Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al Mubarak


google

Salam Ramdhan buat semua umat Silam seluruh dunia. 

Ramadhan menjelma lagi..mudah-mudahan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Mudah-mudahan pengisian Ramdhan kali ini lebih bermakna. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi...

Tahun ni adalah tahun pertama kawan sambut puasa dengan suami. Seronoknya tidak terkata. Rasa nikmatnya hidup ini bila dapat menyediakan juadah bersahur dan berbuka bersama suami tercinta. Mudah-mudahan segala amal kami diterima oleh Nya.

Sebut pasal bulan puasa ni..yang paling orang x sabar nak pergi adalah Bazar Ramadhan atau bahasa slanganya PARAm (pasar Ramadhan). Kat bazar Ramadhan macam2 aneka juadah boleh kita dapati. Kebanyakkannya makanan eksotik yang jarang kita jumpa di bulan2 lain. Pada bulan puasa la peniaga2 nak dapat untung lebih untuk bekalan nak menyambut Syawal kelak. Orang yang x pernah berniaga pun akan berniaga bila bulan puasa ni. Kuih muih atau apa saja juadah yang dijual kadang2 cantik rupanya tapi rasanya x semenggah (x senonoh). Mane x nya yang jual kat bazar Ramadhan tu ramai yg bidan terjun.

Yang kawan pelik time puasa ni macam2 makanan kita nak makan. Bulan2 lain boleh je makan tanpa air manis. Minum air kosong pun x pe janji ada air x la tercekik nanti. Kalau makan xde kuih muih pun xpe..xde pencuci mulut pun xpe. Tapi time bulan puasa ni makan nak kena ada air manis yang sedap2..air cincau la, air sirap bandung, air katira dan segala macam air la yang ada kat bazar Ramadhan tu. Makan pulak mesti nak kena ada kuih muih. Dengan puding buah-buahan nya, dengan otak2, kuih muih je 3 atau 4 jenis. Belum termasuk kurma lagi..nasi dan lauk pauk lagi. Mana la nak sumbat makanan banyak2 ni.Sampai usus pun jadi ketat. MasyaAllah..

Bersederhanalah dalam menyediakan juadah bersahur atau berbuka. Dalam Islam pun x menggalakkan kita berbelanja berlebihan. Makan ala kadar dah cukup asalkan kita memperoleh berkat daripada ibadah puasa. Kalau pergi bazar Ramadhan tu confirm RM10-20 akan terbang macam tu je. Macam2 kita nak beli ikut nafsu serakah. Last2 yang makan tong sampah jugak.Kalau niat nak bersedekah kat jiran2 xpe jugak..dapat la pahala..ini tidak..tong sampah yg jadi gemuk. Bulan puasa ni baik untuk merehatkan sistem penghadaman kita setelah bekerja sepanjang tahun tanpa henti. Selain tu,bulan puasa ni la time kita nak berjimat dalam perbelanjaan harian sebab kita hanya makan sekali sahaja. Kalau nak berjimat masaklah juadah berbuka untuk bersahur sekali.Jadi x perlulah kita masak banyak kali. Kan membazir namanya.



Nota  Bibir Seksi:)


Apa yang penting keikhlasan kita dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut oleh agama kita. Bulan yang mulia inilah masanya untuk kita meningkatkan prestasi dalam ibadah kita. Mudah2an segala amal ibadah kita diterima olehNya...

1 comment:

odahonebizz said...

salam ramadhan...buang widget nini-ab join gengblogger nnti dia asik mntk p.word jek...annoying...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...