google image |
Alzheimer merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit yang berjangkit, ia adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan penghidapnya tidak mampu untuk mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya nyayuk yang sekadar proses penuaan sebaliknya ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyiksakan dan perlu diberi perhatian.
Alzheimer digolongkan sebagai salah satu daripada sejenis nyanyuk ( dementia ) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personality dan tingkah laku yang tidak terkawal. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan social penghidapnya.
Hingga kini punca sebenar penyakit ini tidak dapat diketahui, tetapi ia bukanlah disebabkan oleh penuaan. Walau bagaimanapun saintis berpendapat ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat. Risiko untuk menghidapi Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini meningkat seiring dengan pertambahan usia. Menurut Dr Esther Ebeenezer bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan akan meningkat dua kali ganda setiap lima tahun ( www.wikipedia.com, 25 Januari 07 ).
Peringkat Alzheimer
- Peringkat ringan
Antara tanda-tanda pada peringkat ini ialah lupa meletakkan kunci kereta, lupa mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang di kedai, lupa nombor telefon dan lupa dos ubat yang sentiasa diambil.
- Peringkat sederhana
Antara tanda-tanda pada peringkat ini ialah lupa mencampurkan gula dalam minuman, lupa meletakkan garam dalam masakan dan lupa cara-cara membancuh air.
- Peringkat serius
Antara tanda-tanda pada peringkat ini ialah pesakit tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah dan tidak mengenal rakan-rakan aatau ahli keluarga terdekat.
Individu yang berisiko
- Penghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
- Penghidap diabetes
- Kurang melakukan senaman
- Paras kolestrol yang tinggi
- Faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50 an.
Nota Bibir Seksi:)
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara- hidup sebelum mati, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua
No comments:
Post a Comment