Wednesday, August 17, 2011

Kami Dianiaya!!


google

Salam Ramadhan buat uols. Hari ni dah masuk 18 hari umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Mudah-mudahan Allah memberi kita kekuatan yang luar biasa untuk menunaikan ibadah puasa ini sehingga ke akhirnya. Sementara masih ada saki baki bulan Ramadhan ini marilah kita menambahkan amal ibadah kita. Mudah-mudahan kita dapat menambah sedikit bekalan untuk akhirat nanti.


Pada tanggal 18 hari berpuasa ni kawan nak berkongsi cerita bagaimana suami kawan telah dianiaya oleh seorang hamba Allah ini yang merangkap sebagai Area Manager kepada suami kawan. Suami kawan ni memang seorang yang akan bagi komitmen pada kerja dia. Nak kata rajin sangat kerja tu x de la tapi dia anggap kerja tu suatu benda yang sangat penting dalam hidup untuk mencari sesuap nasi. Setelah segala bakti yang dicurahkan kepada syarikat  ni akhirnya suami kawan telah dianiaya. Jadi bermulalah babak yang penting dalam cerita ini....


Pada tanggal 1/7/2011 suami kawan telah memberi notis perletakan jawatannya sebagai Manager di tempat beliau bekerja. Alasan yang diberikan kepada pihak atasan adalah beliau tidak puas hati dengan gaji dan bebanan kerja yang melampau..pendek kata gaji dengan beban kerja x setimpal la.Oleh kerana kekurangan manager bos-bos ni panas bontot la bila dengar suami kawan ni nak berhenti kerja. Area Manager and Operation Manager suami kawan pujukla suami kawan ni supaya jangan berhenti kerja. Pelbagai ayat-ayat manis siap berbunga-bunga lagi dicurahkan pada suami kawan tapi malangnya nasib diaorang tu semua suami kawan langsung x tertarik dengan kemanisan itu. Manisnya kurma ini...hek!!!! Suami kawan tetap berkeras untuk meletakkan jawatan kerana telah mendapat tawaran kerja yang jauh lebih baik dengan gaji yang lumayan. 


Oleh kerana cuti tahun dan claimed public holiday masih berbaki jadi suami kawan pun habiskan cuti beliau. Beliau hanya perlu bekerja sehingga tarikh 11/7/2011.  Apabila tiba hujung bulan of course semua pekerja-pekerja kat Malaysia ni menantikan gaji bulanan akan masuk. Suami kawan pun tidak terkecuali menanti dengan sabar. Bila tengok je kat akaun Maybank 2 U hilang terus sabar. Mana x nya gaji yang sepatutnya lebih dari RM 2k tiba-tiba hanya dapat RM 787 jer...... Puas kawan membelek akaun Maybank 2 U suami kawan tu. Dari semua sudut la kawan korek, cungkil2 tapi x jumpa gak apa puncanya gaji suami kawan bulan tu dapat sikit. 


Dengan pantasnya kawan suruh suami kawan call orang HQ. Bila call orang HQ minah tu cakap notis berhenti kerja suami kawan x cukup sebulan. Jadi dia tolak gaji suami kawan dalam RM 1k lebih. Suka-suki mak bapak dia je tolak gaji orang. Siap hantar surat kat rumah pulak tu. Habis kena maki hamun dengan suami kawan bulan-bulan puasa ni. Kalau uols yang kena pun mesti sentap nye. Mana x nya dah la orang nak beraya gaji kena tolak pulak mana nak cekau duit banyak2. RM 1k lebih taw bukannnya sikit...bagi orang kaya macam Donal Trump tu RM1 k tu x de makna bagi dia tapi bagi kami yang baru nak mula hidup sebagai suami isteri bukan kata RM1k..RM1 pun cukup bernilai buat kami. 





