Friday, May 27, 2011

"STRES"


google image
APA ITU STRES?

Stres ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang melebihi had atau kapasiti kemampuan seseorang. Pelbagai punca boleh menyebabkan stres dan ia juga berbeza bagi setiap individu atau masa.

KENAPA SAYA STRES?

*Faktor Diri - masalah kesihatan,perhubungan emosi, perubahan gaya hidup dan konflik

*Faktor Sosial - persekitaran, pekerjaan dan taraf ekonomi

* Faktor Trauma - berlaku situasi tidak diingini

* Faktor Fikiran - risau dan takut sesuatu yang tidak pasti atau tidak diketahui



                 

PUNCA STRES

*tekanan kerja - beban kerja terlalu banyak atau kerja macam nak mati tapi gaji sikit

* masa  -terkejar2 masa nak buat sesuatu

*persekitaran - kadang2 kualiti hidup ok kadang2 tidak. contohnya: konflik dengan jiran

*kesesakan lalu lintas - benda yang paling dibenci oleh semua orang dan sangat2 membuatkan orang stres tahap gaban

* bentuk badan - tertekan gila kalau tak dapat bentuk badan yang kita inginkan. sangat2 tertekan kalau berdiet tapi berat badan tak turun2 jugak. sangat2 tertekan kalau pakai baju dan seluar semuanya tak muat.

ANTARA PERKARA2 YANG BOLEH MENYEBABKAN STRES

* seseorang memungkiri janji

*masalah dengan laptop, komputer, handphone atau apa sahaja

*tidak siap kerja

*tidak boleh tidur. mata mengantuk tapi susah nak tidur sebab teringatkan sesuatu contohnya teringatkan cerita hantu yang baru ditonton tadi atau teringatkan masalah yang berlaku siang tadi.

*gunting rambut tapi tak seperti apa yang diingini

*memohon kerja.mohon macam2 kerja tapi tak dapat2, kalau dapat pun yang tak memenuhi syarat yang kita inginkan.

* Kematian orang yang kita sayangi. sudah tentu akan buat kita berasa sangat sedih dan sukar untuk melupakan.

*konflik dengan seseorang atau rasa tak puas hati dengan seseorang di tempat kerja atau di mana2 saja.

* jadual kerja yang tidak menentu

*kehilangan sesuatu barang yang berharga

*prestasi kerja yang sangat teruk

*rasa dipinggirkan oleh kawan2

*tergesa2 kerana kesuntukan masa untuk pergi ke suatu tempat yang penting

*putus cinta. stres menonggeng!

*kereta / motor rosak atau tayar pancit.

*susah nak cari tempat parking terutamanya bila kat bandar KL

*lambat datang haid

*terperangkap dalam jammed. perkara yang sangat bikin stres tahap Cipan dan rasa macam nak gila lebih2 lagi kalau mata ni ngantok nak mampus.


BILA KITA AKAN BERASA STRES?

*apabila diri berada dalam bahaya

*cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa

* pengurusan masa yang teruk atau menetapkan anggaran masa yang tidak munasabah

*melengah2kan urusan  yang tidak menyenangkan

*melakukan semua kerja rumah atau kerja pejabat seorang diri

*membuat keputusan tergesa2 mengikut gerak hati

TANDA KITA SEDANG MENGALAMI STRES

*Fizikal - gangguan tidur, pening, migrain, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, sakit otot, ulser, cirit-birit, hipertensi, perut kurang selesa, mulut kering dan tapak tangan berpeluh

*Emosi - kelesuan, sedih, gelisah, tegang, rasa tidak layak, marah, suka bertengkar, mengelak untuk berhadapan dengan masalah dan menafikan ada masalah

Dipetik dari akhbar Metro dan ditokok tambah oleh nini-ab

Nota bibir seksi:)

stres macam mana sekali pun tetap ada ubatnya. ubatnya adalah solat, berzikir, muhasabah diri dan membaca Al-Quran. InsyaAllah hilang segala stres. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...