Tuesday, February 22, 2011

Amalkan Gaya Hidup Sihat

yahooimage

Mirror mirror on the wall who’s the fairest in the wall..haha..tanya sama cermin adakah badan kita masih langsing seperti dulu? Adakah kita mengamalkan gaya hidup sihat? Atau gemar makan makanan berkolesterol tinggi, junkfood dan tidur sepanjang hari tanpa melakukan apa2 aktiviti? Kalau  anda mempunyai ciri-ciri di atas cepat2lah mengubah cara hidup anda. Amalkan gaya hidup sihat demi menjamin kesihatan yang baik, umur yang panjang dan kebahagiaan hidup.

Bila sebut pasal senaman tak semestinya hanya orang yang berbadan Giant yang kena bersenam, tapi orang yang berbadan bini Popeye pun kena senam jugak. Ini kerana senaman dapat memastikan badan kita sihat sepanjang hayat.

Jogging adalah senaman yang paling mudah dan tidak perlu mengeluarkan duit. Jogging amat berkesan untuk menurunkan berat badan, menyihatkan jantung selain membuat ketiak kita berbau busuk akibat peluh yang melimpah ruah. Amalkan jogging seminggu 2x pun dah cukup.

Selain jogging kita juga boleh melakukan akiviti sukan seperti badminton, swimming, futsal, bowling dan cycling. Sewa court badminton yang paling murah kat Putrajaya iaitu hanya RM5.Anda boleh membuat tempahan secara online di laman web Badan Pergurusan Hartanah Putrajaya.

Kalau anda suka swimming bolehlah pergi di presint 9 dan 11 Putrajaya. Swimming dapat membantu pernafasan yang lebih baik. Kalau nak cycling di Taman Botani Putrajaya menyediakan pelbagai jenis basikal. Cycling baik untuk membina otot2 yang bergetah.

Daripada kita melepak x tentu pasal, lebih baik kita buat perlawanan bowling atau futsal. Dapat jugak keluar peluh walaupun kena keluar modal sikit. Dapat jugak release tension dan enjoy dengan kawan2 dengan cara paling sihat.

Banyak aktiviti lain yang kita boleh lakukan selain duduk kat rumah buat taik mata. Tidur sampai x ingat dunia, sampai matahari dah nak terbenam baru nak bangun kononnya penat bekerja atau penat belajar. Sebenarnya lagi banyak kita tidur lagi x baik untuk kesihatan kita. Tidur yang cukup sekadar 7-8 jam sehari. Buatlah aktiviti apa2 pun seperti kemas rumah ke, cuci motor ke asalkan dapat keluar peluh.


Amalkan juga pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Elakkan atau kurangkan makanan segera seperti Maggie, KFC, roti canai segera, makanan dalam tin dan sebagainya. Minum air masak secukupnya. Kurangkan minum air berkarbonat dan air batu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Akhir kata, mulakan hari kita dengan setiap hari yang baru, yang jauh lebih baik dari hari semalam.

Nota bibir seksi:)
Orang tua dulu cakap kalau nak rezeki murah dan umur panjang bangun selepas solat Subuh.


1 comment:

Nava Krishnan said...

Agreed on how important exercise is but many complaint they don't have the time to do this.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...