Friday, February 18, 2011

Sayangi Alam Ciptaan Tuhan


Kat mana kita duduk,kat mana kita pijak di situlah namanya alam sekitar.kalau kita tak jaga nak harap siapa lagi?nak harap monyet,raja rimba,babi hutan atau badak berendam yang jaga alam sekitar untuk kita?usahla..habitat dan spesies diaorang pupus pun disebabkan aktiviti manusia jugak.


kejam betul manusia ni.dahla kita jadikan binatang dan tumbuhan tu makanan untuk besarkan tempolok kita, lepas tu kita biarkan diaorang tu terseksa disebabkan kekejaman dan kerakusan kita.panjang dan pendek kata kat dalam dunia ni dah tak ada tempat yang selamat untuk binatang,tumbuh-tumbuhan mahupun untuk manusia.

Alam sekitar ni berkait rapat dengan kebersihan. Kebersihan ni penting sangat untuk kesejahteraan hidup kita. Pupuk kebersihan diri sejak dari awal lagi.contohnya kebersihan diri,kebersihan rohani dan kebersihan alam sekitar.


kebersihan diri bermaksud bagaimana cara kita nak jaga kebersihan diri kita?mandi adalah satu kewajipan. Sehari sekurang-kurangnya 2 kali.orang yang malas mandi kita panggil kambing,orang yang mandi ala kadar kita panggil mandi cowboy dan orang yang mandi tak cukup sempurna kita panggil mandi tak basah sebab putus cinta.kebersihan rohani bermaksud dalaman seseorang itu hendaklah bersih. Contohnya hati manusia mestilah bersih dari phd (perasaan hasad dengk),prasangka buruk,hati busuk dan cemburu buta.


kebersihan alam sekitar pula bermaksud alam sekitar yang bersih terhindar daripada pencemaran seperti pencemaran air atau sungai,pencemaran udara,pencemaran bunyi mahupun pencemaran mata.pencemaran mata ni contohnya pencemaran akibat daripada manusia-manusia yang suka berkelakuan di luar tabii iaitu berpakaian menjolok dan terbeliak bijik mata.pencemaran  bunyi selain daripada bunyi kenderaan, gosip-gosip liar di kedai kopi  juga termasuk dalam pencemaran bunyi.

Tak susah nak jaga alam sekitar ni. Apa yang penting kita kena pupuk kesedaran dalam diri. Mulalah dengan membuang sampah di tempat yang betul. Ini tidak..nampak sampah depan mata bukannya nak kutip malah disepak-sepaknya macam bola.


apa salahnya kutip dan buang dalam tong sampah?hina sangat ke kerja tu?kalau korang semua nak tahu pengutip sampah tulah kerja yang paling mulia bagi aku sebabnya tak semua orang boleh buat kerja macam tu. Dengan bau busuk setiap hari diaorang tetap jalankan tugas kutip sampah kat rumah korang tanpa mengenal erti busuk,jijik,nak termuntah atau sumpah seranah “bau macam bangkai”.setiap kali kita pergi konsert,pergi berkelah atau pergi ekspo sampahlah yang selalu kita tinggalkan.kalau dikumpul sampah tu boleh buat sebuah rumah  banglo.

yahoo image

Dalam Agama kita pun kita ada belajar etika tentang alam sekitar. Menurut Agama Buddha kita perlu menghormati semua benda hidup kerana benda hidup mempunyai “Natural Buddha”. Manusia pula adalah integral alam sekitar – tidak boleh kekurangan sesuatu. Menurut Agama Kristian pula seluruh alam sekitar dicipta ada kegunaan dan kepentingan.  


Peranan manusia dalam alam sekitar adalah sebagai “inteligensi pengawal”. Manakala dalam Agama Islam kita perlulah memahami peranan manusia terhadap alam sekitar, mendidik manusia supaya bertanggungjawab dan cinta terhadap alam sekitar,memahami  bahawa alam itu nikmat ALLAH yang tidak terhingga dan memahami bahawa manusia perlu menjaga alam sekitar sama seperti menjaga agama,  nyawa,  keturunan,  akal dan harta benda.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SEKTOR SWASTA
  •  Amal pengeluaran bersih (cleaner production)
  • Patuhi undang-undang dan peraturan berkaitan kawalan pencemaran
  •  Selenggara dan tingkatkan kecekapan alat kawalan pencemaran.
  •   Amal EMS (sistem pengurusan yang mesra alam dan ISO 14000).

