Saturday, June 25, 2011

Analisis Maharaja Lawak Final


google

Hai uols...

Semalam kita telah menyaksikan pertandingan akhir Maharaja Lawak musim pertama yang telah mencetuskan fenomena di negara kita. Setiap persembahan dan percakapan mereka menjadi bualan dan ikutan. Lawak peserta2 Maharaja Lawak memang tak kering gusi dan tersemat dalam minda kita sebagai rakyat Malaysia mahaupun di negara jiran. Bertepatan dengan konsep pertandingan iaitu tahap MAHARAJA LAWAK yang lebih hebat berbanding dengan RAJA LAWAK Para juara ditemukan dalam satu pertandingan yang sangat berprestij.

Maharaja LAwak yang berlangsung selama 13 minggu telah menobatkan kumpulan Sepah trio Bujang Lapok tahun 2000 sebagai JUARA. Naib Johan disandang oleh JOZAN iaitu Johan dan Zizan. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nabil yang terkenal dengan stand up comedy. Kumpulan Jambu yang diwakili oleh Yus dan Taukeh hanya berpuas hati dengan tempat keempat.




Sepah memang layak untuk menyandang gelaran juara kerana persembahan mereka begitu konsisten pada setiap minggu. Sepah terkenal dengan lawak atau jenaka yang berkonsepkan kemelayuan. Setiap lawak kumpulan Sepah mempunyai mesej dan unsur-unsur nasihat walaupun ada di antara lawak mereka ada "double meaning". Bagi kawan itu x menjadi masalah, apa yang penting kita semua terhibur dengan lawak mereka. Kita boleh lihat kesungguhan kumpulan Sepah yang memberikan persembahan terbaik pada setiap minggu. Mereka begitu kreatif dalam mencipta idea bagi memastikan lawak mereka benar2 berkualiti dan diingati. Kesungguhan dan persefahaman antara mereka menjadikan mereka yang TERBAIK. Kawan paling suka melihat keserasian atau chemistry antara mereka. Mereka nampak begitu mesra dan saling memahami. 



Kumpulan Jozan pula bagi kawan lawak mereka ok. Tapi bagi kawan konsep yang mereka bawa biasa saja. Persembahan mereka x konsisten. Kadang2 best gile kadang2 macam x best. Yang paling best pun minggu 11 Tugasan 1 awan nano tu. Mereka memang ramai pengundi kerana populariti mereka sebelum ini dalam JOZAN SHOW. Itu yang membuatkan Jozan sentiasa ada di rangking pertama dalam keputusan undian.



Nabil..bagi kawan Nabil seorang yang kreatif. Kawan salute kat Nabil coz dia sorang je boleh buat lawak x perlu geng. Tu yang kadang2 lawak Nabil x menjadi sebab kekeringan idea. Berbeza kalau kita ade geng coz lagi ramai geng lagi banyak idea. Apa pun lawak Nabil boleh dikategorikan sebagai brilliant. Kawan x berapa suka kalau Nabil buat Lawak stand up comedy sebab dia akan nampak sangat membosankan. Better kalau Nabil bawak props lagi nampak brilliant dan kreatif.




Kumpulan Jambu memang terkenal dengan lawak yang bertaraf INTERNATIONALE bak kata Juri Mamat Khalid. Memang x dinafikan mereka sangat kreatif cuma tu la persembahan mereka x konsisten. Masa mula2 persembahan Jambu best sangat bila dah minggu2 akhir tu persembahan mereka dah kureng. Kalau x memang mereka boleh jadi juara.Lawak kumpulan Jambu ni mengingatkan kawan dengan lawak Mr Bean macm ada persamaan.

Adat pertandingan menang atau kalah bukan persoalannya. Apa yang penting Maharaja Lawak telah mencetuskan fenomena dalam negara kita yang baik untuk meningkat prestasi industri seni kita. Kawan pasti ada di kalangan kita yang x puas hati apabila kumpulan favourite mereka x menjadi juara. Kita x perlu kutuk mengutuk sesama sendiri yang penting dalam hati kita kumpulan favourite kita tetap juara. Setiap kumpulan ada kelemahan dan kekuatan masing2. Rezeki telah berpihak kepada kumpulan Sepah jadi kita kena akui kehebatan mereka.

Nota Bibir Seksi:)

Rumah kawan x ada astro so kawan download semua koleksi Maharaja Lawak Musim 1 dalam youtube dan setiap hari kawan tengok tanpa kenal erti jemu. Setiap hari tengok kawan dan suami tetap gelak nak terburai isi perut. Setiap percakapan mereka menjadi ikutan kami. Saja nak menghiburkan hati. Apa pun Maharaja Lawak memang TERBAIK!!!




1 comment:

Mr.R said...

Mr.R setuju dengan kemenangan Sepah, mereka memang best. Hmm, Mr.R penyokong Nabil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...