Friday, February 18, 2011

Cara-cara Nak Menghadapi Temuduga (bukan temudagu ye)


Hai..bila dapat je surat tawaran kerja menggeletek hati ni punya lah happy tak terkata.Tapi bila sebut je nak kena temuduga mulalah menggelabah.Hah,ni akak ajar cara2 nak hadapi temuduga. Tak kiralah temuduga Kerajaan mahupun Swasta. Semuanya guna teknik yang sama.
yahoo image


  • Berpakaian kemas dan menarik. Bukan bermaksud berpakaian seksi, menggiurkan,menjolok mata atau pakai baju colour fluorescent yang menyakitkan mata. 
  • Pakaian mestilah kemas, bersih, di iron dan bersesuaian dengan tempat. Bagi lelaki kemeja dan seluar slack adalah yang paling sesuai. Tie dan kot sesuai dipakai baju jawatan2 tertentu seperti temuduga untuk jawatan berpangkat besar. Kalau setakat nak interview untuk pencuci tandas tak payah ko pakai tie pulak. Tu melampau namanya.
  • Bagi perempuan pula pakaian yang sesuai adalah baju kurung,kebaya ataupun seluar dan kemeja. Kalau nak pakai seluar dan kemeja pastikan pakai dengan kot atau blazer.Kalau boleh biarlah satu suit iaitu seluar sama warna dengan kot.Bagi si pemakai tudung pilihlah tudung yang senang dipakai. Tak perlulah pakai tudung yang berbelit2 kat leher. Silap hari bulan kena sesak nafas dalam bilik temuduga tu nanti sebab terlalu takut.Ingat penampilan diri melambangkan keperibadian anda!

  • Ilmu cukup di dada.kalau datang temuduga tapi tak tahu apa2 tentang skop jawatan yang ditawarkan dan tak tahu tentang syarikat tu baik korang balik je. Skop kerja yang ditawarkan dan latar belakang syarikat penting untuk kita tahu. Soalan ni la yang si penemudagu ni akan tanya. 
  •  Korang nak kerja kat company diaorang mestilah korang kena tahu sedikit sebanyak tentang company tu. Apa yang company tu buat? Kenapa korang nak kerja dengan company tu? Kerja apa yang korang kena buat nanti. Semua tu kena tahu. Bukan datang lenggang kangkung je dik.Nahas ko nanti..
  • Dokumen penting mestilah dibawa. Antara benda yang penting adalah kad pengenalan,sijil2 asal dan fotostat,resume,borang2, alat tulis dan sebagainya. Kalau tertinggal ni dik parah2..mana korang nak cari nanti. So, buatlah senarai untuk korang ingat benda2 penting ni.

  • Tatasusila ketika masuk di bilik temudagu. Apabila giliran kita telah tiba, langkah kaki dengan membaca Bismillah dan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ketuk pintu dan ucapkan salam atau selamat sejahtera. Jangan sesekali korang gi salam penemudagu tu kecuali kalau diaorang yang nak salam korang. Jangan duduk selagi belum disuruh duduk.
  • Tanya dulu boleh saya duduk dan lepas tu cakap terima kasih. Ringan2 sikit mulut tu.Panggil orang yang menemuduga dengan panggilan Tuan atau Puan. Tuan dan Puan adalah panggilan standard dan bila korang panggil dengan nama tu confirm diaorang kembang semangkuk. Sebabnya panggilan Tuan tu biasanya untuk orang2 yang berpangkat besar dalam Kerajaan.
  • Jangan pulak korang panggil orang tu mak cik atau pak cik memanglah korang cari pasal. Duduk dengan sopan, jangan duduk terkangkang. Jangan bercakap sambil pegang sesuatu atau duduk tapi kaki bergoyang2 takut punya pasalkan. Jangan cakap sambil tangan diangkat2 macam Karam Singh Walia .Korang bukan pembaca berita atau Ahli Keparat nak cakap macam tu. Biasa2 udahlah..

  • Cara menjawab soalan dan cara bercakap. Soalan pertama yang akan ditanya adalah ce cite latar belakang anda. Walaupun benda ni nampak senang tapi selalu budak2 ni menggelabah nak cerita. Punyalah excited nak cerita. Ikut urutan yang mana penting untuk dicerita dahulu. 
  • Mula2 nama,umur,tarikh lahir,tempat lahir dan digemukkan kat mana,tempat tinggal,adik beradik,pendidikan awal, pendidikan menengah, pendidikan tertinggi,pengalaman kerja, hobi dan minat. Dah cukup ler tu tak yah merepek panjang2  nanti kul bape plak nak habis. 
  • Jawab apabila ditanya dan elakkan menjawab soalan terlalu lama. Janganlah asek2 sebut ermmm…..punyalah panjang ko punya erm…ermmmm ajelah isi langsung tarak.Gunakan bahasa baku dan mudah difahami. Jangan pulak korang guna bahasa pasar kat umah.Bila dah settle temuduga ucapkan terima kasih dan salam.


Nota bibir seksi
Tak ramai yang ucapkan terima kasih pada orang yang telah membuatkan kita berjaya dalam temuduga iaitu orang yang temuduga kita. Kalau terserempak kita buat dek je..biasalah manusia belum dapat bukan main lagi dah dapat tengok muka pun tak nak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...