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SEKTOR AWAM
  •  Pastikan setiap undang-undang berkaitan pencegahan pencemaran dikuatkuasa dengan tegas dan berkesan.
  • Bekerjasama dan sokong program pencegahan pencemaran dan peningkatan kualiti air sungai.
  • Amal nilai murni dan etika kerja yang baik semasa menjalankan tugas.


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH KITA
  • Amalkan konsep kitar semula.Botol-botol kaca,plastik atau aluminium dan suratkhabar lama boleh dikumpul dan dijual semula. Selain dapat membantu memelihara dan memulihara alam sekitar kita juga dapat duit poket

                

  • Laporkan sebarang kejadian pencemaran kepada pihak yang berkuasa.Janganlah harap sangat pihak JAS akan pantau semua tempat yang berlaku pencemaran.kakitangan JAS tu berapa ketul je yang buat pencemaran bukan main ramai. So, kalau kita nampak dengan mata kepala kita sendiri ada orang yang bakar sampah secara terbuka, lori yang mengeluarkan asap hitam dan kilang-kilang yang buat pencemaran terbuka why not kalau kita sendiri pergi buat report.
  • Perempuan-perempuan yang berpakaian menjolok mata pun boleh dikira sebagai pencemaran mata. Tapi aku yakin dan pasti kalau pencemaran mata ni tak ada orang pun yang nak report sebab seronok ma tengok wayang free.Jangan macam tu..pencemaran mata ni pun kita kena hindarkan juga untuk elakkan kita bersuhabat dan mendapat dosa free.
  • Kurangkan atau elakkan penggunaan racun serangga seperti ridsect atau shieldtox,spray deodorant dan barang-barang elektrik yang membebaskan cfc ke udara.
Nota bibir seksi:)
Mula belajar sepak bola dengan cara menyepak tin tapi terus masuk ke tong sampah bukannya masuk ke longkang.

BAH datang lagi!!!!! cer cita cer cita…

yahoo image


       Habis surut di utara dan timur,negeri-negeri di selatan pula merasai nikmat banjir.Kejadian banjir terburuk berlaku pada akhir tahun 2006. Masa tu banjir luar biasa sangat.Maklumlah orang selatan ni jarang kena tempias banjir tapi sekali kena memang betul-betul seksa.


          Antara tempat di sekotar negeri Johor yang teruk kena bah ni ialah Kota Tinggi,Segamat,Kluang dan Muar.Memang banjir yang luar biasa.Pertama kali berlaku di negeri Johor.Sampaikan bangunan tinggi pun habis ditenggelami air.

          
         Banjir telah mengakibatkan ramai yang kerugian dan kemusnahan harta benda. Mahasiswa dan mahasiswi turut memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.UKM universiti tempat aku belajar pun tidak terkecuali dari misi ini. 


        Pada 21 Januari 2007, kumpulan Khidmat Masyarakat telah menjalankan satu misi memberi bantuan mangsa-mangsa banjir di Pagoh, Johor dengan dibekalkan penyapu, paip air, baldi dan peralatan lain untuk menyumbangkan tenaga di sana.Kami mengambil masa kira-kira 7 jam untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.

Masih segar dalam ingatan aku masa banjir sekitar tahun 2006 tu,walaupun rumah aku tak banjir tapi boleh dikatakan satu daerah Muar terputus bekalan air.sebabnya tangki  besar pecah.hampir seminggu bekalan air terputus di  seluruh Bandar Muar.time tu memang nak  cari air untuk minum pun x ada.jadi kami sekeluarga terpaksalah berulang alik ke Melaka.


nasib baik akak aku tinggal kat Melaka.dapat menumpang cuci baju dan masak kat rumah dia.itupun air secoet je yang keluar.jadilah janji ada.x la kami sekeluarga kelaparan dan kebusukan.time banjir besar tu kat shopping complex air botol mineral semuanya habis sebab orang guna air tu untuk mandi selain untuk minum dan masak.

