Sunday, April 24, 2011

Perompak Vs Perampok

google image
     Baru- baru ni peristiwa buruk telah menimpa kawan. sewaktu kawan tengah sibuk melayan cerita marimar kat laman sesawang tonton.com tiba2 pintu rumah kawan diketuk dengan kuat. 

      Waktu kejadian adalah pada hari Khamis 21/4/2011 jam 2.15 petang. sebelum ni dah banyak kali pintu rumah kawan kena ketuk tapi kawan buat dek je tapi hari tu kawan rasa lain macam x sedap hati. jadi kawan pun padam suis laptop dan semua suis kecuali suis kipas untuk dengar baik2 apa yang berlaku dekat luar rumah kawan. kawan letak rak kasut 2 tingkat untuk jadi penghalang belakang pintu (padahal rak kasut ringan je..haha..). 

       Bila dengar ada orang cuba bukak pintu rumah kawan, kawan pun sarung je jersey hubby yang baru dilipat atas sofa. yang lawaknya kawan dah la pakai dress dok umah jadi terpaksa la main sarung jersey hubby kawan digandingkan dengan dress.x sesuai langsung.

      Nak dijadikan cerita kawan pun standby kat belakang pintu.tiba2 kawan dengar ada orang nak buka pintu tombol kawan selepas pintu grill kawan dibuka.kawan pun terkejut la. kawan call hubby kawan tanya siapa yang ada kunci rumah kita ni.si perampok tu tolak pintu kawan, kawan pun tahan pintu tu sambil cakap kat handset dengan hubby. 

     Bila dengar je suara kawan bising2 si perampok tu terus lari. kawan pun sarung jeans dan tudung terus keluar rumah dengan membawa garfu.haha..ingatkan nak bawak keluar pisau untuk protection tapi kawan sempat fikir nanti orang ingat kawan nak bunuh orang pulak. jadi kawan pun bawak je la garfu dengan harapan boleh jadi senjata untuk kawan lindungi diri. kalau ape2 berlaku kat kawan boleh kawan toreh mata si perampok tu dengan garfu. dah jadi Kassim Selamat. 

    Bila kawan keluar kawan cuma ingat nak bawak handbag je laptop kawan tinggalkan. bukannya ada barang kemas banyak pun yang nak dibawa. bila keluar kawan terkejut tengok mangga kawan dah hilang yang tinggal hanya serpihan dalam mangga tu yang bertaburan. 1 kesan pun x ditinggalkan. kalau x boleh kawan ambik dia punya cop jari buat test DNA.
      Yang x bestnya kawan x sempat pun nak tengok muka si perampok tu.masa dia pecahkan mangga or lock pintu grill kawan x dengar langsung. dia berlari pun kawan x dengar. cuma kawan nampak bayang2 dua orang lelaki yang nak pecah masuk rumah kawan.

     May be dia ingat rumah tu x ada orang so dia berani nak pecah masuk.kawan suspect si perampok tu memang dah aim rumah kawan sebabnya suara yang sama ketuk pintu rumah kawan.kawan rasa dia bukan berbangsa Melayu mungkin orang asing. flat tempat kawan tinggal ni memang ramai orang asing.

    Lepas kejadian kawan pergi management office flat tu nak buat report tentang kejadian yang menimpa kawan. seorang chinese lady cakap kawan kena buat report kat balai polis coz kat situ x ada security. tiba2 sorang mamat berbangsa Cina cakap kat kawan "lain kali kakak bagi saja itu perompak masuk, bagi apa saja dia mau". dalam hati kawan berkata2 "apa ke bodoh Cina ni..ada ke dia suruh kawan bagi perompak tu merompak rumah aku..kalo setakat nak merompak x kisah lagi, kalo dia apa2 kan kawan apa cerita pulak?" 

    Dengan muka bengang kawan keluar dari office tu dan call kakak kawan suruh bawak kawan gi balai poli buat report. cari balai polis abtu 9 Cheras macam nak gila terpaksa guna Google Map. bila dah jumpa kawan buat report kat sorang polis yang baru dan muda. dia ambik keterangan kawan dekat setengah  jam tapi hanya  6 baris perkataan yang dia taip. kecewa gila kawan baca report dia.

     Dah la taip pun lembab nak mampus, sikit2 delete pas tu x tau buat ayat dok tanya2 orang. ayat simple pun x tau nak buat. apa kejadahnya ini semua? dah la kena bayar RM2 untuk salinan report pas tu x ada polis pun datang gtengok rumah kawan untuk tengok bukti kejadian. boleh pulak macam tu? buang masa kawan je!! dahla Inspector tu tanya kawan soalan bodoh "apa tujuan Cik buat report?" korang pun tahu apa jawapannya kan, jadi x payahla kawan jawab buat sakit hati je.

      Lepas kejadian tu kawan balik kampung 3 hari 3 malam. hari ni baru kawan balik semula ke rumah tapi  x senang duduk. hati ni rasa takut je. baru nak lelap mata je dengar bunyi terus bangun pergi kat pintu tengok apa yang berlaku. dah macam orang x betul sebab terlalu fobia. walaupun hubby kawan dah beli mangga yang baru dan mahal beserta selak rantai kawan tetap rasa x selamat.

Nota bibir Seksi:)

Jangan suka beranggapan bahawa rumah kita sentiasa selamat. apa2 hal pun pastikan  rumah sentiasa terkunci rapat dan pastikan anda menggunakan mangga dan apa saja jenis kunci yang mahal dan baik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...