Friday, April 1, 2011

Keje+Duit+Gaji+ Tak Mampu nak bayar !!!

google image

Aku pernah bekerja kat satu company yang agak berprestij kat Malaysia ni kepunyaan orang Bumiputera. company ni jual intan berlian. kawan rasa korang mesti tau punya.kawan pegang jawatan sebagai Branch Executive.


kiranya kawan orang ke 2 berpangkat dalam showroom yang terletak kat Wangsa Maju. kawan kerja kat sana 3 bulan je sebabnya kawan bengang dengan branch manager. 

First time dalam hidup kawan, kawan jumpa manusia berhati iblis seperti tu. ade certain staf berperangai buruk nak mampus. suka tikam dari belakang dan buat cerita buruk pasal kawan. sedangkan kawan x pernah pun kacau dia. pangkat lagi bawah dari kawan pulak tu. tapi dia orang berpengaruh dalam showroom tu sebab kaki bodek manager. 


sedara manager pulak tu. memang masalah ni x pernah berlaku kat kawan tapi kawan sebagai manusia x sanggup tengok staf kawan diperlakukan seperti hamba abdi. 


serius staf kat sana semua jenis tuli n buta sebab apa pun yang manager diaorang buat diaorang x akan lawan even benda tu menyeksa diri. bila kawan masuk kerja kat situ kawan betul2 shock sebab ada manusia yang berhati iblis seperti tu dan ada pulak manusia yang sebodoh tu sanggup diperlakukan seperti orang tongong. 

Masa training lagi macam2 cerita kawan dah dengar pasal keburukan manager tu. bila masuk kerja setiap hari kawan dengar cerita buruk pasal dia. bukan tu je banyak sangat perkara buruk yang kawan tengok kat sana dari segi manager, staff dan lain2 lagi. lama2 kawan pun x tahan. tu yang kawan berhenti kerja. 

Masalahnya sekarang kawan bengang gila dengan company tu. kawan berhenti kerja pertengahan bulan 1 tapi sampai sekarang kawan x dapat gaji lagi. yang peliknya slip gaji dah keluar n KWSP pun dah ditolak. tapi bila kawan call HR diaorang cakap kawan ada x datang kerja so gaji kawan x boleh release. kepala otak dia!! kawan memang ada mc n x datang kerja sebab masa tu kawan kena sakit yang agak teruk gara2 terlalu tension kerja kat situ. 


sampai kawan pengsan kat tempat kerja. sampai setiap kali kawan nak pergi kerja kawan x sanggup nak gi kerja. dah gerak nak ke tempat kerja tiba2 je kawan akan pergi tempat lain. begitu dahsyat sekali penangan kerja kat tempat tu. 

Sekarang ni kerja kawan setiap hari kena call orang HR untuk tuntut gaji kawan. bukannya kawan seorang yang dianiaya tapi ramai lagi. management company tu memang mcm haram! nama je company berprestij. taik kucing!!!

Ye2 je hari tu budak yang jaga akaun call kawan cakap dia dah nak bank in gaji. tapi bila kawan tunggu sampai hujung bulan 3 still x masuk lagi. setiapa hari kawan bodoh2 je pergi cek kat maybank 2 u. 


sakitnya hati ni x terkira. kawan call dia tadi dia cakap gaji kawan x boleh release sebab kawan berhenti bulan 12. sedangkan kawan berhenti bulan 1. bila kawan tanya dapat x resign letter dia diam je. 

Apa yang kawan tau si manager pencacai tu suruh orang HR tahan gaji kawan n dia buat surat kutuk kawan macam2. kawan rasa nak pijak kepala otak dia sampai lumpuh. menyusahkan hidup orang! company tu buat kawan n mangsa2 yang lain macam pengemis. yang kawan bengang dia berjanji nak call tapi tak call, berjanji nak bank in duit tapi x bank in. 


kawan ditipu mentah2, diperbodhkan macam budak2. doa kawan hanya satu branch manager yang dengki dengan kawan tu akan terima bala suatu hari nanti sebab terlalu banyak penganiayaan yang telah dia buat. tanggung kat akhirat nanti.

Nota bibir seksi:)

Nama je company besar tapi macam haprak. pengajarannya jangan terlalu baik sangat dengan orang dan jangan percaya kat sesiapa pun dalam dunia ni lebih2 lagi orang luar selain keluarga kita sendiri.

4 comments:

Ana admi said...

mana2 pun banyak je politik pejabat mcm ni..kalo da smpai tahap mls nk g keje..da tahap teruk amat company tuh..

farhan said...

sampai tak bayar gaji...teruk btul..apa na nama company ni.......sabar je la..baik berhenti je drpd kerja kat tempat mcm tu

NiNi-Ab said...

baru dpt farhan..dh 5 bulan tunggu..nasib baik dapat gak tu pun puas dok kol tiap2 hari mcm pengemis..company besar jual emas berlian dan permata..faham2 je la..hehe..btw..tq 4 ur comment

liza said...

salam kenal.wah teruknya company tu.. mesti stress gile keje situ kan...tapi alhamdulillah dah dapat gajinya, kalau dah memang rezeki kita, mereka buat la apapun, pasti kita dapat juga kan. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...