Pengalaman banjir ni betul2 bagi aku pengalaman dan pengajaran yang sangat mendalam.baru la rasa kesusahan macam mana nak dapatkan setitik air dan sesuap nasi.macam tu la agaknya nenek moyang kita dulu nak cari air dan makanan kan..insaf-insaf…kat bawah ni aku ada sertakan cadangan untuk mengawal masalah banjir yang aku buat sebagai tugasan kumpulan dalam kursus Khidmat Masyarakat di UKM.

 Cadangan Untuk Mengawal Masalah Banjir

·         Mempertingkat sistem saliran dan perparitan
Meningkatkan kualiti dan membaik pulih sistem saliran dan perparitan yang melibatkan sungai- sungai utama, parit- parit utama dan longkang yang sedia ada.

·         Mengawal pembangunan yang pesat
Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan- kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang-undang ke atas pemaju-pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan lereng berbukit . 

·         Penswastaan projek penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan
Projek- projek untuk membaik pulih sistem saliran dan perparitan yang sedia ada memang penting.Oleh yang demikian, penyelenggaraan secara berjadual mestilah dilaksanakan terutama sekali di kawasan-kawasan mudah banjir.  Pihak kerajaan juga boleh menimbangkan kaedah penswastaan sebagai langkah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan terutamanya dari aspek keperluan pertambahan tenaga manusia, peralatan, teknologi dan kepakaran.

·         Penguatkuasaan undang- undang yang sedia ada
Menguatkuasakan undang-undang secara bersungguh-sungguh bagi menghalang masyarakat awam daripada terus membuang sampah  ke dalam sungai, parit dan longkang dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, kita melihat di negara- negara luar seperti Singapura, aspek ini telah berjaya membudayakan cara hidup rakyatnya di mana sampah sarap tidak dibuang merata-rata sesuka hati.

·         Menyediakan Sistem Perparitan
      Sistem perparitan yang baik dapat membantu pengaliran air dengan lebih baik.

·         Projek Pendalaman Sungai
      Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. 

·         Memelihara Hutan
      Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

·      Mengawal Aktiviti Manusia
      Banjir Kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

       Banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibatnya.

Nota Bibir Seksi :)
Biar banjir di darat jangan banjir di udara

Friday, January 28, 2011

"Budget Kahwin"

yahoo image


Nyanyikan Lirik Lagu di bawah:)

Lirik 1

Duit x ada...tapi hati mau kawin...
Apa daya ku oohhh..kawan...

Lirik 2

Hai..En.Hail janganla marah..kalau Ujie bertanya
mengapa Hail belum naik pelamin...
ku ingin merasa hai nasi minyak kau pula..lekas2 la kawin..
Aduhai Ujie Rashid kau buat ku tertawa...
poket ku ini selalu kekurangan..
ini kan pula hendak kasi la makan anak dara la orang..

hai..tengok org bercinta kita pun nak bercinta..tengok org kawin kita pun nak kawin..tapi tu la duit pulak x ada.hah..ni yg aku nak kongsi cara-cara nak berjimat. korang baca n fikir-fikirkan la idea aku ni leh pakai ke x.kalo rasa2 boleh pakai amalkan la dgn sebaik mungkin.

1. Rancang perbelanjaan dgn baik (bila pasangan bercinta dah start merancang nak kawin..hah..time tu la mulanya korang nak merancang perbelanjaan)

# rancang perbelanjaan anda bergantung pada tempoh pertunangan hingga perkahwinan. kalo anda merancang dlm masa terdekat dengan budget perkahwinan yg besar kirim salam la duit korang nak cukup dlm masa yg singkat.lainla kalo korang org kaya,ada org nak sponsor,menang peraduan or duit turun dr langit.


lebih2 lagi bagi org yg baru bekerja..lagila sakit..kalo korang ikat tali pertunangan dlm tempoh 2 tahun dgn hantaran katakanla RM 10 k agak2 sempat ke nak simpan duit? itu baru hantaran taw belum brg2 hantaran n majlis kenduri lagi.dgn gaji setakat RM1500 ke bawah, dgn tanggungan,dgn hutang lagi,duit poket lagi..huh..mmg la x sempat. jalan mudah buat personal loan.mudah,cepat dan tepat! tp aku mmgla x galakkan korang uat personal loan.bukannya ape nanti korang akan menanggung hutang sampai ber anak cucu..itu pn belum tentu abis bayar.

