Wednesday, June 29, 2011

Tempat Parking Jadi Tempat Makan

google image

Kawan nak berkongsi cerita sikit mengenai tempat parking yang selalu dijadikan tempat makan.Uols mesti tertanya2 apa maksudnya kan? Uols pernah nampak x kat mana2 la tempat parking dijadikan tempat letak meja untuk pelanggan2 sesebuah restoran makan dan minum? Tipu kalau x pernah nampak lebih2 lagi kalau uols tinggal area KL dan Selangor ni. Melambak2 pengusaha restoran yang menjadikan tempat parking kereta sebagai tempat letak meja dan kerusi diaorang. 

Alasannya pelanggan lebih suka makan dalam suasana outdoor sebab nak hisap rokok dan nak udara segar..fresh air la konon. Masalahnya kat sini kalau ambik setakat 1 atau 2 parking lot x pe gak ini tidak sepanjang tempat parking tu diaorang letak meja dan kerusi diaorang. Habis tu pelanggan dan orang yang bukan pelanggan restoran diaorang nak parking kereta kat mana? Yang kawan sakit hati dahla jalan tu sempit, penuh dengan meja dan kerusi, sarat dengan pelanggan yang duduk mencekik, kereta nak lalu pun susah. Kadang2 tu sampai bergesel2..sampai jammed dibuatnya. 

Nanti kalau kereta calar jangan salahkan orang yang terlanggar salahkan pengusaha restoran yang x ada otak tu. Buat ape pengusaha restoran buat renovation cantik2 dalam restoran tu kalau semua pelanggan nak makan kat luar..buat habis modal je. Kalau macam tu x payahla sewa kedai..sewa tapak tepi jalan je lagi murah macam pasar malam. 

Yang aku bertambah2 pelik kenapa Majlis Perbandaran x saman pengusaha restoran yang gila kuasa ni? Kalau orang x bayar parking pandai pulak saman. Habis tu orang yang curi parking dibiarkan je naik minyak. Dia ingat jalan dan tempat parking tu semua bapak dia yang punya? Atau ada di kalangan orang Majlis Perbandaran yang dah kena suap? kawan tertanya2 pulak..

Antara tempat yang kawan jumpa berlaku masalah ni kat area puchong jaya restoran cina dan restoran mamak kat area bandar sri permaisuri. kawan memang bengang gila dengan pengusaha restoran yang besar kepala ni. kalau kawan parking kat situ kawan yang kena marah padahal memang kawan parking tempat yang betul. Mamak tu dah macam Ketua Majlis Perbandaran pulak. Ikutkan hati kawan, kawan nak je langgar semua meja dan kerusi yang menyemak kat tempat parking tu. Hangin betula aku!

Nota Bibir Seksi:)

Bagi pihak yang berwajib tolonglah ambil tindakan yang sewajarnya.  Jangan biarkan pengusaha restoran naik minyak. Jangan sampai nanti terjadi kes pelanggan restoran mati kena langgar dengan kereta masa tengah menikmati makanan. Ramai orang yang x mampu nak bayar saman Majlis Perbandaran. Jadi tolonglah buat sesuatu supaya orang2 macam kawan ni x kena saman dengan Majlis Perbandaran gara2 semua tempat parking dah kena rembat dengan pengusaha restoran.

Sunday, June 26, 2011

Resepi Mee Bandung Muar


google image

Di pagi yang mendamaikan ni kawan nak berkongsi resepi Mee Bandung Muar tempat kelahiran kawan. Kalau orang Muar x cakap Muar..orang Muar cakap Muo...ade loghat sikit. Kawan bangga sangat menjadi rakyat Republik of Muo coz Muo ni bandar dia memang sempoi je tapi kedamaian tinggal kat sana tu memang x kan dapat kat tempat lain. 

Kos hidup yang rendah, makanan pun murah serba serbi la murah. Kawan merindukan setiap detik kawan masa di Muo. Sekarang ni tinggal kat KL memang la x best. Dengan traffic jammed hari2,tol sana sini, makanan pun mahal2.Huh..x syokla.Eh..ape yg aku membebel panjang2 ni tadi cakap nak tulis pasl resepi ni dah cerita lain pulak.oopppsss....sorry...

Ok kembali ke pangkal jalan,sebagaimana yang kita tahu negeri Johor memang terkenal dengan makanan dan masakan yang sedap2. Kalau uols singgah kat Muo jangan lupa roger kawan, kawan akan tunjukkan uols kedai2 makan yang sedap, lazat, enak, marvellous, mantap dan yang paling penting murah. Ok membebel pun dah lama, menaip pun dah panjang apa kata kawan terus berkongsi resepi dengan uols. Selamat mencuba yer..