Bila tanya si Area Manager pulak dia cakap dia x tahu apa-apa..dia suruh refer kat orang HQ. Main pas-pas ni yang kawan menyampah! SMS langsung x berbalas, call pun x berjawab. Padahal punca gaji suami kawan kena tolak adalah berpunca daripada Area Manager tu. Sebab x puas hati suami kawan berhenti dia sengaja hantar notis berhenti kerja suami kawan lambat-lambat.Ni ada yang kena kung fu ni !! 


Dahla dulu kawan berhenti kerja dari Habib Jewels pun kawan kena benda yang sama..bila kejadian yang sama berlaku kali ke 2 pada suami kawan pulak tu kawan dah x leh nak sabar lagi. Suami kawan ni pulak punya la baik hati. Dia cakap sabar dulu kita SMS dulu..bagi Area Manager tu masa nak buat kerja. Sabar punya sabar kat seminggu gak la. Dah lepas seminggu kawan bagi dia chance kawan dah hilang sabar. Kawan SMS bos suami kawan yang dulunya bos kawan jugak dengan bahasa yang agak keras. Tapi tetap dia buat don't know je...hangin kepala lutut aku! 


Esoknya kawan pun hantar email complaint kat Bos paling atas dalam syarikat tu. Hah..amek kaw!! dah dapat nama busuk...1 Malaysia tahu....hahaha....(dalam hati x de niat nak berhasad dengki sekadar ingin beri pengajaran). Esoknya terus si Area Manager ni mesej suruh call orang HQ untuk further info. Bila suami kawan call orang HQ diaorang cakap gaji suami kawan akan di bank in pada 23 haribulan yang akan datang ni. Yang paling panas telinga kawan dengar dia cakap orang HQ terbayar lebih...kepala otak..otak kempas betol la!! Banyak ar ko punya bayar lebih. Disebabkan kawan ugut nak report kat pejabat buruh semua takut terus buat kerja...kawan pulak dengan zalimnya hanya bagi tempoh 3 hari je untuk diaorang buat kerja...kahkahkah!!! kalau x buat macam tu confirm la terhegeh2 diaorang ni buat kerja. Macam kes kawan dulu kat Habib menuntut gaji bulan 1 dapat gaji bulan 5 lagi la macam haram kan???



MORAL OF THE STORY:)


1) Jangan suka hasad dengki kat orang

2) Orang yang dah banyak berbakti dengan kita, kita kena balas dengan  
    kebaikan bukan kejahatan

3) Jangan suka tikam belakang

4) Ingat kita ni manusia sesama manusia ada hati dan perasaan 

5) Sikap penyabar wajib ada tapi biar la berpatutan sikit



Nota Bibir Seksi:) 



Tujuan kawan berkongsi cerita suami kawan dianiaya ni bukan bertujuan nak memburukkan nama sesiapa atau nak memburukkan lagi keadaan dan tidak ada kena mengena langsung dengan yang masuk hospital atau x masuk hospital. Semuanya bertujuan yang baik-baik di sempena bulan Ramadhan yang mulia ini supaya kita bijak menuntut hak kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ini. Kawan dengan sabar menunggu duit gaji suami kawan pada 23 hb ni...kalau x masuk jugak kawan bom itu syarikat! kahkahkah!!!!

Monday, August 15, 2011

Resepi "Telur Goreng Masak Paprik"

google


Menu istimewa hari ni untuk juadah berbuka puasa. Make it simple but delicious. Try this out...


Bahan-bahan utama:)


1) Telur - Digoreng mata kerbau

2) Lada / Cili - Digiling atau diblender

3) Sos Cili - Kuantiti bergantung pada anda

4) Sos Black Pepper - Kuantiti bergantung pada anda

5) Lobak Merah - Dipotong saiz ikut suka anda

6) Kobis Bunga - Dipotong

7) Daun Limau - Dalam 4 hingga 5 helai

8) Bawang - Bawang merah dan putih yang telah ditumbuk

9) Minyak, Air dan Garam - Secukup rasa


Cara-cara Memasak:)


1) Bubuh minyak dan biarkan sehingga panas

2) Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk

3) Masukkan lada / cili yang telah diblender. Biarkan sehingga lada sehingga garing

4) Masukkan sedikit sos cili. Kalau nak guna sos tomato pun boleh juga

5) Masukkan sedikit sos black pepper

6) Bubuh garam dan air secukupnya.

