Friday, June 24, 2011

INFO "KEPENTINGAN SUSU IBU"



google

Hai uols....

Hari ni kawan nak kongsi info untuk para ibu dan bakal ibu tentang kepentingan susu ibu. Diharapkan lepas baca info ni uols akan faham dan praktikkan amalan ini. Walaupun kawan belum ada anak tapi kawan tahu akan kepentingan susu ibu dan kalau kawan ada anak nanti mesti kawan akan susukan anak kawan..hehe..berangan dulu..ok enjoy reading...



KEPENTINGAN PENYUSUAN IBU MENURUT ISLAM:



``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.


KELEBIHAN SUSU IBU


* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.


FAEDAH PENYUSUAN IBU


* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.


PROSES PENGELUARAN SUSU


Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.


Nota Bibir Seksi:)

Patutla anak-anak zaman sekarang ni x dengar cakap ibu sebab anak-anak zaman sekarang ni minum susu lembu sebab tu dengar cakap lembu..kahkahkah..memang ada logiknya pun..fikir2kan la...

1 comment:

Anonymous said...

Salam Puan,


Saya Norliyana Madrus (UK17666), pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan), Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Saya sedang menjalankan kaji selidik faktor yang mempengaruhi corak penyusuan di kalangan ibu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di negeri Kelantan dan Terengganu. Soalan kaji selidik ini merupakan salah satu bahagian wajib untuk memenuhi keperluan Projek Ilmiah Tahun Akhir (MKN4199B). Objektif utama kajian saya adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi corak penyusuan di kalangan ibu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Untuk makluman puan, segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan digunakan semata-mata untuk tujuan akademik. Saya amat berharap jika puan menyusukan anak puan atau pernah menyusukan anak puan untuk menjawab borang kaji selidik ini. Segala kerjasama dan bantuan puan sangat dihargai. Di bawah ini saya sertakan link untuk borang kaji selidik tersebut. Berdasarkan kaedah yang saya guna, selepas 1 minggu, saya akan bagi link berdasarkan ini kembali untuk diisi lagi bagi tujuan 'pilot test' untuk 'validity and reliability questionnaire'. Terima kasih.

http://kwiksurveys.com/?u=breastfeeding

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...