Saturday, May 21, 2011

Tips Kesejahteraan Rumah Tangga

google image

ok hari kawan nak bagi sedikit tips untuk kesejahteraan rumah tangga. tips ni sesuai dipraktikkan oleh pasangan yang telah bernikah secara sah. pada pasangan yang belum bernikah anda dilarang mempraktikkan tips ini!

peranan suami dan isteri

* kalau isteri buat kerja rumah suami mesti ringankan tulang untuk tolong isteri. walaupun tolong sikit tapi isteri anda akan sangat menghargai pertolongan anda. jangan pulak si isteri b uat kerja rumah macam nak gila si suami pulak buat dek je siap goyang kaki depan tv. walaupun isteri anda diam tapi dalam hati sebenarnya sakit hati. 

dalam Islam menuntut untuk suami tolong ringankan beban isteri. ye la isteri dah penat jaga nak, memasak, nak layan makan suami lagi dan macam2 lagi kerja isteri ni. apa salahnya kalau suami tolong isteri basuh baju ke..bukannye basuh pakai tangan pun pakai mesin kan. kalau isteri dah basuh baju suami tolongla sidai. kalau kerja rumah kita buat sama2 kemesraan antara suami dan isteri secara x langsung dapat dieratkan lagi. 

* suami perlu turunkan keegoan jika si isteri merajuk dan minta dipujuk. walaupun kadang2  rasa itu bukan kesalahan anda tak mengapa kalau anda mengalah.

* suami mesti selalu ucapkan rasa kasih, sayang dan cinta anda kepada isteri. ucapan "i love u" atau apa sahaja yang seumpama dengannya perlu diucapkan setiap hari. ucapan kasih sayang penting untuk membuat hari2 anda rasa bahagia bersama pasangan anda.

* setiap kali nak tidur ucapan "good night" atau "selamat  malam" dan ciuman perlu dipraktikkan. amalan ni pun kita boleh praktikkan dekat anak2 kita nanti. barulah nampak kemesraan.

*jadikan pelukan dan ciuman benda wajib yang perlu kita lakukan. dalam satu hari berapa banyak kali pun x apa. itu tandanya hati dan cinta kita pada pasangan sentiasa utuh.barulah menjamin kekuatan rumah tangga.

*sifat jujur sangat penting. apa pun yang anda ungkapkan setiap hari dengan pasangan mesti jujur. jangan sekali2 menipu pasangan anda.

*anda perlu ada rasa hormat pada pasangan. hormati perasaan satu sama lain.

* sekali sekala apa salahnya kalau anda buat surprise party or gift untuk pasangan anda. mesti dia suka dan bertambahlah perasaan sayang dia pada anda.

* kalau nak pergi shopping atau pergi jalan ke mana sahaja make sure anda pergi bersama. jangan pulak nak pergi shopping barang dapur pun isteri kena pergi sorang2. suami pulak tidur kat rumah. betul2 x patut.

*pastikan anda selalu tidur pada waktu yang sama dengan suami. sambil nak pejamkan mata tu bolehlah borak2 dengan suami. jangan pulak isteri tidur awal sangat dan suami pulak tidur lewat malam.

*kalau anda nak buat sesuatu keputusan kena dengar dari kedua2 belah pihak dan buat perbandingan kebaikan dan keburukan. x boleh lah asyik dengar cakap suami je kadang2 kena jugak dengar cakap isteri.

*kalau ada banyak masa bersama rajin2 la solat jamaah. memang dituntut dalam Islam.

*sibuk macam mana pun  kita mesti luangkan masa untuk pasangan kita. sekali sekala pergilah tengok movie, makan kat luar atau beriadah bersama.

* kalau anda tak suka dengan sikap pasangan anda jangan cakap terus terang. ada pasangan yang x boleh terima. teguran dan nasihat mestilah dengan cara yang paling baik. x kisahlah macam mana anda nak buat yang penting jangan menimbulkan pergaduhan.

* sering ungkapkan kata maaf pada pasangan anda kalau anda rasa anda telah menyinggung perasannya.

* si isteri mesti rajin masak untuk suami. jangan selalu sangat makan kat luar. air tangan isteri tu berkat dan suami selalu akan ingat. bagi si suami masakan isteri lah yang paling sedap kat dalam dunia ni. chef2 terkenal pun kalah lah. hah..itu dia penangan air tangan isteri..

* isteri perlu pastikan kebajikan suami perlu dijaga dengan baik. contohnya baju kerja suami mesti diseterika sebelum suami suruh. jangan suka tunggu suami suruh baru nak buat.

* jangan terlalu kuat cemburu. perlu ada sifat saling percaya dan persefahaman yang baik. mana pun kita nak pergi mesti bagitau pasangan kita. perlu tunjuk yang kita sentiasa ambil berat dengan pasangan kita.

google image

Nota bibir seksi:)

pada pasangan suami isteri anda perlu praktikkan tips ini untuk kesejahteraan rumah tangga anda. kena cuba dulu baru percaya. selamat mencuba...

2 comments:

Unknown said...

Yapss..betoll..thankkk

Unknown said...

Yapss..betoll..thankkk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...