googleimage |
Kruuukkk…hai perut ni dah berbunyi mintak diisi..hari ni nak makan kat mana ye?ermmmm….asyik2 makan nasi berulamkan jantung je..apa kata kalau hari ni kita tukar menu.hah..kat sini aku senaraikan tempat2 makan yang best kat sekitar Kl, Selangor dan Muar.Jom pi kena…
SEKITAR CHERAS
· Taman Tenaga – hah..kedai makan kat tepi lampu isyarat Taman Tenaga ni tempat aku lepak dari zaman bercinta sampai dah kahwin. Memang makanan kat sini sedap dan murah. Selepas order makanan anda akan dihidangkan dengan bubur secara percuma. Macam2 jenis bubur yang ada contohnya bubur kacang,bubur jagung,bubur pulut hitam dan pengat. Nama menu makanan kat situ pun lain dari yang lain.
Contohnya nasi goreng Maria, nasi goreng janda, nasi goreng Parades, nasi goreng Mexico dan macam2 lagi la. Jus buah gelas jumbo baru rm2.50. kalau sorang minum memang x habis.
· Ayam penyet – kedai makan ni kat banyak tempat pun ada. Tapi yang selalu aku pergi kat Bandar Tasik Permaisuri. Ayam penyet terkenal dengan makanan ala Indonesia. Makan nasi bersama lauk seperti ayam,ikan keli,daging dan sebagainya yang digoreng dengan rempah. Dalam satu mangkuk tu terdapat juga ulam seperti sayur kobis, sambal yang sangat lazat dan pedas, tauhu dan timun. Sekali makan memang terangkat punyo...
· Sate – kalau nak rasa sate yang fresh ada kedai sate yang baru buka sekitar deretan kedai kat Bandar Sri Permaisuri ni. Harga sate mahal sikit RM0.90 secucuk. Tapi x rugi..dia punya rasa memang buat korang meleleh air liur. Lebih sedap dari sate kajang haji samuri. Dihidangkan panas dan fresh x macam sate kajang haji samuri yang dihidangkan sejuk dan x rasa rempah langsung.
· Pisang Goreng –pisang goreng akak kelate ni memang jadi pilihan penghuni pangsapuri sri penara. Selain pisangnya rangup kita juga boleh makan goreng pisang cicah dengan sambal kicap yang pedas ikut Johor Style.
SEKITAR PUSAT BANDARAYA KUALA LUMPUR
· Jalan Imbi – siapa cakap kat sekitar Bandar KL x ada tempat makan yang murah? Anda silap..kat jalan imbi ada satu jalan short cut nak ke sungei wang. Kat situ ada satu medan selera. Kedai yang hujung sekali sebelah kanan ada jual nasi campur dan makanan ala carte iaitu goreng2. Kedai tu namanya kak nor dan ery. Diaorang anak beranak. Siap ada tulis tahun bila kedai tu dibuka. Tahunnya aku dah lupa. Makanan kat sini memang murah gila2 punye. Bayangkan aku makan nasi goreng kampung dahla banyak dengan telur goreng, sup dan air bandung baru rm 3.50. Pakej makanan murah akan bermula dari jam 3-6 petang. Hidangan nasi campur bermula pukul 11 am dan makanan ala carte bermula pukul 2 hingga 6 petang sahaja. Kalau korang lambat terlepasla jawabnya.
· Mutiara Damansara – fuyoo..kedai ni memang class..made in Muo. Nama kedai ni MIMPI MUAR. Bagi rakyat republik muo kedai ni memang jadi pilihan untuk sape2 yang rindukan mak2 diaorang kat kampung. Masakan yang dijual semuanya made in Muar. Antaranya asam pedas muo, mee bandung muo, kopi 434 muo dan soto muo. Hidup Muo!
· Kampung Baru – mau rasa ikan bakar, ikan masak 3 rasa di restoran Rosedat ada menyediakan pelbagai juadah dengan servis yang sangat pantas. Baru korang order dok borak dalam 5 minit makanan dah sampaisempat lagi nak usha anak dara orang.
