Friday, February 18, 2011

Sukarnya Mendidik Anak…

yahoo image





Mendidik manusia tak semudah menguruskan sekandang lembu. Lembu boleh dicucuk hidungnya dan boleh ditarik ke mana sahaja kita mahu tapi mendidik anak tidak semudah itu.Bak kata pepatah “membela sepuluh ekor lembu lebih mudah berbanding dengan menjaga seorang anak dara”.


Bukan aku nak samakan haiwan dengan manusia tapi nak tunjukkan betapa susahnya kita nak mendidik manusia. Hai..anak2 ni banyak kerenahnya sebab tu mak bapak dan cikgu2 sekarang ni pening nak didik.Anak2 sekarang ni terlalu kreatif dan sukakan cabaran menjangkaui pemikiran orang dewasa.


Kalau tak dididik dari rebung jawabnya bila dah besar nanti jadilah bermacam2 kaki.Antaranya kaki buli,kaki judi,kaki rogol, kaki samseng,kaki ponteng,kaki lepak,kaki ganjah,kaki mabuk dan macam2 lagi jenis kaki..yang penting bukan kaki ayam.Kalau dulu anak2 orang Melayu sangat bersopan dan terkenal dengan nilai ketimuran.


Tapi zaman dah berlalu, dunia dah maju anak2 Melayu sekarang ada yang sanggup bunuh mak bapak dia sendiri. Apa kejadahnya ni semua?


Dalam masalah ni siapa yang patut kita salahkan? Mak bapak,cikgu,Kerajaan, doctor,majistret,tukang kebun,tukang kasut atau nelayan?Ataupun disebabkan oleh kepincangan Sistem Pendidikan di Malaysia?


Aku percaya apa yang berlaku terhadap anak2 Melayu sekarang bukan disebabkan kepincangan Sistem Pendidikan kita tapi disebabkan kepincangan institusi keluarga itu sendiri.Memang ramai Graduan2 dan pelajar2 cemerlang yang lahir tapi hanya sekadar cemerlang akademiknya sahaja.Untuk melahirkan manusia yang cemerlang dari segi akhlaknya memang sukar.

                Aku cerita berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Apa yang aku lihat punca sebenar berlakunya isu2 sosial dikalangan remaja adalah disebabkan kelalaian ibu bapa. Ibu bapa zaman sekarang terlalu sibuk mengejar kemewahan untuk anak2 mereka. 


Memang tak salah mencari harta untuk kesenangan anak2,tapi lihat juga pada aspek lain yang perlu ibu bapa titik beratkan.Aspek utama yang ibu bapa perlu terapkan adalah pendidikan Agama. Jika kuat pegangan agama anak2 kita maka kuatlah Iman mereka untuk melawan segala godaan di luar sana. Selain pendidikan Agama,nasihat dan tunjuk ajar juga penting.


Nasihat dan tunjuk ajar akan memberi implikasi yang mendalam kepada anak2.Ibu bapa juga perlu tahu bagaimana untuk mendidik emosi anak2.Emosi sangat memainkan peranan penting dalam diri setiap manusia. Ibu bapa perlu didik anak2 bagaimana untuk mengawal emosi mereka. Jika emosi bertindak lebih dari kewajaran fikiran maka manusia akan bertindak di luar batasan.    

                Mak bapak sekarang terlalu sporting dan hilang ketegasan dalam mendidik anak.Kalau tak sporting nanti anak2 akan cakap “apalah mak ngan ayah ni kolot betul”.Itulah ungkapan yang selalu kita dengar. Takkanlah kalau kita nampak anak dara kita bawak laki balik rumah pun kita nak jadi sporting. Anak mengadu cikgu jentik sebab tak siap kerja sekolah pun mak bapak dah melenting. 


Habis cikgu tu dimakinya. Anak tak balik rumah pun mak bapak tak ambik tahu.Sporting boleh tapi biarlah berpada2. Apa yang anak2 kita buat, dengan siapa anak kita berkawan mak bapak wajib jaga tepi kain anak2. Kawal pergerakan anak kita. Buat peraturan dalam rumah dan semua anak2 mesti patuhi.


