Friday, April 1, 2011

SYOKNYER CAMPUS LIFE!!!

google image

Suatu petang kawan duduk  di tepi jendela sambil melihat telatah student MasterSkill. Tiba2 terimbas kembali campus life kawan. Campus life la waktu yang paling best semasa kawan  remaja  meningkat dewasa.  


Di sinilah kawan kenal erti persahabatan,  yang mana boleh buat kawan dan yang mana lawan, susah payah menuntut ilmu, kepayahan hidup berdikari tanpa mak dan ayah, maksud percintaan dan di sini juga lah kawan kenal apa itu erti kehidupan yang sebenar. 

Kawan menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 3 tahun. 3 tahun nampak macam lama tapi bila tiba masanya genap 3 tahun kawan rasa tak sanggup nak tinggalkan campus life.  Kawan menetap di Kolej Pendeta Za’ba atau lebih dikenali sebagai Bukit Antarabangsa kerana kolej ni merupakan kolej yang paling mahal di UKM terletak di atas bukit. 


Fasilitinya tak best macam kolej2 lama sebabnya kolej ni adalah milik Syarikat Al-Kausar. Setelah tamat tempoh perjanjian barulah menjadi milik UKM. Sebab tu lah serba serbi mahal kat kolej kawan ni. Tapi seronok sebab besar  macam kawasan perumahan pangsapuri dan cafeteria nya banyak choice. 

Fakulti tempat kawan belajar memang jauh dengan kolej kediaman kawan. terpaksalah kawan pergi fakulti naik bas. Tapi masyaAllah kalau nak naik bas tu punyalah kena beratur panjang dan tunggu lama. 


Maklumlah student yang dok kolej Za’ba tu bukan main ramai lagi. Kadang2 tu sampai kawan dah x larat nak tunggu, sanggup kawan jalan kaki turun naik bukit belakang kolej tu. Memang agak scary sebab banyak monyet.

Hehe.. masuk tahun 2 kawan rembat motor ayah kawan bawak mari kampus. Bila dah ada motor langkah panjang sikit. Dah mulalah muak dengan makanan kat cafeteria kolej tu. Mulalah memanjangkan langkah ke cafeteria kolej lain. Bila dah bosan makan dalam UKM mula singgah makan di luar sekitar Bangi dan Kajang. 


Pasar malam Bangi jadi port kesukaan kawan setiap hari sabtu. Kawan ni kira minah rempit la masa campus life dulu. Berselang seli awek kawan bawak rempit. 

Sampai satu hari tu motor kawan pancit masa nak gi makan malam. Nasib baik kawan berdua kalau tak memang cuaklah. Masa tu dah kat kul 12 pas abis kelas ingatkan nak melantak. Kawan call member suruh datang teman. Tiba2 ada sorang mamat tu lalu offer tukar tiub yang bocor tu. Sekali tu ambik ko kena RM20. Harga biasa baru RM8.

Masa campus life dulu kawan sering digelar ahli PBSM oleh kawan2. Maksudnya Ahli Persatuan Balik Setiap Minggu. Mana tak nya setiap hujung minggu memang susah nak nampak muka  kawan kat kolej tu. Kalau tak balik kampung di Muar kawan akan lepak umah kak long kawan kat Cheras. 

Itu memang port kawan untuk hilangkan tension study. Lagipun family kawan jenis yang suka lepak adik beradik. Kengkawan pun dah faham sangatlah dengan life kawan ni. 


Tu yang kawan x berapa nak nikmati zaman campus life kawan. bila terfikir balik memang ada penyesalan sebabnya rasa tak puas enjoy. Ada orang cakap time kita kat kampus la kita bebas nak buat apa sahaja sebabnya mak dan ayah jauh dari kita. Tapi kawan tak setuju. 

Walaupun mak dan ayah kawan jauh di kampung tapi kawan tetap jaga tingkah laku kawan. kawan tak pernah sekalipun ikut kawan2 gi jalan luar dari kawasan berdekatan dengan UKM. Kalau balik lambat tengah malam tu memang ada itupun masa kawan jadi Fasilitator untuk mahasiswa dan mahasiswi yang baru masuk.  


Time tu kena lah cari makan kat luar sebab cafeteria kolej tutup. Siang pulak sibuk handle budak2 tu. Tu yg lepak sampai tengah malam. Kawan tak nafikan UKM adalah sebuah U yang x berapa nak ketat kawalannya. Kawan tengok ada je student yang balik kolej kul 4 pagi dengan boyfriend tapi pak guard lepas kan je.

Sepanjang dok kolej Za’ba kawan ada 3 orang room mate. 1st namanya wani. Ok orangnya suka gelak2 dan huha huha. Tapi kawan ni jenis yang kalau tengah concentrate uat keje jangan harap nak borak. Lama2 wani tu bosan agaknya dengan kawan dia pindah bilik lain masuk tahun 2. 


Pas tu dak junior pulak masuk bilik kawan. ok gak budak tu..budak2 kan so boleh buli.haha..kawan x pena buat macm tu. Masuk tahun 3 pulak coursemate kawan pulak yang jadi room mate kawan. budak ni pelik sikit orangnya. Muka penuh dengan masalah, selalu gak  x datang kelas n gaduh dengan bf.selalu sangat xde dalam bilik. Jadi kawan pun uat hal kawan je la. 

Kalau bab best friend tu Cuma da sorang je masa kawan sem 1. Nama dia Hanizah. Memang kawan yang paling baik sampai orang ingatkan kitaorang ni kembar sebab terlalu rapat. Tapi sayangnya masuk sem 2 hanizah terpaksa terima tawaran untuk belajar jadi nurse. 


Masa tu kami ada geng ber 6. Bila hanizah dah bla kawan pun bla dari group tu..bawak diri. Kalau setakat kawan rapat tu memang ramai. Kawan ni friendly la katakan. Tapi kalau bab lepak bilik member2 ni kawan kurang gemar. Kalau time kawan bosan mcm nak mati je kawan akan lepak bilik member. 

Masa nak exam kitaorang sibuk cari koleksi games yang best2. Kononnya nak hilangkan tension masa study. Padahal main games lagi banyak dari study.haha..bila nak exam suka tengok member2 kawan yang belajar bagai nak gila. 


Kawan jenis yang berani mati n x suka study hard. Sampaikan member2 kawan bengang dengan kawan. malas study tapi result gempak. Haha..kurniaan Allah bagi otak yang cepat pick up..syukurlah..

Huh..rasanya sampai esok pun x abis kalau kawan nak cerita pasal campus life ni. Udah2 le tu nanti teringat lebih2 parah pulak jadinya. Bye2…

Nota bibir seksi:)

Kawan pernah minat kat sorang Mamat ni. Budak 1 sekolah agama n 1 kg dgn kawan. mana kawan pergi mesti bertembung dgn dia. Yang x sangkanya sampai dekat U pun kitaorg masih bertembung. Ingatkan jodoh rupa2nya x. of course la x sbbnya mmg ade something wrong dia dgn kwn.haha..biarlah rahsia..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...