7) Masukkan daun limau

8) Lobak merah dan kobis bunga yang telah dipotong

9) Masukkan telur yang telah digoreng. Biarkan sebentar hingga sebati...


Hah..dah pun siap..rasanya Mak Ai...bukan main sedap lagi..try ye kawan-kawan...


Nota Bibir Seksi:)


Bila datang bulan puasa ni macam-macam la menu yang kuar dalam kepala otak ni...

Wednesday, August 10, 2011

Resepi "Kuih Lempeng Inti Karipap Kentang"



Hai..semua....

Hari ni kawan nak berkongsi resepi baru dengan uols. Resepi ni baru kawan cipta tadi.hehe..ceritanya macam ni. Hari ni kawan rasa bosan sangat nak tidur asyik orang kacau je ketuk pintu umah la dengan call x henti2 sakit kepala kawan dibuatnya. Last-last kawan pun duduk mengadap laptop sambil melayari internet. 

Tengah syok layan FB tiba-tiba kawan teringat pasal karipap yang kawan makan semalam. Bila fikir bahan-bahan semua ada kawan pun terus melangkahkan kaki ke dapur. Nak dijadikan cerita mula-mula memang kawan nak buat karipap inti kentang tapi marjerin pulak x cukup. Itu pun sedar lepas inti kentang dah siap ditumis. Hehe...Kawan pun termenung jap sambil berkata dalam hati "nak uat kulit karipap guna ape ek..kulit popia dalam peti ais tu confirm dah keras..baling anjing pun mati tu"...

Fikir punya fikir tiba-tiba keluar satu idea iaitu "LEMPENG". Oleh kerana dah lama x makan lempeng sejak bulan puasa ni kawan pun buatlah "Lempeng Inti Karipap Kentang" atau nama komersil nya "Pengpap"..kahkahkah...suke suki aku je letak nama...hehehe...

Dah penat kawan bercerita tiba masanya untuk uols ambik pen dan kertas tulis cara-cara nak buat kuih ciptaan kawan ni.....cuba jangan x cuba...



Bahan untuk membuat lempeng:)



1) Tepung - diayak terlebih dahulu untuk memastikan tiada benda asing dalam tepung. Kuantiti bergantung kepada anda.

2) Air - air panas dan air suam. Perlu dicurahkan ke dalam acuan tepung. Pastikan tidak terlalu cair dan kacau hingga tiada gelembung atau ketulan

3) Garam - sedikit garam sebagai perasa



Cara-cara Memasak Lempeng:)



1) Curah acuan lempeng ke dalam kuali yang leper supaya senang nak bentuk kan lempeng tu. Pastikan saiz lempeng bulat dan bersaiz kecil. Jangan buat besar-besar  ye. Agak-agak macam saiz kulit karipap je.

2) Balik- balikkan lempeng sehingga masak. Sehingga masak taw bukan sehingga hangus....



Bahan untuk membuat inti kentang:)


1) Kentang - dikupas kulitnya dan dipotong dadu.

2) Bawang - bawang putih dan bawang merah hendaklah ditumbuk. Kuantiti bergantung pada anda berapa banyak anda nak buat.

3) Rempah kari - rempah kari ape pun jenama x kisah janji rempah kari. x perlu bancuh dengan air.

4) Daun Saderi atau daun Sup- Dicincang halus sebagai penambah rasa dan bau.

5) Minyak  dan Garam - secukup rasa



Cara- cara Memasak Inti Kentang:)


1) Bubuh minyak secukup rasa

2) Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.

3) Masukkan kentang dan biarkan kentang sehingga benar-benar empuk dan lembut

4) Masukkan serbuk kari secukup rasa asalkan warnanya pekat sedikit.

5) Masukkan daun saderi atau daun sup yang telah dicincang halus.