Cuma satu je aku nak ingatkan jangan buat anak2 takut dengan kita. Takut x membawa makna apa2 kerana perasaan hormat pada mak bapak lebih penting. Layan anak2 kita macam kawan2. Adakalanya kita serius dan adakalanya kita bergelak tawa. Barulah anak2 boleh respect beb.

Nota bibir seksi

Mak ayah aku adalah idola aku kerana mereka berdua berjaya mendidik anak2 mereka dengan baik.Sampaikan orang selalu cakap “macam manalah si Salleh tu didik anak,anak dia semua dengar cakap,semua berjaya dalam pelajaran, semua jadi manusia”.Rahsianya mak dan ayah je yang tahu.Apa yang anak2 diaorang tahu contohi mak dan ayah.







Awas,Jangan Tertipu!

yahoo image







Kita selalu terpedaya dengan slogan2 jualan murah. Contohnya Jualan Akhir Tahun, Jualan Penghabisan Stok, Jualan Harga Runtuh, Jualan Terperanjat, Jualan Promosi Pembukaan dan macam2 lagi slogan kata yang digunakan untuk menarik minat pengguna. Awas, anda jangan tertipu dengan slogan kata! 


Teliti betul2 iklan yang dipamerkan di surat khabar atau banner2 yang anda lihat. Selalunya apa yang dihebahkan tak sama  dengan apa yang dilihat. Bila kita pergi nak beli barang yang kita tengok kat surat khabar atau tv tu mulalah keluar ayat2 yang tak sedap didengar oleh jurujual.


Antaranya ialah “Stok dah habislah, yang tunjuk kat dalam iklan tu barang second hand bukan barang baru, tertakluk kepada terma dan syarat untuk beli barang tu”. Aduh..patah hati aku ..baru berangan nak beli tv LED 42 inci dengan harga RM 1599.haha..padan muka ko apasal tak baca iklan tu betul2…kadang2 kita boleh fikir logik ke tak harga sesuatu barang dengan kualitinya. Takkanlah tv LED 42 inci harga RM 1599. Awat murah sangat na..imposibble!

Kedai Elektrik Friend selalu iklan kat surat khabar harga barang elektrik yang murah gila. Aku pun  terpedaya gak. Maklumlah baru kahwin, macam2 barang elektrik yang nak kena beli. Bila tengok je murah terus nak gi beli. Bila pergi kedai tu si jurujual yang cantik molek pun khabaq kat che yang “harga tu untuk barang second hand je..Lagipun kita dah taka de stok lagi”.


Huh..dalam hati aku ni punyala menyirap darah bila dengar budak tu cakap macam tu. Oklah tak pe..aku pun buat satu pusingan hebat kat kedai tu saje nak usha harga barang kat situ. Perrggghhh…harga barang kat kedai tu lagi mahal dari kedai2 elektrik lain yang pernah aku pergi. Sabo je la…

Pasar raya Jumbo selalu buat Jumbo Card day khas untuk pelanggan setia. Memang diskaun turun sehingga 80 % tapi setelah barang2 yang dulunya berharga RM59.90 dinaikkan menjadi RM 99.90 dan diberi diskaun 80%. Tak ke sama je kalau kita beli time tak ada sale.


Bila ada Jumbo Card day aku beria2 nak pergi. Belilah sehelai seluar dan sehelai baju. Masa ambik baju tu aku tengok baju dan seluar tu ada 50% diskaun. Tapi setahu aku harga seluar tu kalau tak ada sale baru RM 19.90.  Tapi bila time Jumbo card harga seluar tu naik RM 59.90. 


Oleh sebab aku tengok ada diskaun 50 % aku pun angkut gak. Tapi bila aku dah bayar dan tengok balik kat resit seluar dan baju tu cuma diskaun 20% je. Haram tol! Nak patah balik memang tak sangguplah nak menempuh ramai orang yang berpusu2 menawarkan diri untuk ditipu. Rupa2nya bukan aku je yang kena tipu ramai lagi pelanggan yang jadi mangsa penipuan haram Jumbo.

