MURTABAK MAGGIE
Caranya mudah je akak2 oi..Meh kita usha bahan-bahan yang diperlukan untuk buat MURTABAK MAGGIE. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:)
1) Maggie Perisa Kari Cap Maggie (Jenama lain atau perisa lain x mau ye). Untuk hidangan 4-6 orang kita perlukan 3 atau 4 bungkus Maggie.
2) Daging lembu (Kuantiti ikut suka)
3) Cili atau lada (Siapa suka pedas boleh letak lebih, siapa tak suka pedas tak payah letak langsung)
4) Telur (Kuantiti dalam 3-4 biji,tak boleh kurang sebab nanti tak jadila murtabaknya)
5) Daun saderi / daun sup (Kuantiti daun saderi pun ikut suka korang,banyak sangat pun tak best jadi yang sedang-sedang je la)
6) Bahan-bahan lain (Bagi yang suka masin tambahlah sedikit garam,bagi yang suka pedas boleh tambah black pepper sikit,bagi yang tak makan daging boleh letak ayam,udang,sotong,fish ball dan apa-apa je bahan yang korang rasa suka dan akan menyedapkan lagi murtabak maggie korang. Macam tu jugak dengan sayur-sayuran.)
7) Minyak masak ( 1 sudu atau 2 sudu besar dah mencukupi)
Cara-cara nak masak pulak macam ni dik oi...
1) Rebus daging sehingga empuk dan cincang / hiris kecil-kecil
2) Rebus maggie sahaja tanpa perisa kari. Selepas maggie masak tos sehingga kering.
3) Pecahkan telur dan pukul sehingga sebati
4) Masukkan perisa kari Maggie dan kacau
5) Masukkan hirisan daging yang telah dicincang tadi atau bahan-bahan lain untuk digantikan dengan daging
6) Masukkan cili yang telah dihiris
7) Masukkan daun saderi dan sayuran lain
8) Tambahkan sedikit garam dan black pepper dan kacau semua bahan-bahan tadi sehingga sebati
9) Panaskan kuali dengan sedikit minyak
10) Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam kuali. (Pastikan anda menggunakan kuali leper atau boleh juga dimasak dengan menggunakan oven.)
-Pastikan suhu api dapur anda dalam keadaan kecil atau sederhana
-Apabila sudah masak terbalikkan MURTABAK MAGGIE tersebut dengan hati-hati..kalau tidak hancur semuanya.Terbalikkan pun kena ada style taw..kihkihkih...
Dah pun siap!! Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama suami tercinta atau seisi keluarga.
Selamat Mencoba ya!!
Nota Bibir Seksi:)
Resepi Murtabak Maggie ni jiran kawan sebelah umah yang bagi. First time rasa..huh..memang nak lagi!
No comments:
Post a Comment