yahoo image |
Fenomena kemalangan jalan raya di Malaysia semakin berleluasa. Saban hari media cetak dan elektronik menyajikan berita kemalangan jalan raya yang mengerikan dan menyayat hati. Mangsa kemalangan jalan raya juga tidak mengenal usia sama ada golongan tua, dewasa, remaja ataupun kanak-kanak.
Kemalangan jalan raya merupakan salah satu di antara sepuluh penyebab utama kematian di Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1995). Kemalangan jalan raya telah menjadi satu ancaman besar kepada kehidupan manusia moden dan sesebuah negara.

Sebahagian besar daripada kita beranggapan bahawa kemalangan ini hanya berlaku pada orang yang tidak berhati-hati bukan pada kita yang sentiasa memandu secara cermat. Bagaimanapun, kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kemalangan juga boleh berlaku kepada pemandu yang berhati-hati sekalipun disebabkan kecuaian orang lain.
Banyak slogan yang telah disarankan oleh kerajaan untuk menyedarkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu seperti “Jangan Biarkan Keluarga Anda Menunggu Dalam Tangisan”, “Jangan Jadikan Jalan Raya Sebagai Tempat Berlumba” dan “Kemalangan Sifar” merupakan langkah kerajaan untuk menginsafkan pengguna jalan raya yang memandu di jalan raya secara tidak sopan (Kamilia Salleh, 2000).

Sehingga kini, hasil daripada langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan kurang memberangsangkan kerana jumlah kes kemalangan jalan raya semakin meningkat sehingga melibatkan banyak kematian dalam satu kemalangan. Walaupun begitu akhirnya bergantung kepada kesedaran dan sikap para pengguna jalan raya itu sendiri.
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat ramah mesra dan berbudi pekertinya tetapi kenapa apabila menggunakan jalan raya bertukar menjadi kurang ajar dan tidak bertimbang rasa? Adakah sistem pendidikan kita yang terlalu menjurus kepada peperiksaan telah mengabaikan aspek-aspek sahsiah diri seseorang itu? Mungkin juga ibu bapa gagal memupuk nilai-nilai murni kehidupan kepada anak-anak?
Sebelum menuding jari kepada sesiapa, cuba kita periksa dulu diri sendiri, bagaimanakah cara pemanduan kita? (Statement ni aku ambik masa aku buat paper work untuk final sem..dapat A tau..so,bolehla diguna pakai.)

Bagi aku kemalangan jalan raya ni boleh dikurangkan atau dielakkan sekiranya semua pengguna jalan raya mempunyai etika pemanduan yang betul.Masa belajar memandu kat Sekolah Memandu Suparman,Sekolah Memandu Tong Gek dan Sekolah Memandu Akumathi macam-macam peraturan yang kita belajar.Masa JPJ buat test pun semua pemandu akan mengikut peraturan jalan raya semata-mata nak lulus ujian tersebut.nak dapat lesen Agong la katakan.
Bila dapat je lesen Agong mulalah lupa diri.kalau memandu tu rasa macam jalan raya tu bapak kita yang punya.selagi boleh pecut,boleh drift,boleh wikang selagi tu kita nak buat.aku ni merupakan seorang pengguna jalan raya yang setia kat area KL,Selangor,Melaka dan Muar.apa yang aku tengok pemandu kat Malaysia ni memang tak beretika.
walaupun bukan semuanya tak beretika tapi sebahagian besar yang tak beretika sebab tu masalah kemalangan jalan raya kat Malaysia ni susah nak dibendung.buatlah apa jenis kempen,ops sikap ke masih banyak kemalangan jalan raya berlaku sehingga menyebabkan kematian secara besar-besaran.yang buat aku kesal orang yang tak bersalah menjadi mangsa keadaan manusia yang sengal ni.lebih-lebih lagi pemandu bas.
Masa aku memandu kat highway dalam kelajuan 120 km/jam ikut lorong kanan dengan selambanya bas ekspres ni high beam dan horn kereta aku suruh ke tepi.Aku punyalah bengang.mentang-mentanglah kereta aku kecik badan bas tu besar gedabak habis kereta aku dia nak lenyek.
kalau aku memandu dalam kelajuan 120 km/jam,agaknya bas tu memandu dalam berapa kelajuan?aku agak dalam 130 atau 140 km/jam. Bapak laju kan?dahlah bas tu besar,tinggi..bila bawak laju dan terbabas mana taknya penumpang semua pun terbang bersepai.(sumpah aku memang tak ingin nak naik bas lagi..dah serik kot..)

Lagi satu yang aku tak faham dengan pemandu kat Malaysia ni kenapa susah sangat nak gunakan signal tu.bukannya susah sangat pun.penggunaan signal tu penting sangat tau.jangan ingat semua orang tau mana kita nak pergi.kita nak pergi atas ke,bawah ke, kiri ke,kanan ke..tak ada orang pun tahu kecuali orang yang duduk dalam kereta .last-last minute barulah nak signal itupun lepas kena hon.
Ada segelintir pemandu pulak yang suka menyelit kat lorong kecemasan atau lorong untuk penunggang motosikal.lebih2 lagi time jalan jammed.korang rasa patutkah benda tu berlaku?kebanyakan yang buat macam tu orang2 yang bawa kereta mewah.maklumlah duit banyak kalau setakat bayar saman RM 300 tu x ada ape bagi diaorang.
masalahnya bukan soal saman tapi kesianla kat penunggang motorsikal ni.dahlah diaorang tu bawak motor x ada air cond,berpanas hujan lagi.orang yang bawa kereta mewah ni x simpati langsung.kalau korang dah conquer lorong kecemasan tu penunggang motorsikal nak ikut lorong yang mana?terpaksa penunggang motosikal ikut laluan tengah yang sangat merbahaya.
lorong tengah tu banyak kereta yang nak masuk kiri atau kanan.karang tak pasal2 penunggang motorsikal ni kena langgar.tak berhati perut langsung!ko fikir ko je nak cepat.habis orang lain x nak cepat? Time nak beli kfc tu tau pulak nak beratur bila kat jalan raya semua macam orang x ada sivik!

Kalau nak keluar simpang tu main keluar ikut suka.bukannya nak toleh kiri dan kanan dulu.aku yakin seyakin-yakinnya semua pemandu akan memaki hamun bila berdepan dengan situasi macam ni. Tak ke menambah dosa orang yang tak bersalah.kalau time puasa dok maki hamun orang dah kurang pahala puasa.(aku salah sorang pemandu yang akan maki hamun orang bila aku jadi terkejut tiba-tiba orang bawa kereta macam lakhanat nak langgar aku).
Nasihat aku kalau kereta korang rosak kat tengah jalan cubalah cari tempat yang selamat untuk berdiri.janganlah korang berdiri betul-betul kat tepi jalan.nanti tak pasal-pasal daripada ada 2 bontot tinggal sebelah je sebab kena heret dengan treler.hahaha…Jadilah pemandu yang berhemah!
Aku tak nafikan bawa kereta atau motor dengan laju sambil dengar muzik memang satu kepuasan, tapi ingatlah kalau kita mati katak sangatlah tak memuaskan.Ingatlah jalan raya tu bukan bapak kita yang punya!

Nota bibir seksi:)
Jalan Salleh kat Muar tu memang bapak aku yang punya…
No comments:
Post a Comment