Amati lirik lagu Sudirman ini..
Ayah dan Ibu..Ayah dan Ibu..
Itulah permulaan kami..
Dapat melihat bulan dan matahari...
aaaahhhhh......
Ayah dan ibu...Ayah dan Ibu mestilah dihormati...
ayah, apa, papa, daddy, baba, abah, bapak, puppy, ayahanda, walid atau apa sahaja gelaran untuk seorang bapa semuanya punya maksud yang sama. begitu juga dengan panggilan mak, mama, ibu, umi, mummy, ami, ama, mom, atau bonda.
apa jua panggilan yang anda panggil untuk ayah dan ibu anda itu tidak penting yang penting anda menghormati beliau dan menyayangi beliau setulus hati. kasih sayang seorang ayah dan ibu tidak ternilai dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
pengorbanan mereka membesarkan kita, mencari sesuap nasi untuk kita, penat jerih mencari duit untuk sekolahkan kita dan memastikan kita hidup dengan selesa dan bahagia memang tak dapat kita balas dengan wang ringgit. hanya Allah yang mampu membalasnya.
oleh itu, kita wajib berbuat baik kepada ayah dan ibu kita. antara cara yang mudah adalah menghormati mereka, mendengar nasihat mereka, menyayangi mereka dan membalas jasa mereka.
oleh itu, kita wajib berbuat baik kepada ayah dan ibu kita. antara cara yang mudah adalah menghormati mereka, mendengar nasihat mereka, menyayangi mereka dan membalas jasa mereka.
apa yang kawan lihat sekarang ni ayah dan ibu diperlakukan seperti hamba abdi, disepak diterajang, dimaki hamun seperti pencacai yang hina. MasyaAllah...tahukah anda semua kebahagiaan kita terletak pada doa ayah dan ibu kita? kalau ayah dan ibu tak mendoakan kesejahteraan kita macam mana kita nak bahagia. jangan lupa setiap kejayaan yang kita miliki hari ini adalah berkat daripada doa dan usaha ayah dan ibu kita juga.
ayah dan ibu fikir kalau ada ramai anak hidup senang di hari tua mereka nanti tapi sebaliknya yang berlaku. bila anak2 dah besar, dah berumahtangga, dah hidup senang ayah dan ibu dihantarnya ke rumah kebajikan orang2 tua. alasannya x ada masa nak jaga orang tua. sibuk dengan kerja. sampai ada yang sanggup hantar orang tua mereka ke rumah penjagaan orang tua milik orang bukan Islam yang hidangannya daging khinzir.
Ya Allah..ini ke yang sepatutnya anak2 balas terhadap ayah dan ibu? renung2kan lah...kita ni hidup di dunia hanya sementara, hanya menumpang di bumi Allah. ayah dan ibu berdua boleh jaga anak 10 orang tapi anak 10 orang x boleh jaga ayah dan ibu yang cuma berdua je...

Nota Bibir Seksi:)
Mak dan Ayah ku adalah inspirasi ku dan idola ku.
No comments:
Post a Comment