi dan kepakaran.

·         Penguatkuasaan undang- undang yang sedia ada
Menguatkuasakan undang-undang secara bersungguh-sungguh bagi menghalang masyarakat awam daripada terus membuang sampah  ke dalam sungai, parit dan longkang dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, kita melihat di negara- negara luar seperti Singapura, aspek ini telah berjaya membudayakan cara hidup rakyatnya di mana sampah sarap tidak dibuang merata-rata sesuka hati.

·         Menyediakan Sistem Perparitan
      Sistem perparitan yang baik dapat membantu pengaliran air dengan lebih baik.

·         Projek Pendalaman Sungai
      Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. 

·         Memelihara Hutan
      Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

·      Mengawal Aktiviti Manusia
      Banjir Kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

       Banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibatnya.

Nota Bibir Seksi :)
Biar banjir di darat jangan banjir di udara

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...