Bahan-bahan yang perlu disediakan:)

1) Daging -kuantiti terpulang pada uols yang penting daging hendaklah direbus sehingga empuk dan air rebusan daging tu hendaklah disimpan untuk tumis kuah nanti. Daging perlu dihiris halus atau kecil2.

2) Rempah mee bandung - 1 peket ni berat dia dalam 500 gram jadi uols boleh masukkan setengah peket je untuk hidangan 3-4 orang. Kalau nak letak semua pun boleh. Tapi kalau nak jimat uols boleh pekatkan kuah dengan letakkan tepung jagung atau biskut marie yang perlu dihancurkan terlebih dahulu.untuk orang bekerjaya macam kawan ni memang x ada masa nak buat rempah sendiri jadi beli je lagi senang. Rempah mee bandung jenama Mak Pon yang paling enak. Brand lain kawan x pernah cuba pulak. Kalau uols nak cuba boleh tapi kawan x leh jamin keaslian rasanya. Rempah mee bandung boleh didapati di Republik of Muo atau di Negeri Johor, negeri2 lain kawan x sure ada ke x..macam xde je..kihkih..

3) Udang - kuantiti bergantung pada uols,apa yang penting guna udang saiz L ke  atas baru nampak marvellous

4) Sayur Sawi - Dihiris atau dipotong ikut saiz yang bersesuaian

5) Telur - Kalau nak sedap letak la untuk sorang 1 biji tapi make sure masa masak telur jangan kacau. Kalau telur hancur akan menjejaskan rasa mee bandung yang asli.

6) Fish cake - memang selalu kalau orang masak mee bandung mesti nak letak fish cake kawan pun x tau kenapa..layan kan aje..letak lah fish cake dalam 2 keping. Tapi kena potong dulu taw.

7) Tauhu - dipotong dadu (empat segi). Ada orang suka letak tauhu ada orang x terpulangla kat uols.

8) Mee kuning - guna mee kuning je taw kalau guna mee hoon atau kuew teaw macam x sesuai je.

Cara-cara Memasak:)

1) Masukkan air rebusan daging tadi ke dalam periuk dan didihkan.

2) Masukkan rempah mee bandung dan kacau hingga sebati. Kalau nak pekatkan kuah letak satu sudu tepung jagung yang sudah dikacau terlebih dahulu dengan air dalam bekas yang lain. Selain daripada tepung jagung uols boleh masukkan juga biskut Marie tapi make sure biskut tu hancurkan dulu guna air.

3) Masukkan daging yang sudah direbus, udang yang telah disiang atau dibuang kepala dan masukkan fish cake. Biarkan dalam 5-10 minit.

4)  Kemudian baru pecahkan telur tapi jangan kacau telur tersebut. Biarkan hingga telur masak.

5) Lepas tu, baru masukkan sayur sawi dan tauhu. 

6) Last sekali baru masukkan mee kuning. Kalau uols nak asingkan kuah dengan mee pun boleh tapi make sure mee tu direndam sekejap dengan air panas.

7) Dah pun siap hidangan Mee Bandung Muo kita...bolehla hiaskan dengan bawang goreng, daun saderi dan lada merah yang dihiris. Sesuai jugak makan Mee Bandung Muo dengan Sirap Bandung Muo..Class gitu..hehe..

Sekian, Terima Kasih. Good Luck and Good Look....

Nota Bibir Seksi:)

Sebenarnya kawan x suka sangat makan mee bandung..bukannya ape kawan ni x boleh makan seafood. Dalam rencah mee bandung tu banyak udang geragau yang kecik2 tu..kalau kawan makan mulalah hidung kawan ni mengetip2  gatalnya..hikhik..

Saturday, June 25, 2011

Analisis Maharaja Lawak Final


google

Hai uols...

Semalam kita telah menyaksikan pertandingan akhir Maharaja Lawak musim pertama yang telah mencetuskan fenomena di negara kita. Setiap persembahan dan percakapan mereka menjadi bualan dan ikutan. Lawak peserta2 Maharaja Lawak memang tak kering gusi dan tersemat dalam minda kita sebagai rakyat Malaysia mahaupun di negara jiran. Bertepatan dengan konsep pertandingan iaitu tahap MAHARAJA LAWAK yang lebih hebat berbanding dengan RAJA LAWAK Para juara ditemukan dalam satu pertandingan yang sangat berprestij.

Maharaja LAwak yang berlangsung selama 13 minggu telah menobatkan kumpulan Sepah trio Bujang Lapok tahun 2000 sebagai JUARA. Naib Johan disandang oleh JOZAN iaitu Johan dan Zizan. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nabil yang terkenal dengan stand up comedy. Kumpulan Jambu yang diwakili oleh Yus dan Taukeh hanya berpuas hati dengan tempat keempat.