2.Ikut kemampuan pasangan dan kemampuan anda. 


buat majlis biarla ikut kemampuan.selagi boleh save kita save.x payahla nak tiru gaya artis or ahli keparat.nak kawin bwh pedang la,atas angin la..mcm2 pelik lg la.kalo rasa mampu buatla.kalo x besederhana la.ikut ajaran agama kita.besederhana dlm semua benda. contohnya,ada pasangan yg x nak tunang.dari merisik terus plan nak kawin.tunang ni makan budget dlm RM 2-4k taw.


ade plak pasangan yg nak buat kenduri sebelah rumah je.buat kenduri belah perempuan,belah lelaki buat kenduri kecik pun jadi la asalkan org kampung tau yg kita dh bernikah cara sah.jgn sampai menimbulkan fitnah sudah..cara ni yg paling aku setuju sbb korang jgn fikir nak guna duit masa majlis kawin je.sebenarnya kehidupan lepas kawin pun banyak nak guna duit.


nak mulakan hidup baru tu byk sgt guna duit.nak kena sewa rumah,nak kena beli perabot,mesin basuh,peti ais,brg2 nak memasak pun bukan main banyak lagi.dgn tapis la,besen la, sudu la,kuali la..huh..walaupun brg2 tu nampak kecik tp banyak taw.sekali shopping beli brg nak memasak je pun dah hampir RM 500 ke atas.x caya tunggu korang kawin nanti.

3. Jangan boros!

# masa dlm proses nak mengumpul duit tu kena la byk2 beringat. kalo nak dating x payah la pergi tempat2 yg boleh menghabiskan duit korang.lebih2 lagi mcm shopping complex,fun fair or ekspo.tempat2 mcm tu yg boleh uat korang rambang mata.kalo x sedar sekali kuar dating je beratus habis.kurangkan or x payah la tengok wayang lagi.(jangan korang uat wayang sendiri sudah).tiket wayang 2 org dah RM20,pop corn,snek or air dah RM10..belum benda2 lain.gedebak gedebuk pun RM50 melesap.


lebih baik la korang pilih tempat dating macam kat taman2 or tasik2.pergi beriadah sambil dating lagi bagus.jogging ke turunkan berat badan lagi bagus.dapatla posing lebih atas pelamin nanti dgn bentuk badan yg mengiurkan.kalo nak kuar makan plak biasa order air 2 gelas tapi kali ni order je la 1 tp gelas besar.lagi jimat n nampak mesra gitu 1 cawan,1 straw minum 2 org.


4. Barang2 persiapan untuk majlis pertunangan atau persandingan

# pastikan  barang2 yg korang nak beli korang senaraikan dulu.make sure x ada double enter.barang2 yang dah dibeli hendakla ditandakan supaya x terbeli dua kali.kalo nak shopping barang2 kawin survey dulu tempat yg paling murah,cantik dan pelbagai barangan.nak survey ni ambik masa gak.bagi org2 yang bz macam aku tanya org yang dah berpengalaman or cari kat web pun dah kira ok.kalo nak shopping pilihla tarikh yang sesuai.kalo boleh pilih satu tarikh yg kita betul2 free n boleh cari banyak barang dlm 1 tempat.


dgn cara tu dapatla save duit minyak,duit tol n duit makan kita.tapi ingat,jangan sesekali buat persiapan last minute!.perancangan jangan dibuat oleh pihak kita je.makesure ahli keluarga kita pun tau apa barang yg kita dah beli.

5. Pelamin,andaman,fotografi,video,makanan dan khemah

# hah..benda yg 6 ni yg paling banyak guna duit.korang stand by je la budget lebih kurang RM20 k untuk benda alah 6 tu je.pelamin zaman skang ni simple je tp mahal bukan main.kalo dulu nampak crowded dgn kain2 tapi murah.mungkin material yg digunakan zaman skang ni lagi mahal berbanding dulu.kalo nak ambik andaman biarla ambik pakej sekali dgn pelamin lagi murah.


andaman ni penting sgt supaya nampak la seri pengantin kita nanti.tapi kalo over do pun x nice gak.fotografi pulak bukan main lagi.dah mcm filem hindustan aku tengok.semua nak shooting gambar kat outdoor.main tarik2 tali la,aksi cium2 la,peluk2 la..dah x main shooting dlm rumah lagi.siap dgn beg simpan gambar,gambar kristal,custom n lain2 dah makan RM 3k.kalo boleh ambikla video pakej sekali dgn gambar.tapi x ramai fotographer yg buat mcm tu sbb nak khusus pada 1 bidang je.


