Friday, February 18, 2011

Sukarnya Mendidik Anak…

yahoo image





Mendidik manusia tak semudah menguruskan sekandang lembu. Lembu boleh dicucuk hidungnya dan boleh ditarik ke mana sahaja kita mahu tapi mendidik anak tidak semudah itu.Bak kata pepatah “membela sepuluh ekor lembu lebih mudah berbanding dengan menjaga seorang anak dara”.


Bukan aku nak samakan haiwan dengan manusia tapi nak tunjukkan betapa susahnya kita nak mendidik manusia. Hai..anak2 ni banyak kerenahnya sebab tu mak bapak dan cikgu2 sekarang ni pening nak didik.Anak2 sekarang ni terlalu kreatif dan sukakan cabaran menjangkaui pemikiran orang dewasa.


Kalau tak dididik dari rebung jawabnya bila dah besar nanti jadilah bermacam2 kaki.Antaranya kaki buli,kaki judi,kaki rogol, kaki samseng,kaki ponteng,kaki lepak,kaki ganjah,kaki mabuk dan macam2 lagi jenis kaki..yang penting bukan kaki ayam.Kalau dulu anak2 orang Melayu sangat bersopan dan terkenal dengan nilai ketimuran.


Tapi zaman dah berlalu, dunia dah maju anak2 Melayu sekarang ada yang sanggup bunuh mak bapak dia sendiri. Apa kejadahnya ni semua?


Dalam masalah ni siapa yang patut kita salahkan? Mak bapak,cikgu,Kerajaan, doctor,majistret,tukang kebun,tukang kasut atau nelayan?Ataupun disebabkan oleh kepincangan Sistem Pendidikan di Malaysia?


Aku percaya apa yang berlaku terhadap anak2 Melayu sekarang bukan disebabkan kepincangan Sistem Pendidikan kita tapi disebabkan kepincangan institusi keluarga itu sendiri.Memang ramai Graduan2 dan pelajar2 cemerlang yang lahir tapi hanya sekadar cemerlang akademiknya sahaja.Untuk melahirkan manusia yang cemerlang dari segi akhlaknya memang sukar.

                Aku cerita berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Apa yang aku lihat punca sebenar berlakunya isu2 sosial dikalangan remaja adalah disebabkan kelalaian ibu bapa. Ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk mengejar kemewahan untuk anak2 mereka. 


Memang tak salah mencari harta untuk kesenangan anak2,tapi lihat juga pada aspek lain yang perlu ibu bapa titik beratkan.Aspek utama yang ibu bapa perlu terapkan adalah pendidikan Agama. Jika kuat pegangan agama anak2 kita maka kuatlah Iman mereka untuk melawan segala godaan di luar sana. Selain pendidikan Agama,nasihat dan tunjuk ajar juga penting.


Nasihat dan tunjuk ajar akan memberi implikasi yang mendalam kepada anak2.Ibu bapa juga perlu tahu bagaimana untuk mendidik emosi anak2.Emosi sangat memainkan peranan penting dalam diri setiap manusia. Ibu bapa perlu didik anak2 bagaimana untuk mengawal emosi mereka. Jika emosi bertindak lebih dari kewajaran fikiran maka manusia akan bertindak di luar batasan.    

                Mak bapak sekarang terlalu sporting dan hilang ketegasan dalam mendidik anak.Kalau tak sporting nanti anak2 akan cakap “apalah mak ngan ayah ni kolot betul”.Itulah ungkapan yang selalu kita dengar. Takkanlah kalau kita nampak anak dara kita bawak laki balik rumah pun kita nak jadi sporting. Anak mengadu cikgu jentik sebab tak siap kerja sekolah pun mak bapak dah melenting. 


Habis cikgu tu dimakinya. Anak tak balik rumah pun mak bapak tak ambik tahu.Sporting boleh tapi biarlah berpada2. Apa yang anak2 kita buat, dengan siapa anak kita berkawan mak bapak wajib jaga tepi kain anak2. Kawal pergerakan anak kita. Buat peraturan dalam rumah dan semua anak2 mesti patuhi.


Cuma satu je aku nak ingatkan jangan buat anak2 takut dengan kita. Takut x membawa makna apa2 kerana perasaan hormat pada mak bapak lebih penting. Layan anak2 kita macam kawan2. Adakalanya kita serius dan adakalanya kita bergelak tawa. Barulah anak2 boleh respect beb.

Nota bibir seksi

Mak ayah aku adalah idola aku kerana mereka berdua berjaya mendidik anak2 mereka dengan baik.Sampaikan orang selalu cakap “macam manalah si Salleh tu didik anak,anak dia semua dengar cakap,semua berjaya dalam pelajaran, semua jadi manusia”.Rahsianya mak dan ayah je yang tahu.Apa yang anak2 diaorang tahu contohi mak dan ayah.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...