Lagi satu pasar raya yang sangat terkenal dengan kekejian menipu pelanggan adalah Tosco. Dah banyak kali aku, kaum keluarga aku, kawan2 aku, sepupu sepapat aku dan nenek moyang aku kena tipu dengan Tosco. Jangan terpedaya dengan harga  barangan yang dipamerkan. Tengok betul2 barcode dan nama barang tu. Kalau nak puas hati buat price check.


Tapi kalau semua barang yang kita beli semua kita nak pergi buat price check tak ke kerja bodoh namanya tu.Price check bukannya banyak pun. Pernah sekali tu aku nak beli rak kasut. Tengok kat price tag harga barang tu RM 13.90 sesuailah dengan kualitinya. Aku pun angkat satu. 


Bila nak bayar aku pelik apasal lah banyak sangat yang aku kena bayar sedangkan berapa ketul je barang yang aku beli. Lepas bayar tu aku tengok kat resit harga rak kasut tu RM 49.90. Memanglah muntah kedarah Tosco ni! Aku pun pergi kat Customer Service Counter nak tuntut hak aku. Orang yang jaga kat counter tu pun buat2 la pergi cek balik harga barang tu. 


Lepas tu dia cakap kat aku “ sorrylah kak kitaorang dah cari harga barang tu tak samalah dengan price tag..diaorang salah punch ni”. Aku pun kasi la ayat2 bengang aku kat akak tu. Akak tu cuak dia bagi balik duit aku RM49.90.hah..nasib baik aku perasan sebelum balik kalau tak rugilah aku beli rak kasut kurang cerdik tu dengan harga RM49.90.huh..tak logik!

Cellulite satu lagi syarikat telekomunikasi yang jadi penipu besar kat Malaysia ni. Iye2 la cakap pakej internet broadband hanya RM48 dan 3 bulan pertama cuma perlu bayar RM 38. Cakap tak payah bayar pendaftaran tapi bila kita cakap je kita setuju nak ambik time tu lah diaorang cakap kena bayar duit pendaftaran untuk dapat moderm. Bukan sikit RM 100 taw. 


Dah tu bila dapat bil bukannya RM 48 sebulan tapi sampai line kena potong tengok kat inbox sampai RM105. Kat bil pulak RM65. Berapa banyak celcom punya hidden charge. Kepala otak dia hidden charge! Masa beli tak ada pulak cakap benda alah tu semua.


Contohilah kedai Habib Jewels. Kalau Habib buat sales mereka tak ada naikkan harga item tu dan bagi diskaun sampai 50-80%. Harga tetap ikut harga yang asal dan diberi diskaun sehingga 50-70%. Tu baru betul gentle! Aku tahulah sebab aku pernah jadi Exec kat Habib suatu masa dulu.

Nota bibir seksi
Tak rela diriku ditipu orang…hukhuk…

KEMALANGAN JALAN RAYA


yahoo image


               Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia semakin berleluasa. Saban hari media cetak dan elektronik menyajikan berita kemalangan jalan raya yang mengerikan dan menyayat hati. Mangsa kemalangan jalan raya juga tidak mengenal usia sama ada golongan tua, dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. 


        Kemalangan jalan raya merupakan salah satu di antara sepuluh penyebab utama kematian di Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1995). Kemalangan jalan raya telah menjadi satu ancaman besar kepada kehidupan manusia moden dan sesebuah negara.

    Sebahagian besar daripada kita beranggapan bahawa kemalangan ini hanya berlaku pada orang yang tidak berhati-hati bukan pada kita yang sentiasa memandu secara cermat.  Bagaimanapun, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kemalangan juga boleh berlaku kepada pemandu yang berhati-hati sekalipun disebabkan kecuaian orang lain.  


   Banyak slogan yang telah disarankan oleh kerajaan untuk menyedarkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu seperti “Jangan Biarkan Keluarga Anda Menunggu Dalam Tangisan”, “Jangan Jadikan Jalan Raya Sebagai Tempat Berlumba” dan “Kemalangan Sifar” merupakan langkah kerajaan untuk menginsafkan pengguna jalan raya yang memandu di jalan raya secara tidak sopan (Kamilia Salleh, 2000).

Sehingga kini, hasil daripada langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan kurang memberangsangkan kerana jumlah kes kemalangan jalan raya semakin meningkat sehingga melibatkan banyak kematian dalam satu kemalangan.  Walaupun begitu akhirnya bergantung kepada kesedaran dan sikap para pengguna jalan raya itu sendiri.


 Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat ramah mesra dan berbudi pekertinya tetapi kenapa apabila menggunakan jalan raya bertukar menjadi kurang ajar dan tidak bertimbang rasa?  Adakah sistem pendidikan kita yang terlalu menjurus kepada peperiksaan telah mengabaikan aspek-aspek sahsiah diri seseorang itu?  Mungkin juga ibu bapa gagal memupuk nilai-nilai murni kehidupan kepada anak-anak? 


 Sebelum menuding jari kepada sesiapa, cuba kita periksa dulu diri sendiri, bagaimanakah cara pemanduan kita? (Statement ni aku ambik masa aku buat paper work untuk final sem..dapat A tau..so,bolehla diguna pakai.)

 Bagi aku kemalangan jalan raya ni boleh dikurangkan atau dielakkan sekiranya semua pengguna jalan raya mempunyai etika pemanduan yang betul.Masa belajar memandu kat Sekolah Memandu Suparman,Sekolah Memandu Tong Gek dan Sekolah Memandu Akumathi macam-macam peraturan yang kita belajar.Masa JPJ buat test pun semua pemandu akan mengikut peraturan jalan raya semata-mata nak lulus ujian tersebut.nak dapat lesen Agong la katakan.


Bila dapat je lesen Agong mulalah lupa diri.kalau memandu tu rasa macam jalan raya tu bapak kita yang punya.selagi boleh pecut,boleh drift,boleh wikang selagi tu kita nak buat.aku ni merupakan seorang pengguna jalan raya yang setia kat area KL,Selangor,Melaka dan Muar.apa yang aku tengok pemandu kat Malaysia ni memang tak beretika.


 walaupun bukan semuanya tak beretika tapi sebahagian besar yang tak beretika sebab tu masalah kemalangan jalan raya kat Malaysia ni susah nak dibendung.buatlah apa jenis kempen,ops sikap ke masih banyak kemalangan jalan raya berlaku sehingga menyebabkan kematian secara besar-besaran.yang buat aku kesal orang yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan manusia yang sengal ni.lebih-lebih lagi pemandu bas.


  Masa aku memandu kat highway dalam kelajuan 120 km/jam ikut lorong kanan dengan selambanya bas ekspres ni high beam dan horn kereta aku suruh ke tepi.Aku punyalah bengang.mentang-mentanglah kereta aku kecik badan bas tu besar gedabak habis kereta aku dia nak lenyek.


 kalau aku memandu dalam kelajuan 120 km/jam,agaknya bas tu memandu dalam berapa kelajuan?aku agak dalam 130 atau 140 km/jam. Bapak laju kan?dahlah bas tu besar,tinggi..bila bawak laju dan terbabas mana taknya penumpang semua pun terbang bersepai.(sumpah aku memang tak ingin nak naik bas lagi..dah serik kot..)

Lagi satu yang aku tak faham dengan pemandu kat Malaysia ni kenapa susah sangat nak gunakan signal tu.bukannya susah sangat pun.penggunaan signal tu penting sangat tau.jangan ingat semua orang tau mana kita nak pergi.kita nak pergi atas ke,bawah ke, kiri ke,kanan ke..tak ada orang pun tahu kecuali orang yang duduk dalam kereta .last-last minute barulah nak signal itupun lepas kena hon.

Ada segelintir pemandu pulak yang suka menyelit kat lorong kecemasan atau lorong untuk penunggang motosikal.lebih2 lagi time jalan jammed.korang rasa patutkah benda tu berlaku?kebanyakan yang buat macam tu orang2 yang bawa kereta mewah.maklumlah duit banyak kalau setakat bayar saman RM 300 tu x ada ape bagi diaorang.


masalahnya bukan soal saman tapi kesianla kat penunggang motorsikal ni.dahlah diaorang  tu bawak motor x ada air cond,berpanas hujan lagi.orang yang bawa kereta mewah ni x simpati langsung.kalau korang dah conquer lorong kecemasan tu penunggang motorsikal nak ikut lorong yang mana?terpaksa penunggang motosikal ikut laluan tengah yang sangat merbahaya.


lorong tengah tu banyak kereta yang nak masuk kiri atau kanan.karang tak pasal2 penunggang motorsikal ni kena langgar.tak berhati perut langsung!ko fikir ko je nak cepat.habis orang lain x nak cepat? Time nak beli kfc tu tau pulak nak beratur bila kat jalan raya semua macam orang x ada sivik!