hah,bab makanan n khemah bagi aku sama mainkan peranan penting.kalo makanan x sedap org makan pun x puas hati..nanti duit salam kruk-kruk pun kurangla.kesian kat mak ayah korang nanti.bagi aku bab nak bagi org makan ni biarla sempurna.biar sedap n pelbagai.org datang makan pun puas hati n confirm org xkan lupa utk datang lagi kalo mak ayah kiata uat majlis kawin lagi.khemah pun sama.biarla sewa khemah yang ada kipas.bukan ape untuk keselesaan tetamu.x lah nanti berpanas riuk dibuatnya.


tapi kalo korang dapat pakej untuk 6 benda ni lagi bagus.macam kat tempat aku memang x ada pakej mcm ni.kat kl memang berlambak skang ni.siap dgn perunding perkahwinan.erm..x payahla perunding2..korang runding bakal laki bini pun dah cukup.

# sekian sahaja nasihat aku untuk pasangan2 bercinta yg ada hati nak mendirikan masjid.perancangan awal dapat memastikan majlis kita berjalan dgn lancar.kalo rancang last minute jawabnya huru hara la majlis kita nanti.pecayo la cakap den ni! lagi 1 nak pesan kat mak bapak org ni kalo nak letak harga hantaran tu bio le berpatutan.jangan la samapai menyeksa menantu. tu yg ramai menantu skang jadi hantu sebab x puas hati dgn jumlah hantaran yg mak bapak mertua letak.


kalo nak letak hantaran ikut tahap pendidikan anak2 x salah tp biar la berpatutan.x payah la ikut2 org.ni aku tengok org yg pendidikan setakat spm punya hantaran lagi tinggi dari org yg ada master or degree.mungkin muka lawa kot tapi lawa x ke mana yg penting pandai uruskan rumah tangga.sebenornya banyak lagi den nak cite tp den dah x larat nak menaip.kalo ada sebarang pertanyaan tinggalkan komen ekau kat cni eh jang...

nota bibir seksi:)
aku kawin dgn cinta pertama aku.x ramai yg berjaya dgn cinta pertama dan x semestinya kawin atas pilihan org tua x bahagia kerana kebahagiaan tu terletak pada diri kita sendiri.kita yg akan mencorakkan sama ada kita nak hidup bahagia atau tidak.Apa yang penting  jangan kawin sebab nafsu semata-mata!

"Handphone Fair Si Penjual Puaka"



Dah lama kan kita x dengar pasal handphone fair? bunting2 or banner2 pun dah x kelihatan lagi.seingat aku tahun lepas paling hangat skali handphone fair ni.celah mana kat kl ni ada handphone fair.boleh dikatakan tiap2 hari ada. macam cendawan tumbuh lepas hujan.sampaikan pengunjung rambang mata nak gi handphone  fair yg mana 1.


Tapi kalo korang nak tau handphone fair ni memangla puaka jembelang tanah! disebabkan handphone fair la aku n hubby aku kena tipu.kita orang nak beli handphone utk uat hantaran kawin.konon2nya nak uat lain ckit la tang hantaran tu.nak ikut perkembangan dunia teknologi.asek2 hantaran buah2an, baju, beg..agakla membosankan.


Oleh kerana terlalu taksub nak beli 2 set handphone sekali gus kami jadi rambang mata. segala penipuan dan ayat2 manis penjual2 puaka tu ktorg x nampak.pdhal sblm ni sgtla susah aku nak kena tipu.x makanla godaan org. tp ntah malang dah berbau kena "ngap" gak. RM1500 hangus mcm tu je.dahla nak kawin byk nak guna duit kena tipu pulak.alahai..labu-labu..


