Thursday, June 16, 2011

Resepi Sambal Tumis Udang Simple Tapi Lazat

google image
Hai uols..

Resepi hari ni "Sambal Tumis Udang" yang sangat simple but sangat lazat. Hanya memerlukan 10-15 minit untuk masak.Bagi sesiapa yang bergelar wanita bekerjaya,student atau orang pemalas masak bolehla cuba masakan ni..

Bahan-bahan Utama:)

1) Udang - x kira la ape saiz sekali pun S,M,L,XL atau XXL

2) Lada kering- hendaklah direbus dan diblender terlebih dahulu

3) Bawang besar - seeloknya dihiris kalau ditumbuk x nampak meriah sambal tu

4) Asam keping - sebesar garisan pertama jari telunjuk (haha..faham2 sudah)

5) Halba - Secubit pun dah cukup untuk buat rasa je

5) Garam, Minyak dan Air - Secukup rasa

Cara Memasak:)

1) Panaskan minyak

2) Masukkan bawang yang telah dihiris

3) Kemudian, masukkan lada yang telah diblender. Biarkan lada sampai garing dalam keadaan api kecil dan bubuh sesudu air supaya x terlalu kering

4) Masukkan halba,garam, asam keping dan air secukupnya.

5) Last sekali masukkan udang. Kacau sehingga udang betul2 masak.

Haha..kan senang..dah siap..bukannye susah pun masak ni...kalau ada keinginan semuanya jadi..Selamat Mencuba yer..

Nota Bibir Seksi:)

Masak sambal tumis udang je hari ni sebab kepala sakit..hehe

Tuesday, June 14, 2011

Resepi Sup Ayam Marvellous..Muah Muah..




google  image
Hai...uols sihat..

hari ini kawan nak kongsi resepi "sup ayam marvellous..muah muah.." ciptaan kawan. baru jap tadi kawan masak untuk hidangan tengahari. kawan saje je try masak sup ayam ikut resepi kawan sendiri tiba2 jerk jadi pulak. sampaikan suami kawan pun puji "sedap tol by masak". kawan ckp "tipu la bang". bila kawan rasa masyaAllah..marvellous..muah muah. Jadi kawan pun nak kongsi resepi ni dengan uols..selamat mencuba yer..

Bahan-bahan utama:)

1) ayam- x kisahla nak letak berapa ekor pun

2) sup bunjut- x kisahlah brand ape pun janji bunjut

3) bawang merah- bawang yang kecik je ditumbuk halus

4) bawang putih- ditumbuk halus

5) halia- sebesar ibu jari sahaja ditumbuk halus

6) rempah ratus- bunga cengkih 2,bunga lawang 2, pek kak buah pelaga 2,kayu 
    manis 2

7) serai- 2 batang dititik

8) daun limau- 5 hingga 6 helai untuk penyedap rasa dan bau

9) cili padi- kalau suka pedas boleh lah letak cili padi dalam 10 hingga 15 
    tangkai

10) lobak merah- separuh je x yah banyak2 menyemakkan mata je letak 
     banyak2. dipotong ikut suka hati korang la nak saiz ape pun

11) kentang- sebiji je dah cukup,potong ikut suka

12) daun saderi- dihiris halus sebagai penambah rasa

13) tomato- dipotong ikut suke la..haha..

14) cendawan enoki- cendawan berwarna putih,batangnya panjang tapi 
      halus,kelopaknya pun kecik je.cendawan ni made in korea.kalau sesiapa  
     yang selalu makan kat Johnny's Restaurant tahula cendawan ni.memang 
     sedap diletak dalam masakan seperti sup dan tom yam

15) minyak, air dan garam- ikut sesedap rasa

16) bahan-bahan lain seperti udang,sotong,fishball, fishcake dan sayur-sayuran 
     lain boleh jugak dimasukkan sekali dalam sup ayam ni untuk memenuhkan 
     lagi periuk uols


Cara-Cara Memasak:)

1) bubuh minyak dan panaskan minyak. jangan bukak api besar2 kecik2 sudah 
    kang meletop plak..

