Monday, May 16, 2011

Ke Mana Hala Tuju Industri Filem Kita?

Di manakah kedudukan Industri Filem kita pada peringkat antarabangsa?

jawapannya, insustri filem kita masih tertinggal jauh ke belakang.

kenapa agaknya ye?

kawan sekadar ingin memberi pandangan mengenai industri filem kita?


google image
PELAKON :  kalau dulu kita hanya ada pelakon Hero yang hebat seperti Rosyam Nor dan Awie. Heroin pula Erra Fazira. tapi sekarang kita  banyak melahirkan pelapis generasi muda yang berpotensi untuk menjadi pelakon yang hebat. 


bukan hanya pelakon malahan kita punya pengarah filem generasi muda yang sangat berbakat. cuma bakat mereka perlu digilap lagi supaya bakat yang mereka ada setanding dengan pelakon dan pengarah antarabangsa.

JADI masalahnya bukan berpunca daripada pelakon atau pengarah?

APAKAH PUNCANYA?

pada pandangan kawan, industri filem di Malaysia sangat terbatas. Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum dan Agama yang perlu kita hormati antara satu sama lain. setiap kontent atau isi kandungan filem mestilah tidak melanggar tata susila ketimuran dan tidak menimbulkan isu perkauman. jika perkara tersebut berlaku confirm filem kita akan di "banned". 


perkara tersebut memang x boleh dibuat main kerana ia boleh memecahbelahkan institusi kemasyarakatan di negara kita.Kawan setuju 110%.

bukan itu masalahnya yang ingin kawan utarakan. masalahnya adalah adakah industri filem kita tidak mempunyai teknologi yang cukup canggih dan pengarah yang sangat  berbakat dalam bidang teknologi?kawan puji habis-habisan KRU Studios dan Aziz M.Osman kerana berusaha segigihnya untuk memartabatkan industri filem tanah air di peringkat antarabangsa dengan cuba menghasilkan filem yang menggunakan teknologi tinggi seperti CGI. 


kawan bangga bila menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa, Cicak Man, Magika atau XX Ray kerana pengarah filem tersebut cuba mengetengahkan bakat mereka dalam teknologi komputer dan Sains. at least. ada perkembangan yang baik dalam industri filem kita. 

kawan cukup boring tengok cerita yang kononnya dikatakan santai seperti filem2 cinta arahan ermm..x perlulah kawan cakap korangpun sedia maklum siapa dia. pengarah filem yang suka buat cerita2 cinta dan lawak bodoh. kalau bahasa kasarnya FILEM SAMPAH! pengarah tu tau x yang rakyat Malaysia dah bosan nak tengok cerita2 cinta dan lawak2 bodoh ni. 


macam mana pemikiran rakyat nak berkembang kalau asyik layan cerita cinta tangkap leleh je. tak salah buat cerita cinta tapi biarkan ada elemen tekonologi sikit.macam cerita orang putih walaupun filem tu bergenre kan aksi tetap ada kisah cinta yang cuba diselitkan. x kisahlah asalkan bukan hanya cinta fokus utama.

apa yang kawan lihat usaha itu ada tetapi terlalu banyak halangan dan tentangan yang perlu mereka hadapi.
masa pembikinan filem Hikayat Merong Mahawangsa kawan ada terbaca dalam paper bahawa Yusri KRU mengeluarkan statement beliau terpaksa melupuskan semua senjata yang dibeli dari luar negara dengan harga yang sangat mahal untuk pembikinan filem tersebut. 


sebabnya ada sebuah jabatan kerajaan mengarahkan mereka melupuskan senjata2 tersebut dengan alasan ia akan mendatangkan bahaysa terhadap orang awam. logik ke? x kan lah Yusri KRU nak guna senjata tu untuk bunuh orang kot? at least KRU boleh gunakan senjata tersebut untuk filem2 aksi mereka yang lain.

tak dinafikan filem tempatan masih ada ramai penyokong tapi setakat itu je la penyokong nya x sampai ke mana.tak lebar sayapnya sampai ke peringkat antarabangsa.cuba lah kita fikir2 kan...




Nota bibir seksi:)


tetap sokong industri filem tempatan walaupun di sebalik tabir...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...