Tuesday, September 27, 2011

Wajar atau Tidak Umur Persaraan Dilanjutkan Di sektor Kerajaan Mahupun Swasta??

google

                   

Salam sejahtera semua teman-teman bloggers. Dah lama rasanya kawan x tulis entri. Memang busy sangat2 dengan life tu yg x sempat langsung nak jenguk blog kawan ni. Untuk permulaan hari pagi yang damai ni kawan nak berkongsi pandangan kawan tentang tajuk entri kawan iaitu "Wajar atau Tidak Usia Persaraan Dilanjutkan Di sektor Kerajaan Mahupun Swasta??". Isu ini masih dalam peringkat perancangan lagi belum confirm. Jadi x salah kalau kita sebagai rakyat Malaysia nak bagi pandnagan masing2. Dengar cerita usia persaraan nak dilanjutkan kepada 70 tahun. Ada pulak yang cakap 60 tahun. Berbanding dengan sekarang usia persaraan sektor kerajaan mahupun swasta adalah pada umur 55 tahun. Sebelum ni pun usia persaraan telah dilanjutkan daripada 50 tahun kepada 55 tahun. Terkejut gak kawan dengar bila ada usul yang mencadangkan usia persaraan nak dilanjutkan lagi.



Bila baca tajuk entri ni agak2 uols setuju x? Sebenarnya ada pro dan kontra tindakan ni. Tapi pada kawan lebih banyak kontra daripada pro. So, mari kita bincangkan sama-sama  isu ini. Setiap statement yang kawan tulis adalah pandangan peribadi kawan kerana setiap manusia di muka bumi Malaysia ini berhak untuk menyuarakan pendapat. Pada sesiapa yang x setuju terpulang pada uols. Pandangan atau komen uols amatlah dialu-alukan. Berikut kawan punya pendapat tentang tajuk entri di atas:)



PRO @ Kebaikan sekiranya umur persaraan dilanjutkan:)



1) Untungnya orang yang berpengalaman dan banyak ilmu ni otak mereka boleh digunakan untuk kebaikan sesuatu organisasi. Walaupun usia mereka sudah lanjut tapi buah fikiran mereka masih bernas. Contohnya 
Dr. M kita..idea beliau masih diperlukan untuk pembangunan negara.


2) Warga tua tidak perlu bergantung pada anak-anak semata-mata. Hal ini kerana ada yang berpendapat gaji anak berkemungkinan tidak setanding dengan gaji parents mereka. Memandangkan kos hidup zaman sekarang tinggi jadi berapa sen sangatlah anak-anak dapat menghulurkan bantuan kewangan kepada orang tua mereka. Jika orang tua mereka masih bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri jadi mereka tidak perlu berharap pada anak-anak.



KONTRA @ Keburukan sekiranya usia persaraan dilanjutkan:)



1) Akan bertambah ramai la graduan universiti tempatan mahupun swasta yang akan tanam anggur. Tiap2 tahun berlambak2 graduan yang keluar dari universiti mahupun kolej2. Bekas2 graduan yang ada ni pun x dapat kerja tetap lagi inikan bertambah lagi graduan baru. Percaya atau tidak statement kawan bahawa ramai graduan di Malaysia yang tidak bekerja dalam bidang mereka. Semuanya kerja tangkap muat janji dapat gaji cukup untuk tanggung kehidupan. Dengan kos hidup yang tinggi zaman sekarang ni memang susah nak hidup dengan gaji yang x seberapa. Nak x nak terpaksa gak kerja dalam bidang yang bukan bidang kita masa belajar dulu. Ada pulak yang pilih untuk buat bisnes kerana  takut nak kerja makan gaji yang x terjamin. 



2) Warga muda dikatakan tidak berpengalaman seperti warga emas yang dah lama hidup dan banyak pengalaman. Memang betul warga emas yang dah lama kerja banyak pengalaman sebabnya dah kerja lama. Macam mana warga belia ni nak ada pengalaman kalau x diberi peluang langsung untuk menimba pengalaman dan ilmu sebanyaknya daripada orang tua yang berpengalaman. Pengalaman kawan sepanjang kawan mencari pekerjaan memang payah sangat2. Mana x nya boleh dikatakan majoriti majikan nak kan pekerja yang ada pengalaman dalam bidang yang mereka nak. Kalau x ada pengalaman memang susah la nak dapat kerja. Salah satu punca pengangguran disebabkan x ada pengalaman kerja. Macam mana nak ada pengalaman kalau nak mintak kerja pun x dapat2. Kalau majikan ambik pekerja yang x berpengalaman confirm gaji akan lebih sedikit berbanding dengan orang yang berpengalaman. Kelayakan graduan akan jatuh tempat ke2..berbanding dengan pengalaman yang menjadi faktor utama untuk seorang majikan mengambil pekerja. Jadi sia2 je la graduan belajar dalam bidang yang mereka minati sekiranya mereka x dapat bekerja dalam bidang yang mereka mahir.