· Pantai Dalam – terkenal dengan ayam golek. Kalau bulan puasa memangla ramai umat manusia yang akan memenuhi kedai makan ni. Sampai kena book awal2. Kat pasar Ramadhan yang berdekatan dengan kedai ayam golek tu pun ada pak cik jual murtabak. Memang class la murtabak pak cik tu sampai orang beratur sikit punya panjang semata2 nak rasa murtabak pak cik tu.
SEKITAR SELANGOR
Shah Alam – kalau petang2 ni kita pekena ABC memang umpphhh...ABC kat seksyen 2 berhampiran dengan Aquarium memang sodap hingga menjilat jari kaki. ABC lain dari ABC yang aku pernah rasa coz ada coklat di puncak ABC yang akan mengalir macam lava gunung berapi. Harganya pun baru RM 2.50.
Serdang – kalau nak layan Western food restoran Chop & Stick menepati selera kita. Servisnya pun cepat dan cekap.
Beranang - Aku x ingat apa nama kedai ni tapi kedai ni terletak kat tepi jalan. Kedai makan biasa je. Tapi dia punya sate mak ai…sodap gilo! Rasa rempah dan dagingnya yang besar memang mengeyangkan perut aku. Otak2 yang dijual kat kedai tu pun besar dan marvelous!
Sri Gombak – mai kita pekena roti canai yang lembut lagi rangup di restoran mamak kat tepi jalan tu. Apa ntah nama kedai tu sudah ku lupa.

SEKITAR BANDAR MUAR
Jalan Parit Raja - Cendol pulut campur kacang hanya RM 1.00. Lazatnya x terkata
Parit Jawa - Restoran Asam Pedas Pak Yahya
Bandar Maharani – kedai makan berhadapan dengan bus station Pagoh menyajikan sajian sarapan pagi. Antaranya sate, nasi lemak dan mee rebus. Orang Muo pagi2 makan sate..ada class gitu..
Sabak Awor - Medan Ikan Bakar yang semakin popular. Jauh lebih murah berbanding Umbai dan Anjung Batu Melaka. Makan sambil melihat keindahan sungai Muar.
Taman Perdana – kat kedai akak ni terdapat karipap yang dijual dengan harga RM 0.25. karipapnya padat dengan isi dan besar. Sebelum ni RM 0.20 je tapi disebabkan kos tepung pun dah naik terpaksalah naikkan sikit harga. Tapi puas hati kalau nak dibandingkan dengan karipap kat KL tu. Dahla kecik, isi x padat mahal pulak tu.
Mee Bandung – Muar sememangnya terkenal dengan mee bandung. Mee bandung ni ada banyak version. Ada orang yang suka kuah pekat dan ada yang suka cair. Ada yang letak rencah udang geragau dan ada yang letak rencah biskut Marie. Actually banyak kedai jual mee bandung yang sedap. Yang aku biasa makan kat kedai Sahak tepi jalan Haji Jaib, kat taman Tun Syed Nasir, Lorong Merak dan Tanjung Emas.Selain mee bandung, makanan lain yang menarik kat Muo adalah soto, yong taw foo, mee siput, mee rebus dan putu bamboo. Kalau air pulak air kopi 434 memang kaw gila. TPM kita pun suka taw kopi ni. Memang rasanya tak ada tandingan.

Kalau kat fast food pulak..antara makanan yang menjadi pilihan aku adalah:) Pizza Hut- Spicy wings, lasagna,pizza thai seafood dan island supreme, air twister dan ice blended. KFC dah tentu ayamnya. Selain tu cheezy wedges pun jadi kegemaran ramai. McD apple pie dan mc flurry. Papparich mee kari.
Sebenarnya banyak lagi tempat makan yang best2. Update later okay..
Nota bibir seksi:)
Paling aku x boleh lupa makan otak2 kat paparich..Ya Allah..rasa macam bangkai sampai nak telan pun x boleh…menyesal aku makan…