Dalam keluarga kawan adik beradik kawan lelaki mahupun perempuan semuanya bebas dari merokok. Yang merokok hanya ayah kawan. Itu pun dia x pernah hisap rokok kat rumah. Dah kurang berbanding dengan dulu. Kalau dia hisap pun masa2 tertentu time banyak kerja atau kawan bagi. Kesimpulannya, family kawan memang bebas dari asap rokok.
Masa zaman kawan muda2 lagi kawan memang x suka sangat dengan perokok ni. Memang pantang kawan kalau kawan bau asap rokok. Lebih2 lagi kalau kat kedai makan. Memang la kawan bengang.Kawan akan anggap orang yang melepaskan asap rokok kepada orang lain sebagai orang yang x ada sivik. Itula perkataan yang sesuai untuk orang macam tu.
Perokok..bila sebut pasal perokok orang selalu tafsirkan yang perokok ni mesti orang x berapa baik @ jahat. Bagi kawan x patutla bagi tafsiran macam tu kat perokok. Memang x dinafikan bila orang merokok ni kita akan pandang benda x elok kat diri orang tu. Ye la dah la merokok depan orang. X pasal2 orang lain yang x bersalah kena hidu asap rokok diaorang. Membahayakan kesihatan orang lain. Uols pun tahu kan orang yang hidu asap rokok tu lebih tinggi risiko untuk dapat penyakit berbanding dengan perokok. Bukan setakat tu je, puntung rokok pun diaorang buang sesuka hati diaorang je. Selalunya student yang kena tangkap kat sekolah sebab merokok mesti budak2 nakal. Betapa buruknya tafsiran yang diberikan oleh orang ramai terhadap perokok.
Tapi ada jugak wanita yang suka lelaki merokok. Katanya bila seorang lelaki tu x merokok x nampak macho la. Hek..Macho la sangat. Bagi kawan merokok ni hanya membazirkan duit. Sekotak rokok je dah harga sampai RM8.50 (rokok yg sedap kononnya). Dengan jumlah tu kita boleh buat makan. Lagi bagus..dari buat sesuatu benda yang dah terang2 mendatangkan bahaya pada diri sendiri. Kalau dikira2 balik berapa banyak duit yang si perokok ni dah laburkan setiap tahun? Dengan wang sebanyak tu macam2 kita boleh buat. Puas kawan fikir apa sedapnya rokok??? Tapi sampai sekarang x dapat jawapan.
Sejak kawan kerja kawan terpaksa belajar untuk terima kawan2 yang merokok. Ye la nak lepak makan sama2. Kalau x join terpaksalah makan sorang2. Nanti orang cakap sombong pulak. Nak x nak terpaksa jugak.Walaupun sebelum ni kawan memang x suka sangat dengan perokok. Bila bab nak memilih calon suami pun kalau boleh memang kawan x nak calon suami yang merokok.
Nak dijadikan cerita, kawan telah dijodohkan dengan lelaki perokok. Mula2 tu memang menyampah sangat bila tengok si dia merokok. Tapi nasib baik si dia ni jenis yang faham bahasa. Kalau kat rumah kawan si dia hisap rokok pun menyorok. Tu yang bila family kawan tahu dia merokok semua orang x percaya. Sampai semua orang cakap muka baik x kan la merokok...ermmm..kan bagus kalau semua percakapan orang2 tu benar belaka..bakal terjadi kenyataan ke..hampa...
Bila balik rumah belah si dia mulalah kawan migrain (dalam hati je). Mana x nya adik beradik suami kawan ada 5 orang lelaki. Yang x merokok cuma seorang je. Yang lain termasuk bapak mertua kawan memang perokok tegar. Bila balik kampung tu kawan terpaksa menghidu berapa banyak asap rokok. Aduh..sakit kepala. Memang x suka sangat2 tapi terpaksa terima sebab hormat kat perasaan orang lain.
Kawan masih lagi berusaha menasihatkan dan berdoa agar suatu hari nanti suami kawan akan berhenti merokok. Kawan dah pesan awal2 kat dia kalau ada anak nanti jangan nak merokok depan anak termasuklah masa dalam kereta. DILARANG SAMA SEKALI!!. Bukan ape kawan kesian tengok budak2 kecik tu baru nak hidup. Paru-paru diaorang tu bersih lagi. Kalau ye pun nak merokok jangan la dekat dengan budak2. Kasihanilah mereka.
Nota Bibir Seksi:)
Ayam berkokok di atas batang, hisap rokok penyakit datang...
No comments:
Post a Comment