|
google image |
Saiz otak manusia kira-kira 325gm yang terdiri daripada 10-12 billion sel dan menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam tubuh manusia.Kranium dan bendalir darah memberi perlindungan kepada otak. Perkara yang paling menarik perhatian para penyelidik ialah kaitan antara pemikiran/kognisi dan akitiviti-aktiviti fizikal pada otak.
Sejak awal lagi pengkaji telah cuba menerangkan tentang otak dan kaitannya dengan pelbagai fungsi kognitif,tingkahlaku dan emosi. Antaranya yang terkenal ialah Franz J.Gall (1758-1828) yang mengutarakan ‘phrenology’ yang berasal dari perkataan ‘phrenos’ yang bermakna minda dan ‘logos’ yang bermakna kajian. Beliau cuba mengaitkan bahagian-bahagian tertentu otak dengan fungsi-fungsi kogniti tertentu.
Setakat ini diketahui bahawa perubahan-perubahan kimia & elektomagnetik wujud ketika individu berfikir (seperti dalam penyelesaian masalah). Aktiviti neural dikesan dengan alat perakam yang dipanggil ‘Electroencephalgraph’ atau EEG. Pola gelombang otak dikesan melalui elektrod yang dipasang pada kepala seseorang.
Bahagian otak
|
Fungsi
|
Saraf tunjang
|
Menerima maklumat daripada system sensori (kulit, mata, telinga, lidah & hidung) sendir otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindakbalas (seperti melakukan pergerakan)
|
Medula oblongata dan pons
|
Merupakan sambungan atau jambatan antara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medulla adalah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, menelan, batuk, bersin dan lain-lain.
|
Otak tengah
|
Terletak antara medulla oblongata, pons & serebelum & diensefalon & korteks serebum
|
Diensefalon
|
Mengawal fungsi involuntary (pernafasan, suhu badan)
Memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran, rasa.
|
Serebelum
|
Terletak di bawah serebrum dan memenuhi bahagian belakang kranium. Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya.
Serebelum menerima impuls dari organ-orgaan yang berkaitan dengan keseimbangan badan.
Fungsi: menyelaras pergerakkan badan & mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari).
|
Permindahan maklumat antara sel otak.
Maklumat yang datang daripada persekitaran melalui deria-deria, dianalisiskan oleh otak untuk tindkan selanjutnya. Komponen utama dalam system saraf ialah sel yang dipanggil Neuron. Sel ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada lokasi di otak dan fungsi. Secara umumnya, neuron terdiri dari beberapa bahagian.
Bahagian neuron
|
Fungsi
|
Jasad sel
|
Menganjur daripadanya ialah cabang-cabang halus yang dipanggil dendrit.
|
Akson
|
Tiub panjang (berbeza antara beberapa milimite hingga satu meter) yang menjadi saluran antara jasad sel dengan neuron lain. Membolehkan neuron-neuron berkomunikasi di antara satu sama lain. Akson disaluti lapisan lemak yang dipanggil Sarung Mielin.
|
Butang terminal
|
Hujung akson yang dipanggil butang terminal hampir-hampir menyentuh dendrite neuron yang lain.
|
Sinaps
|
ruang di antara butang teeminal dan dendrit.
|
Neurotransmitter
|
Komunikasi antara neuron berlaku apabila butang terminal melepaskan kimia-kimia yang dipanggil neurotransmitter dan hubungan dibuat yang membolehkan impuls saraf yang berunsur elektrikal disalurkan melalui jambatan cantuman kimia
|
Impuls saraf selalu bergerak mengikut satu arah melalui neuron. Impuls diterima oleh dendrite, dipindahkan kepada jasad sel dan kemudian dihantar melalui akson kepada dendrite neuron lain. Melalui cara ini, maklumat yang mengalir dan disalurkan ke seluruh system saraf; iaitu daripada otak ke bahagia-bahagian lain badan dan sebaliknya.
Otak manusia dibahagi menjadi dua bahagian, iaitu otak kanan dan otak kiri.
Otak kanan mengendalikan bahagian tubuh sebelah kiri, sedangkan otak kiri mengatur bahagian tubuh sebelah kanan. Misalnya, ketika kita menulis dengan tangan kanan maka yang aktif adalah otak kiri. Begitu juga sebaliknya. Selain itu masing-masing bahagian otak juga berurusan dengan kawasan mental yang berbeza.
Otak kiri berhubungan dengan kata-kata, logika, angka, urutan, linieritas, analisis, dan daftar. Sedangkan otak kanan berkaitan dengan irama, kesedaran ruang, kesedaran holistik, daya khayal, melamun, warna, dan dimensi.
Ertinya, ketika kita menyelesaiakan permasalahan matematik, belajar bahasa, atau membuat daftar, yang aktif adalah otak kiri. Sedangkan ketika kita sedang medengar muzik, melamun, atau membayangkan bentuk sesuatu bererti yang sedang sibuk adalah otak kanan.