Sepah memang layak untuk menyandang gelaran juara kerana persembahan mereka begitu konsisten pada setiap minggu. Sepah terkenal dengan lawak atau jenaka yang berkonsepkan kemelayuan. Setiap lawak kumpulan Sepah mempunyai mesej dan unsur-unsur nasihat walaupun ada di antara lawak mereka ada "double meaning". Bagi kawan itu x menjadi masalah, apa yang penting kita semua terhibur dengan lawak mereka. Kita boleh lihat kesungguhan kumpulan Sepah yang memberikan persembahan terbaik pada setiap minggu. Mereka begitu kreatif dalam mencipta idea bagi memastikan lawak mereka benar2 berkualiti dan diingati. Kesungguhan dan persefahaman antara mereka menjadikan mereka yang TERBAIK. Kawan paling suka melihat keserasian atau chemistry antara mereka. Mereka nampak begitu mesra dan saling memahami. 



Kumpulan Jozan pula bagi kawan lawak mereka ok. Tapi bagi kawan konsep yang mereka bawa biasa saja. Persembahan mereka x konsisten. Kadang2 best gile kadang2 macam x best. Yang paling best pun minggu 11 Tugasan 1 awan nano tu. Mereka memang ramai pengundi kerana populariti mereka sebelum ini dalam JOZAN SHOW. Itu yang membuatkan Jozan sentiasa ada di rangking pertama dalam keputusan undian.



Nabil..bagi kawan Nabil seorang yang kreatif. Kawan salute kat Nabil coz dia sorang je boleh buat lawak x perlu geng. Tu yang kadang2 lawak Nabil x menjadi sebab kekeringan idea. Berbeza kalau kita ade geng coz lagi ramai geng lagi banyak idea. Apa pun lawak Nabil boleh dikategorikan sebagai brilliant. Kawan x berapa suka kalau Nabil buat Lawak stand up comedy sebab dia akan nampak sangat membosankan. Better kalau Nabil bawak props lagi nampak brilliant dan kreatif.




Kumpulan Jambu memang terkenal dengan lawak yang bertaraf INTERNATIONALE bak kata Juri Mamat Khalid. Memang x dinafikan mereka sangat kreatif cuma tu la persembahan mereka x konsisten. Masa mula2 persembahan Jambu best sangat bila dah minggu2 akhir tu persembahan mereka dah kureng. Kalau x memang mereka boleh jadi juara.Lawak kumpulan Jambu ni mengingatkan kawan dengan lawak Mr Bean macm ada persamaan.

Adat pertandingan menang atau kalah bukan persoalannya. Apa yang penting Maharaja Lawak telah mencetuskan fenomena dalam negara kita yang baik untuk meningkat prestasi industri seni kita. Kawan pasti ada di kalangan kita yang x puas hati apabila kumpulan favourite mereka x menjadi juara. Kita x perlu kutuk mengutuk sesama sendiri yang penting dalam hati kita kumpulan favourite kita tetap juara. Setiap kumpulan ada kelemahan dan kekuatan masing2. Rezeki telah berpihak kepada kumpulan Sepah jadi kita kena akui kehebatan mereka.

Nota Bibir Seksi:)

Rumah kawan x ada astro so kawan download semua koleksi Maharaja Lawak Musim 1 dalam youtube dan setiap hari kawan tengok tanpa kenal erti jemu. Setiap hari tengok kawan dan suami tetap gelak nak terburai isi perut. Setiap percakapan mereka menjadi ikutan kami. Saja nak menghiburkan hati. Apa pun Maharaja Lawak memang TERBAIK!!!




Friday, June 24, 2011

INFO "KEPENTINGAN SUSU IBU"



google

Hai uols....

Hari ni kawan nak kongsi info untuk para ibu dan bakal ibu tentang kepentingan susu ibu. Diharapkan lepas baca info ni uols akan faham dan praktikkan amalan ini. Walaupun kawan belum ada anak tapi kawan tahu akan kepentingan susu ibu dan kalau kawan ada anak nanti mesti kawan akan susukan anak kawan..hehe..berangan dulu..ok enjoy reading...



KEPENTINGAN PENYUSUAN IBU MENURUT ISLAM:



``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.


KELEBIHAN SUSU IBU


* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.


FAEDAH PENYUSUAN IBU


* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.


PROSES PENGELUARAN SUSU


Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.


Nota Bibir Seksi:)

Patutla anak-anak zaman sekarang ni x dengar cakap ibu sebab anak-anak zaman sekarang ni minum susu lembu sebab tu dengar cakap lembu..kahkahkah..memang ada logiknya pun..fikir2kan la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...