google image |
Kawan nak berkongsi cerita sikit mengenai tempat parking yang selalu dijadikan tempat makan.Uols mesti tertanya2 apa maksudnya kan? Uols pernah nampak x kat mana2 la tempat parking dijadikan tempat letak meja untuk pelanggan2 sesebuah restoran makan dan minum? Tipu kalau x pernah nampak lebih2 lagi kalau uols tinggal area KL dan Selangor ni. Melambak2 pengusaha restoran yang menjadikan tempat parking kereta sebagai tempat letak meja dan kerusi diaorang.
Alasannya pelanggan lebih suka makan dalam suasana outdoor sebab nak hisap rokok dan nak udara segar..fresh air la konon. Masalahnya kat sini kalau ambik setakat 1 atau 2 parking lot x pe gak ini tidak sepanjang tempat parking tu diaorang letak meja dan kerusi diaorang. Habis tu pelanggan dan orang yang bukan pelanggan restoran diaorang nak parking kereta kat mana? Yang kawan sakit hati dahla jalan tu sempit, penuh dengan meja dan kerusi, sarat dengan pelanggan yang duduk mencekik, kereta nak lalu pun susah. Kadang2 tu sampai bergesel2..sampai jammed dibuatnya.
Nanti kalau kereta calar jangan salahkan orang yang terlanggar salahkan pengusaha restoran yang x ada otak tu. Buat ape pengusaha restoran buat renovation cantik2 dalam restoran tu kalau semua pelanggan nak makan kat luar..buat habis modal je. Kalau macam tu x payahla sewa kedai..sewa tapak tepi jalan je lagi murah macam pasar malam.
Yang aku bertambah2 pelik kenapa Majlis Perbandaran x saman pengusaha restoran yang gila kuasa ni? Kalau orang x bayar parking pandai pulak saman. Habis tu orang yang curi parking dibiarkan je naik minyak. Dia ingat jalan dan tempat parking tu semua bapak dia yang punya? Atau ada di kalangan orang Majlis Perbandaran yang dah kena suap? kawan tertanya2 pulak..
Antara tempat yang kawan jumpa berlaku masalah ni kat area puchong jaya restoran cina dan restoran mamak kat area bandar sri permaisuri. kawan memang bengang gila dengan pengusaha restoran yang besar kepala ni. kalau kawan parking kat situ kawan yang kena marah padahal memang kawan parking tempat yang betul. Mamak tu dah macam Ketua Majlis Perbandaran pulak. Ikutkan hati kawan, kawan nak je langgar semua meja dan kerusi yang menyemak kat tempat parking tu. Hangin betula aku!
Nota Bibir Seksi:)
Bagi pihak yang berwajib tolonglah ambil tindakan yang sewajarnya. Jangan biarkan pengusaha restoran naik minyak. Jangan sampai nanti terjadi kes pelanggan restoran mati kena langgar dengan kereta masa tengah menikmati makanan. Ramai orang yang x mampu nak bayar saman Majlis Perbandaran. Jadi tolonglah buat sesuatu supaya orang2 macam kawan ni x kena saman dengan Majlis Perbandaran gara2 semua tempat parking dah kena rembat dengan pengusaha restoran.
1 comment:
wah...bukan main....selamat la tmpt sy xmcm tuh...
Post a Comment