Orang yang memiliki kemampuan otak kiri kuat akan lebih mudah belajar atau menyerap informasi jika informasi itu disajikan dengan urutan logis dan linier. Sedangkan orang yang didominasi otak kanan akan lebih mudah belajar atau menyerap informasi jika diberikan gambaran keseluruhannya lebih dulu. Orang-orang dengan otak kanan menyukai cara belajar yang melibatkan visualisasi, imajinasi, musik, seni, dan intuisi.
Jika kekuatan kedua bahagian otak itu sama-sama dikembangkan dan digabungkan, kita akan mudah mengembangkan kecerdasan-kecerdasan yang lain, seperti kecerdasan emosional dan kecerdasan spiritual. Kita juga akan dapat lebih mudah menyerap dan memproses informasi secara lebih efektif.
Cara sederhana untuk memeriksa apakah selama ini kita telah benar-benar menggunakan kedua belahan otak adalah kita cukup mengajukan pertanyaan kepada diri sendiri. Untuk otak kiri tanyakan kepada diri sendiri apakah kita mampu bertutur dan memahami salah satu bahasa? Kalau jawapannya ya, itu bererti bahagian otak kiri kita sudah digunakan sehingga mampu beroperasi jauh lebih canggih dibandingkan dengan kebanyakan komputer moden.
Ini kerana untuk menguasai bahasa memerlukan keterampilan otak kiri, iaitu bidang angka, logika, analisis, dan urutan. Sekiranya ingin menguji otak kanan kita, tanyakan pada diri sendiri “Selalunya aku ada di mana semasa idea-idea kreatif, imaginasi, dan menyelesaikan sesuatu masalah?”. Kebanyakan orang mendapatkan ilham-ilham kreatif mendaki gunung, jalan-jalan di kawasan kampung, atau sewaktu bersantai di tepi pantai. Contohnya, hukum Archimedes idea awalnya muncul ketika Archimedes sedang mandi.
Ilham atau idea yang cemerlang umumnya datang ketika kita dalam situasi santai, tenang, tidak tergesa-gesa, dan biasanya seorang diri. Ketika ilham cemerlang itu muncul, yang benfungsi adalah otak kanan. Otak kanan bekerja paling efektif dalam situasi yang sangat rileks. Pada saat otak kanan beroperasi, maka otak kiri beristirahat.
Memelihara dan mengembangkan otak
Agar otak tetap berfungsi dengan baik dan semakin lancar digunakan kita otak kita perlu diberikan makanan yang sesuai dan dilatih. Maka, makanan yang diperlukan oleh otak menurut saintis terdiri dari empat makanan utama, iaitu: oksigen, nutrisi, maklumat, dan kasih sayang.
1.Oksigen
Oksigen sangat penting untuk semua proses dalam tubuh kita apalagi otak. Oleh itu, pastikan otak kita mendapat oksigen yang mecukupi. Salah satu ciri yang menunjukkan otak kita kekurangan oksigen, ialah mengan tuk dan malas bangun jika disuruh melakukan sesuatu. Oleh itu, untuk memastikan otak kita mendapatkan oksigen yang cukup adalah dengan melakukan senaman atau menggerakkan sedikit tubuh badan kita.
Ini kerana dengan bersenam, darah yang membawa oksigen akan mengalir dengan lebih lancer. Selain itu cuba elakkan diri daripada menyedut udara yang tercemar kerana udara yang tercemar mengandungi oksigen yang kurang jika dibandingkan dengan udara yang segar.
2. Nutrisi
Makan makanan bergizi sangat penting untuk kesehatan tubuh dan juga otak kita. Ada zat-zat tertentu yang memang sangat penting agar otak bekerja dan berkembang dengan baik, seperti DHEA dan DHA.
Kedua hormon ini dihasilkan sendiri oleh tubuh. Maka, pastikan bahwa makanan kita cukup mengandung zat gizi yang diperlukan untuk menghasilkani kedua hormon tersebut dan hormon-hormon lain yang penting buat kelangsungan hidup otak kita.
3. Maklumat
Ini juga makanan otak yang sangat penting. Walaupun oksigen dan nutrisi buat otak cukup, tetapi jika kita tidak pernah diberiakan dengan maklumat untuk disimpan atau diolah, maka otak tetap tidak akan berkembang dan berfungsi dengan baik.
Fungsi utama otak adalah mengolah maklumat yang diterima oleh semua deria sehingga kita mampu mengambil keputusan dan tindakan yang tepat. Semakin banyak maklumat atau pengetahuan yang kita perolehi, otak kita akan semakin mudah memproses fakta-fakta baru yang kita dapat sehingga kita mampu mengambil keputusan yang tepat. Ini kerana, simpanan pengetahuan itu dapat dimanfaatkan untuk menghubungkan dengan maklumat baru dan menjadikannya bermakna secara personal sehingga lebih mudah disusun dan dikelolakan.