3) Dalam dunia yang penuh dengan teknologi canggih mampukah warga tua untuk seiring mengikuti perkembangan teknologi? X payah kata iPad atau i Phone..guna komputer pun ramai pekerja warga emas yang tidak tahu lagi sampai sekarang. Mereka masih selesa menggunakan 'Type Writer" berbanding dengan kemudahan komputer yang lebih canggih. Jadi bolehkah warga emas ini mengikuti perkembangan teknologi yang kian berkembang pesat, berbanding dengan warga belia yang mahir dalam menggunakan teknologi??
Kalau kawan jadi majikan confirm kawan ambik warga belia yang mahir dengan teknologi. Bukannya ape senang kerja dengan orang yang pandai serba serbi ni. 



4) Persoalannya masih ramai kah warga emas yang mampu untuk bekerja dalam lewat usia 55 hingga 70 tahun?? Hai..dunia sekarang ni penuh dengan penyakit. Mana x nya makanan macam2 jenis. Banyak makanan yang x sihat berbanding yang sihat. Kalau kita buat survei berapa ramai rakyat Malaysia yang menghidap pelbagai penyakit. Kadang2 x perlu tunggu tua, masih muda lagi dah macam2 penyakit. Berapa ramai pulak rakyat Malaysia yang boleh mencecah umur 70 tahun dan ke atas?? Fikir2kan lah ye..Manusia ni cepat rasa bosan dan rasa penat. Bila rasa dah penat dan tua mulalah rasa malas nak kerja. Ditambah lagi dengan bermacam penyakit. Kalau datang kerja pun setakat nak tunggu gaji hujung bulan. Produktiviti semakin berkurangan. Ditambah dengan masalah penyakit, anak2, cucu2 dan cicit2 lagi semak kepala otak. Tu yang semua kerja pun nak suruh orang lain buat. Nak guna komputer pun x tau.. jenuh la yang muda2 ni nak ajar. Maklumlah dah tua ajar banyak mana pun dah susah nak masuk.



Pandangan kawan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin:)



1) Jika pekerja warga tua yang masih berkemampuan dan masih diperlukan mereka boleh bekerja tapi bagi kawan biarlah mereka dikategorikan sebagai pekerja kontrak. Tujuan digunakan perkataan kontrak tu sebab kita nak gunakan idea mereka untuk kebaikan syarikat. Jika mereka dikategorikan sebagai pekerja tetap macam mana pulak dengan nasib warga belia ni?? fikir2 kan lah..



2) Bagi pandangan kawan manusia ni hidup ada limit. Bila dah rasa penat dan bosan dengan kerja lebih baik warga emas ni duduk rumah je. Rehat2 kan badan, tingkatkan amal ibadah, melayan cucu cicit dan penuhi sisa hidup dnegan sesuatu yang membahagiakan. Jika keadaan mendesak warga emas untuk terus bekerja then teruskan lah. 



3) Pada pandangan kawan warga emas wajar diberikan pilihan sama ada ingin meneruskan tempoh persaraan mahupun menamatkan tempoh pekerjaan. Lebih wajar lagi sekiranya pihak Kerajaan mahupun Pihak Swasta menilai mereka daripada segi kecekapan dan sumbangan mereka pada syarikat. Jika mereka sudah tidak mampu untuk menyumbangkan apa2 pada syarikat kawan rasa lebih baik tamatkan saja tempoh persaraan mereka pada usia 55 tahun. 55 tahun pun kawan kira dah cukup panjang tempoh tu.. entah boleh sampai ntah tidak..



Nota Bibir Seksi:)

Daripada pengalaman kawan bekerja kawan lihat pekerja yang dah berusia 45 tahun ke atas dah kurang berminat untuk kerja lagi. Dah mula malas kerja, kerja pun setakat nak dapat duit, produktiviti langsung x de dan kerja mereka hanya tau cari pasal dengan orang je. Mana x nya semua kerja mereka pun orang bawah kena buat. Kalau x buat mulalah nak mengamuk sakan maklumlah dah menopaus. Emosi pun dah x stabil. So, fikir-fikirkan lah ye.. (pengalaman sebenar ni bukan buat cerita..hehe..)

Bukan bertujuan ank pinggirkan orang tua sebab yang muda ni pun akan jadi tua nanti. sekadar ingin beri pendapat sebagai warga Malaysia yang prihatin..ahaks..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...