2) tumis rempah ratus dan sup bunjut

3) kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk 
   bersama halia  

4 ) masukkan kentang dan lobak merah kacau sebati

5) masukkan 3 cawan air dan biarkan sehingga kentang dan lobak betul2 empuk dan lembut

6) selepas kentang dan lobak dah empuk masukkan serai, daun limau, tomato, cili padi dan cendawan enoki. Jika uols nak tambahkan rencah lain boleh masukkan sekali. Tambahkan sedikit lagi air agak2 je la janji ade air boleh hirup

7) kemudian bubuh garam secukup rasa dan bahan perasa lain seperti ajinomoto atau serbuk lada putih (kalau nak letak la)

8) masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam betul2 masak luar dan dalam

9) last sekali barulah masukkan daun saderi  dan biarkan 5 hingga 10 minit

10) kemudian tutup api dapur. ni yang paling penting..kalau tak hangus pulak sup ayam uols..kahkahkah..

Hidangkan dengan bawang goreng untuk penaik selera...bolehlah dimakan seisi keluarga "Sup Ayam Marvellous..Muah Muah.."




Nota Bibir Seksi:)

Kawan suka masak ikut resepi kawan sendiri..main belasah je yang penting sedap. Tapi paling kawan menyampah nak kena kupas kulit bawang. ikutkan hati nak je beli bawang yang siap dah dikupas kulit tapi geli pulak. ntah2 orang yang kupas kulit bawang tu baru pas cebok..eeee...yakek...

Friday, June 10, 2011

Kitar Semula..Mengapa Perlu Malu?


google image

Kalau sebut pasal kitar semula x ramai orang yang berminat nak kitar semula barang2 yang telah mereka gunakan. Tapi ada segelintir orang yang menjadikan aktiviti kitar semula sebagai sumber pendapatan utama atau sampingan. Mungkin masih ramai lagi yang x sedar tentang kebaikan Amalan Kitar Semula. 


Kebaikan bukan hanya untuk kita tapi untuk alam sekitar tempat manusia menghuni. Selain dapat menjaga kebersihan alam sekitar, poket kita juga dapat berisi.Hasil daripada jualan barang2 yang boleh dikitar semula sangat berbaloi. Bolehla dapat pendapatan sampingan tanpa perlu berusaha keras. 

Kita perlu mulakan amalan kitar semula ni daripada rumah. Barang2 yang kita dah guna boleh kita jual semula. Contohnya, surat khabar, kertas2 yang dah digunakan, tin susu, tin sardin, botol2 plastik dan macam2 lagi boleh kita jual.Memangla hasilnya x sebanyak jumlah duit yang kita keluarkan untuk beli barang2 tu tapi berbaloilah dapat pusingan modal untuk beli barangan lain pulak. Yang penting niat dalam hati nak jaga alam sekitar.




Antara barang2 yang boleh dikitar semula atau dijual adalah kotak,kertas,plastik, tin,botol kaca, surat khabar lama, barang2 elektrik yang dah rosak,botol plastik atau besi buruk. Harga bagi kotak,kertas putih, surat khabar adalah RM 0.40 sekilogram. 


Kertas yang berwarna sekilogram RM 0.20. Bagi barang aluminium dikira RM 3.50 hingga RM 4.00 sekilogram. Botol plastik pula RM 1.10 sekilogram. Kemudian botol kaca dikira mengikut kuantiti bukannya berat. Manakala barang2 elektrik yang dah rosak perlu diasingkan antara palstik, besi, tembaga dan wayar. Boleh dijual secara berasingan. Cuma banyak kerja sikit la sebab kena bukak compartment dalam barang elektrik tu.Harga tin pula kalau x silap RM 0.40 atau lebih. Kertas2 bil atau apa juga jenis kertas uols blh simpan utk dijual tapi kena la lipat elok2 baru dpt harga tinggi sikit kalau x orang yang beli tu akan anggap itu kertas sampah.

Dulu memang kawan x amalkan kitar semula ni tapi tiba2 je datang keinsafan dalam diri dan semangat nak cari duit lebih. Oleh kerana suami kawan kerja dekat restoran jadi banyaklah kotak2 dan tin2 yang boleh kawan jual. Dalam sebulan kawan boleh dapat RM 50 secara percuma. Itu pun kerja main2..x agresif sangat. Kalau x dapat lebih lagi. 


Hanya keluar duit minyak sikit dan tenaga je untuk angkat barang2 tu masuk dalam kereta. Bagi kawan sangat berbaloi dapat lah lepas duit broadband tiap2 bulan atau selalunya kita orang gunakan duit tu untuk tengok wayang. Jadi x payahlah usik duit gaji. Berbaloi kan??

Bagi kawan2 yang belum amalkan kitar semula meh la...x perlu rasa malu sebab kita buat kebajikan pada bumi kita. Pedulikan apa orang nak cakap asalkan rezeki yang kita dapat rezeki halal. x mintak pun duit diaorang. Betul x?? Selamat mencuba ye kawan2...