Beberapa aktiviti yang kita boleh lakukan untuk memberi otak makanan berupa informas, adalah dengan rajin membaca, mempelajari benda-benda baru, mengunjungi tempat-tempat baru, dan berberbincang atau bertukar maklumat dengan orang lain sehingga kita akan dapat pengetahuan tambahan dari orang lain dan maklumat atau pengetahuan yang kita berikan akan semakin kuat di otak kita kerana ada pengulangan.
4. Kasih sayang
Hasil kajian menunjukkan bahawa belajar jadi lebih cemerlang kalau kita bahagia. Cara terbaik agar kita bahagia adalah dengan menjaga otak kita tetap aktif.Dan cara terbaik agar otak tetap aktif dan tajam dengan menjaga diri kita selalu dikelilingi oleh lingkungan yang memotivasi dan penuh kasih, aktiviti-aktiviti yang menantang, serta juga kawan-kawan yang menyenangkan.
Sebaliknya, kalau kita berasa sedih, tertekan, dan depresi, kebolehan otak kita berkerja akan menurun dan akan rosak dengan lebih cepat dibandingkan dengan proses penuaan. Oleh itu, pastikan kita mendapatkan kasih saying yang secukupnya supaya otak kita tetap aktif. Oleh itu, sayangi otak!
OPTIMA
Pengoptimaan adalah proses untuk mencari yang terbaik, atau optima, penyelesaian untuk model ini. Tidak semua model memerlukan pengoptimaan, walaubagaimanapun teknik adalah penting apabila seseorang mempunyai model yang pelbagai contohnya membeli-belah, dan mahukan matlamat yang maksima atau minima pada sesuatu pilihan itu.
Contohnya, anda ingin mengetahui kemungkinan yang maksima ke atas sesuatu pelaburan tetapi anda tidak pasti berapa banyak wang yang harus dibahagikan untuk pelaburan tersebut.
Contoh kedua, anda merupakan seorang pengarah projek yang diberikn dengan budget yang tertentu dan anda dikehendaki mencari penyelesaian terhadap kombinasi tujuh projek yang berkemungkinan mempunyai nilai keuntungan yang tertinggi.
Contoh ketiga, sekiranya anda seorang jurutera petroleum, anda perlu mengenalpasti jumlah perigi yang optima untuk digerudi pada kawasan saiz reservoir yang diberikan dan mengkhususkan kadar pengeluarannya.
Pengoptimaan Otak
Cara Baru Untuk Berasa Hebat
Matlamat
1. Mencipta sesuatu yang baru, yang baik untuk meningkatkan kesihatan mental di dunia.
Kini, kesihatan mental merupakan kombinasi psikatri dan psikoterapi. Pergerakan Pengoptimaan Otak mensasarkan penciptaan satu pilihan berdasarkan pada Kaunseling Nutrisi Otak dan Feeling Good Coaching. Tambahan pula,ia menyokong latihan rangsangan otak, program berteraskan muzik, terapi elektrik arus mikro dan sebarang praktikal baru, teknologi yang mampu menyumbang secara efektif kepada fungsi optima otak.
2. Penyembuhan Otak Manusia dan menghapuskan penyakit otak dari planet bumi
Terdapat maklumat saintifik dan eksperimen klinikal meningkat pada hari ini, untuk mengenalpasti kebanyakan pesakit yang menghidapi penyakit mental memberi kesan kepada masyarakat sekeliling. 90 peratus atau lebih ketidakseimbangan mental merupakan akibat kekurangan nutria dan dapat diselesaikan dengan sumbangan nutrisi otak atau teknologi lain yang semulajadi dan selamat.
3. Meningkatkan IQ purata populasi dunia
IQ yang tinggi berkait dengan tahap pendidikan yang tinggi, perasaan yang gembira, dan kadar pendapatan yang tinggi. IQ yang rendah selalunya dikaitkan dengan kurangnya nutrisi yang baik bagi merangsang perkembangan otak sejak dari kecil hingga sekarang.
Masalah ini dapat diselesaikan melalui pendekatan pendidikan dan teknik yang khusus untuk meninkatkan fugsi otak supaya menjadi lebih berkesan. Brain Optimazation TM menawarkan seminar, kelas atau bengkel dalam usaha untuk meningkatkan kecerdasan otak.
Nota Bibir Seksi:)
Perbandingan antara manusia dan binatang adalah manusia mempunyai otak yang boleh berfikir manakala binatang tidak boleh berfikir. Tetapi manusia bertindak tidak menggunakan otak dan berkelakuan seperti binatang.fikir2kan lah...