Lokasi kejadian ni berlaku kat parking lot bandar sri permaisuri berhampiran ngan pasaraya hero.time tu kita org saja singgah nak tengok2 x pk pun nak beli.ntah kena ayat senyonyong agaknya beli gak sampai 2 plak tu. mula2 aku dgr si penjual puaka tu cakap enset tu original set. bila bwk balik aku tgk function dlm enset tu lain dr staf hubby aku punye. siap ada msg org len dlm inbox.


x puas hati..aku gi blk fair tu.aku tanya si penjual puaka dia ckp enset tu bkn ori set tp singapore set.aku maki la dia cukup2.aku ckp aku nak ori set.dia ckp ori set xde kat sini tp ada kat kedai dia. aku pun setuju nak beli sebab masa tu duit dah bayar rm1000.


nak x nak kena ambik gak sbb x leh ambik duit blk.aku pn tawar menawar dgn si penjual puaka.bos dia daring semcm je.hubby aku siap tipu yg ktorg keje kat jbtn kastam. tp penipuan tu x berguna langsung.bila bos dia setuju dia bg aku harga rm1000 utk 1 enset.then aku pn agree.ktorg ambik 2 enset.tp diaorg mintak ktorg tambah lg rm500.then rm500 lagi bayar masa ambik enset sbb enset kena booking dlu.x tau bodoh ke bangang ke ape ke ktorg masa tu mcm dh kena ayat...setuju je.gi atm kuarkn duit.


bila dah bayar si penjual puaka kuarkan resit, bg no fon, nama dia n cop kedai.dia suruh datang kedai hari isnin.lokasi kedai kat mines shopping centre.detail si penjual puaka uat ktorg percaya abis..no syak wasangka.
excited punye pasal ktorg pagi2 lagi dah gerak gi mines. bila sampai kat mines mcm nak gila cari kedai enset tu.tanya org sorang pun  xtau.dah bengang gila gi makan jap kat old town.nak makan pun time tu dah x selera.dlm kepala otak ni dah fikir "aku ni kena tipu ke?" aku kol si penjual puaka tu beriban kali tp x berjawab.mula2 org pompuan angkat n cakap salah no then ada org len angkat tp terus letak.


aku hantar msg kat si penjual puaka n ugut dia kalo dia tipu ktorg report polis.aku n hubby pun uat 1 round lagi cari kedai tu kat semua level.korg tau x betapa besarnya mines shopping complex tu.semput la ktorg cari.last2 aku decide utk gi counter information centre.bila aku tanya akak tu dia cakap xde pun nama kedai tu.dulu ada tp dah lama tutup.


rupa2nya akak tu cakap dah ramai org kena tipu dgn si penjual puaka tu.aku ni ntah makhluk malang yg ke bape ntah.time tu dlm hati ni mcm2 perkataan hlg sbr,hlg sopan n hlg kewibawaan kuar dr otak aku.mmgla betul2 puaka jembelang tanah!mcm haram!
aku n hubby pn uat report polis.time tu kena gak la syarahan dgn polis tu.'apasal la awak ni percaya sgt dgn fair mcm tu,lain kali nak beli enset biarla beli kat kedai yg proper, mahal ckit x pe janji x kena tipu". aku n hubby diam je sambil angguk tanda insaf.


pas uat report xde ape pun yg berlaku pas tu.sampi la ni..yg aku pelik camne la DBKL blh x cek ape jenis karnival n ape jenis brg yg si penjual puaka ni nak jual.janganla pentingkan untung je.kena la siasat dulu..aku still usaha utk uat report kat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.x la mengharap sgt duit tu turun dr planet marikh tp utk kepuasan hati.


aku harap kawan2 kat luar sana jgn mudah tertipu dgn si penjual puaka.x kira la korg nak beli brg ape pun terutamanya brg elektrik or brg yg mahal selidik la dlm2 sedlm jurang mariana pun xpe..janji x kena tipu.si penjual puaka  ni mmg kojenya mkn duit haram je.ape nk uat mmg dah puaka haram!.kami anggap Allah ambik ckit dari rezeki kami.


tentunya ada hikmah disebalik duit.yg plg ptg kejadian ni sgt2 memberi kesan pd aku n hubby.skang ni ktorg beli brg ape2 pun suke tanya banyak2 sampai si penjual tu tension.cukupla skali duitku terbang..x ku halalkan si puaka2 tu makan duit aku!




nota bibir seksi:)


Dengan duit RM1500 aku n hubby boleh beli 1 lagi set perabot umah ktorg.cuma tambah lg RM500 je.boleh gak beli seblnnya stok baju,gi honeymoon kat langkawi,or beli brg keperluan umah.si penjual puaka bodoh!!!!!!!!!!!!!!!!benci gle aku!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...