Nota bibir seksi:)

Kawan x pernah la sampai tahap kutip tin kat tepi jalan, selalunya tin tu yang datang bergolek kat depan kawan...hahaha..tu berkatnya bila kita rajin ringankan tangan untuk jaga bumi Allah ni..x percaya kena cuba..hehe...

Wednesday, June 8, 2011

Resepi Asam Pedas Muar


google image

Ha..hari ni kawan nak kongsi resipi asam pedas yang lazat lagi enak. resipi asam pedas ni dari turun temurun. kalau sebut asam pedas Muar sape yang x tau.sangat terkenal dengan asam pedas yang superb! contohnya asam pedas Parit Jawa yang pernah dilawati oleh Jalan2 Cari Makan. lepas korang cuba resipi ni dah x payah nak makan asam pedas kat kedai masak sendiri lagi sedap. 

ok, kalau sebut asam pedas ni bukan sahaja ikan masak asam pedas tapi ayam dan daging pun kita boleh masak asam pedas. kalau nak tahu macam mana rasanya kena cuba resipi ni.

Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah:)

1. minyak masak-bahan yang paling penting kalau x ada minyak x berasap la periuk korang nanti. kuantiti minyak dalam 2 senduk sederhana besar untuk 1 periuk sederhana.(bergantung juga pada kuantiti ikan yang hendak dimasak)

2. bawang kecil atau bawang besar- kuantiti bergantung kepada berapa banyak yang korang nak masak.selalunya untuk 4 orang makan dalam 4 hingga 5 biji. orang tua2 cakap kalau nak sedap lagi lebihkan sikit bawang merah tu. bawang perlulah dikisar atau ditumbuk sampai lumat.

 3. bawang putih- kuantiti kurang daripada bawang merah dalam 3 atau 4 ulas. bawang perlulah dikisar atau ditumbuk.

4. halia-kuantiti dalam separuh daripada ibu jari. Perlu dikisar atau ditumbuk.

5.lada kering- hendaklah dipotong dan direbus sehingga masak. kemudian barulah blender sampai halus.masa nak blender tu letak la sedikit garam dan minyak supaya lada tersebut tahan lama.

6.garam- digunakan untuk menambah kesedapan asam pedas.bubuh secukup rasa. 

7. halba-kuantiti secubit sebagai perasa dalam masakan.

8. serbuk kunyit- kalau ikan korang dah perap dengan serbuk kunyit untuk hilangkan bau hanyir x perlu letak lagi serbuk kunyit dalam masakan korang. 

9. asam jawa atau asam keping- kalau korang suka guna asam jawa boleh jugak. kuantiti dalam 2 cubit pun dah cukup.

10. bahan utama-ikan, ayam atau daging bergantung pada kuantiti yang anda mahu. jika anda nak masak ikan asam pedas seperti ikan pari atau ikan mayung, ikan tersebut hendaklah diperap dengan kunyit supaya dapat menghilangkan bau hanyir.

11. daun kesum- digunakan sebagai perasa dan menambahkan bau pada asam pedas. kalau x ada daun kesum asam pedas kurang kick.

Cara-cara memasak:)

1. panaskan minyak dalam periuk atau kuali.

2. masukkan lada kering yang telah dikisar. kuantiti dalam 2 senduk. kalau nak pekat tambahkan lagi lada.biarkan sehingga garing dengan nyalaan api kecil sahaja.


3.masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Biarkan sehingga naik bau.

4.masukkan ikan yang telah diperap, ayam atau daging. biarkan sehingga mendidih.

5.bubuh halba,sedikit garam dan serbuk kunyit. 

6. kemudian masukkan asam jawa atau asam keping. 

7. tambahkan sedikit air bersesuaian dengan kepekatan yang korang nak.

8. last sekali masukkan daun kesum untuk penambah bau. biarkan selama 5 minit. 

jeng jeng jeng...asam pedas pun dah siap. boleh la tutup api dapur dan hidangkan untuk santapan seisi keluarga. selamat mencuba ya....

Nota bibir seksi:)

masa duduk dengan mak dan ayah memang x pandai masak tapi bila dah duduk jauh, dah berdikari baru pandai masak. masak ni la benda paling senang sekali. bagi pompuan2 yang nak mendirikan rumah tangga belajar lah masak dulu yang simple2 pun x pe laki korang nanti x kebuluran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...