Sunday, November 13, 2011

Telur Goreng Campur Javanese Style


Alamak..memang sudah lama kawan x jenguk blog kawan ni.selalu usha dari jauh je. Al maklumla sekarang ni kawan dah jadi career woman semula. Bila dah start keje memang x de masa la kawan nak menulis blog. Kalau ada masa pun kawan lebih memilih untuk spent masa dengan buah hati..hikhik..So, untuk permulaan hari ni kawan nak kongsi resepi yang paling simple untuk orang bujang dan orang pemalas. Kahkahkah..memang sesuai sangat menu ni dengan orang macam tu. Idea nak kongsi menu ni pun terkeluar masa borak dengan kawan satu academy yang berbangsa jawa. Dulu masa kecik2 ayah kawan selalulah masak macam ni sebab itu je yang ayah kawan tau..haha..Pas tu terus kawan ambik laptop and mengarang cerita. Excited sangat bila teringat zaman kanak2. So find out more apa yang uols kena prepare untuk masak "Telur Goreng Campur Javanese Style".


Bahan-bahan yang perlu disediakan:)



1) Telur - kuantiti ikut suka uols la. Kalau nak buat banyak letak la banyak. Anggaran dalam 3-4 biji telur yang paling sesuai coz kalau kurang telur nanti x sedap. Apa yang penting mesti cuci dulu ye supaya segala benda asing yang melekat di atas permukaan telur dapat disingkirkan.


2) Bawang Besar - Kuantiti depend pada uols tapi kalau banyak lagi best. Dikupas kulitnya dan dihiris besar2. 


3) Belacan - Bagi sesiapa yang x ada penyakit resdung bolehla letak belacan banyak2..memang kaw la rasanya nanti.Nama pun masakan jawa mesti kena ada belacan.


4) Lada Hijau - lada basah,cabai atau ape sahaja la yang uols panggil dalam bahasa loghat negeri masing2..yang penting mesti warna hijau. Kalau warna merah rasa sudah lari wo...nanti mau kejar semput wo...Yang penting kena hiris memanjang dan senget sikit.hehe..


5) Ikan bilis - kuantiti terpulang pada uols. Mesti dibuang segala isi perut ikan bilis tu.


6) Minyak - kuantiti jangan terlalu banyak.. yang sedang2 saja...


7) Garam - kuantiti terpulang la janji secukup rasa. Kalau dah letak belacan banyak x payah letak garam banyak sangat nanti terlebih masin sakit darah tinggi pulak.



Cara-cara Memasak:)



1) Panaskan minyak dalam kuali leper. Kuantiti minyak jangan terlalu banyak. Sedang2 je..


2) Masukkan belacan terlebih dahulu goreng hingga garing sambil tu hancurkan.


3) Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Kalau goreng x garing x sedap ye.


4) Kemudian, masukkan bawang besar yang telah dihiris. kacau sehingga sebati..


5) Masukkan lada hijau yang telah dihiris


6) Last but not least, masukkan telur yang dipecahkan terus dalam kuali. Kacau sehingga sebati dengan bahan yang telah dimasukkan tadi.


7) Bubuh garam secukup rasa.


Garnishing dengan bawang goreng..dah pun siap...kalau nak tambah tomato dipotong dadu atau udang basah yang kecik tu pun sedap gak.  Cubalah pelbagaikan memang mantap rasanya..Ok chow...



Nota Bibir Seksi:)


Masakan ni la yang bapak den selalu masak bila dia malas nak gi pasar beli lauk.haha..simple but nice.

5 comments:

shah said...

loh
mana gambar lepas production?

Farrah MF said...

ish....terliur teman baca entry ni :)

NiNi-Ab said...

hehe..sowi la x dpt nk letak gambarnye coz ms kwn tulis entri ni kwn kat academy..mmg sedap uols kena try...

Kak Noor said...

Tak pernah masak telur macam ni lagi. Lain kali bolehlah Kak Noor cuba buat. Bertambahlah koleksi resepi.

Kak Noor said...

Tak pernah masak telur macam ni lagi. Lain kali bolehlah Kak Noor cuba buat. Bertambahlah koleksi resepi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...