Kalau nak keluar simpang tu main keluar ikut suka.bukannya nak toleh kiri dan kanan dulu.aku yakin seyakin-yakinnya semua pemandu akan memaki hamun bila berdepan dengan situasi macam ni. Tak ke menambah dosa orang yang tak bersalah.kalau time puasa dok maki hamun orang dah kurang pahala puasa.(aku salah sorang pemandu yang akan maki hamun orang bila aku jadi terkejut tiba-tiba orang bawa kereta macam lakhanat nak langgar aku). 
Nasihat aku kalau kereta korang rosak kat  tengah jalan cubalah cari tempat yang selamat untuk berdiri.janganlah korang berdiri betul-betul kat tepi jalan.nanti tak pasal-pasal daripada ada 2 bontot tinggal sebelah je sebab kena heret dengan treler.hahaha…Jadilah pemandu yang berhemah! 


Aku tak nafikan bawa kereta atau motor dengan laju sambil dengar muzik memang satu kepuasan, tapi ingatlah kalau kita mati katak sangatlah tak memuaskan.Ingatlah jalan raya tu bukan bapak kita yang punya!

Nota bibir seksi:)

Jalan Salleh kat Muar tu memang bapak aku yang punya…

Fesyen,Trend & Stylo









Tak salah kalau kita nak berfesyen gila macam mana sekalipun asalkan nilai kesopanan tidak dipinggirkan. Lebih2 lagi buat gadis bertudung seperti aku. Sekarang ni banyak je baju2 ala bebek,tube atau sleeveless yang jadi pilihan gadis bertudung. Jangan ingat orang yang free hair je boleh melaram,orang bertudung pun boleh taw.

 Bagi si pemakai tudung kriteria yang perlu diambik berat apabila memilih pakaian adalah pakaian tersebut mestilah labuh menutupi punggung, tidak terlalu ketat atau menampakkan susuk tubuh yang mengiurkan,mestilah tidak terlalu nipis dan asalkan menutup aurat. Baju bebek,tube,singlet atau sleeveless boleh dipakai dengan inner. Sekarang ni macam2 jenis warna inner yang boleh kita dapat kat kedai2.

Antara tempat2 shopping baju yang paling best dan mengikut peredaran zaman adalah di sungei wang plaza, Times Square,sunway pyramid,Jusco, Fahrenheit dan banyak lagi tempat di pelosok dunia ni. Kebanyakan baju2 yang dijual diimport dari China dan Korea. Siapa yang selalu layan cerita Korean atau Chinese sure suka jenis2 baju yang sarat ni.

Fesyen Polka Dot adalah fesyen yang kembali mendapat tarikan peminat fesyen. Fesyen polka dot ni selain comel ia juga mempunyai nilai dan maksud tertentu oleh si pemakai. Antara koleksi fesyen polka dot yang boleh didapati adalah baju,seluar,skirt,shawl,tudung,aksesori,kasut dan stokin. Fesyen polka dot dan stripe sangat sesuai dijadikan tema untuk dinner atau majlis tertentu. Memang nampak stylo gile.. 
                              
Bagi peminat fesyen baju ala2 Gadis Melayu bolehla cuba fesyen baju Kaftan yang semakin popular sekarang ni. Walaupun harganya agak mahal tapi memuaskan hati. Pilihlah fabric dan material yang bermutu supaya kita selesa bila memakainya. Jangan nak beli yang murah je bila pakai gatal dan kurap satu badan.       

               Habis kata, ketrampilan diri menyerlahkan keyakinan diri anda. Oleh itu, Janganlah takut nak berfesyen dan bergaya.

Nota  bibir seksi

Suka tengok cara Lady Gaga berfesyen. Walaupun kadang2 pakaian yang dia pakai tu agak mengarut tapi itu menunjukkan Lady Gaga seorang yang berani menyahut cabaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...