6) Bubuh garam secukup rasa

Last sekali gulung inti kentang dengan lempeng. Gulung pun kawan nak kena ajar gak ke?? Ye la ye la kawan ajar...cam ni cara nya letak lempeng atas pinggan leper kemudian letak inti dalam satu sudu ke dan gulung x yah letak apa2 untuk lekatkan. Last sekali..(berapa banyak last dah..kali ni betul2 last..) hidangla atas pinggan..tunggu ape lagi..ngap la....


Nota Bibir Seksi:)


Teringat masa zaman kawan kanak2 dulu ada seorang pak cik yang jual karipap dengan menggunakan beca. Karipap yang pak cik tu jual memang sodap gilo punyo..tapi yang lagi best pak cik ni nama kan karipap yang dia jual "KARIPAP DANGDUT" sebab sambil jual karipap pak cik tu dengar lagu dangdut atas beca dia.kahkahakah...lawak gila pak cik tu..ntah hidup lagi ke x ek???

Friday, August 5, 2011

Resepi Nasi Ayam Sempoi

google



Di sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kawan nak berkongsi satu resepi yang mudah, ringkas, cepat dan sedap iaitu "Nasi Ayam Sempoi". Belajar masak nasi je taw bukan masak ayam.ekeke..kalau nak resepi lain yang boleh dimakan dengan nasi ayam bolehlah tengok kat entri kawan sebelum ni. Banyak resepi macam sup ayam marvellous dan ayam masak merah yang boleh dimakan sekali dengan nasi ayam. Nasi ayam untuk manusia makan ye bukannya nasi ayam untuk ayam..hehe...

Ok..udah2 ler tu..ape yg ko merepek ni setan!!! Fokus2...tingkatkan prestasi kurangkan caci maki...
Start with bahan2 dulu yer...Sila lihat senarai bahan2 di bawah jangan salah beli sudah..kang jadi nasi ayam ayam punyer pulok...

Bahan-bahan yang perlu dibeli di kedai runcit/pasaraya/kedai basikal:)

1) Beras (x kisah ler uols pakai jenama ape janji beras...jangan padi sudah ler)

2) Bawang kecil - yang kecil dan paling molek sebab nak kena tumbuk ni. Kuantiti bergantung pada kuantiti berapa orang yang nak makan. Kalau 4-5 orang makan bawang dalam 4-6 ulas.

3) Bawang putih - yang paling cantik dan putih gebu juga perlu ditumbuk. Kuantiti bergantung pada kuantiti berapa orang yang nak makan. Kalau 4-5 orang makan bawang dalam 4-6 ulas.

4) Halia - tak kira lah halia tua ke muda yang penting mesti kacak bergaya sebab nak kena tumbuk sampai lumat.

5) Marjerin - marjerin ke planta ke sama je rasanya bunyi je lain. Guna salah satu je. Kuantiti dalam 2-4 sudu besar.

6) Minyak mazola - Tak wajib pun tapi kalau nak lebih wangi dan ada warna kekuningan sila letak.

7) Rempah ratus - rempah ratus yang digunakan adalah bunga cengkih, bunga lawang, buah pegaga dan kayu manis. Kuantiti semuanya letak 3 dah memadai.

8) Air- air ape2 je la janji air..air mata air pun boleh...

Cara-cara nak Memasak:)

1) Bubuh marjerin dan minyak mazola dalam periuk. Biarkan sehingga panas. Kawan suggest masak dalam periuk nasi elektrik je senang tapi kalau nak masak dalam periuk biasa atas dapur pun boleh jugak.

2) Tumis rempah ratus yang telah dicuci dengan air. (nak cuci guna air wudhuk pun boleh gak). Kacau sampai naik bau harum semerbak mawar.

3) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. Jangan kisar ye x molek nanti.

4) Masukkan sedikit air.

5) Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya mengikut sukatan yang betul. 

6) Biarkan sehingga beras bertukar menjadi nasi. Setelah itu kacau sehingga sebati.

7) Nak apa lagi dah siap ler...



Nota Bibir Seksi:)


Selamat mencuba, selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat semuanya....mudah-mudahan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...