Wednesday, August 3, 2011

Katakan X Mo Pada Rokok

google


Di pagi Ramadhan yang mulia ini, kawan nak cerita pasal tabiat merokok. 

Dalam keluarga kawan adik beradik kawan lelaki mahupun perempuan semuanya bebas dari merokok. Yang merokok hanya ayah kawan. Itu pun dia x pernah hisap rokok kat rumah. Dah kurang berbanding dengan dulu. Kalau dia hisap pun masa2 tertentu time banyak kerja atau kawan bagi. Kesimpulannya, family kawan memang bebas dari asap rokok.

Masa zaman kawan muda2 lagi kawan memang x suka sangat dengan perokok ni. Memang pantang kawan kalau kawan bau asap rokok. Lebih2 lagi kalau kat kedai makan. Memang la kawan bengang.Kawan akan anggap orang yang melepaskan asap rokok kepada orang lain sebagai orang yang x ada sivik. Itula perkataan yang sesuai untuk orang macam tu. 

Perokok..bila sebut pasal perokok orang selalu tafsirkan yang perokok ni mesti orang x berapa baik @ jahat. Bagi kawan x patutla bagi tafsiran macam tu kat perokok. Memang x dinafikan bila orang merokok ni kita akan pandang  benda x elok kat diri orang tu. Ye la dah la merokok depan orang. X pasal2 orang lain yang x bersalah kena hidu asap rokok diaorang. Membahayakan kesihatan orang lain. Uols pun tahu kan orang yang hidu asap rokok tu lebih tinggi risiko untuk dapat penyakit berbanding dengan perokok. Bukan setakat tu je, puntung rokok pun diaorang buang sesuka hati diaorang je. Selalunya student yang kena tangkap kat sekolah sebab merokok mesti budak2 nakal. Betapa buruknya tafsiran yang diberikan oleh orang ramai terhadap perokok.

Tapi ada jugak wanita yang suka lelaki merokok. Katanya bila seorang lelaki tu x merokok x nampak macho la. Hek..Macho la sangat.  Bagi kawan merokok ni hanya membazirkan duit. Sekotak rokok je dah harga sampai RM8.50 (rokok yg sedap kononnya). Dengan jumlah tu kita boleh buat makan. Lagi bagus..dari buat sesuatu benda yang dah terang2 mendatangkan bahaya pada diri sendiri. Kalau dikira2 balik berapa banyak duit yang si perokok ni dah laburkan setiap tahun?  Dengan wang sebanyak tu macam2 kita boleh buat. Puas kawan fikir apa sedapnya rokok??? Tapi sampai sekarang x dapat jawapan.

Sejak kawan kerja kawan terpaksa belajar untuk terima kawan2 yang merokok. Ye la nak lepak makan sama2. Kalau x join terpaksalah makan sorang2. Nanti orang cakap sombong pulak. Nak x nak terpaksa jugak.Walaupun sebelum ni kawan memang x suka sangat dengan perokok. Bila bab nak memilih calon suami pun kalau boleh memang kawan x nak calon suami yang merokok.

Nak dijadikan cerita, kawan telah dijodohkan dengan lelaki perokok. Mula2 tu memang menyampah sangat bila tengok si dia merokok. Tapi nasib baik si dia ni jenis yang faham bahasa. Kalau kat rumah kawan si dia hisap rokok pun menyorok. Tu yang bila family kawan tahu dia merokok semua orang x percaya. Sampai semua orang cakap muka baik x kan la merokok...ermmm..kan bagus kalau semua percakapan orang2 tu benar belaka..bakal terjadi kenyataan ke..hampa...

Bila balik rumah belah si dia mulalah kawan migrain (dalam hati je). Mana  x  nya adik beradik suami kawan ada 5 orang lelaki. Yang x merokok cuma seorang je. Yang lain termasuk bapak mertua kawan memang perokok tegar. Bila balik kampung tu kawan terpaksa menghidu berapa banyak asap rokok. Aduh..sakit kepala. Memang x suka sangat2 tapi terpaksa terima sebab hormat kat perasaan orang lain.

Kawan masih lagi berusaha menasihatkan dan berdoa agar suatu hari nanti suami kawan akan berhenti merokok. Kawan dah pesan awal2 kat dia kalau ada anak nanti jangan nak merokok depan anak termasuklah masa dalam kereta. DILARANG SAMA SEKALI!!. Bukan ape kawan kesian tengok budak2 kecik tu baru nak hidup. Paru-paru diaorang tu bersih lagi. Kalau ye pun nak merokok jangan la dekat dengan budak2. Kasihanilah mereka.

Nota Bibir Seksi:)

Ayam berkokok di atas batang, hisap rokok penyakit datang...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al Mubarak


google

Salam Ramdhan buat semua umat Silam seluruh dunia. 

Ramadhan menjelma lagi..mudah-mudahan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Mudah-mudahan pengisian Ramdhan kali ini lebih bermakna. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi...

Tahun ni adalah tahun pertama kawan sambut puasa dengan suami. Seronoknya tidak terkata. Rasa nikmatnya hidup ini bila dapat menyediakan juadah bersahur dan berbuka bersama suami tercinta. Mudah-mudahan segala amal kami diterima oleh Nya.

Sebut pasal bulan puasa ni..yang paling orang x sabar nak pergi adalah Bazar Ramadhan atau bahasa slanganya PARAm (pasar Ramadhan). Kat bazar Ramadhan macam2 aneka juadah boleh kita dapati. Kebanyakkannya makanan eksotik yang jarang kita jumpa di bulan2 lain. Pada bulan puasa la peniaga2 nak dapat untung lebih untuk bekalan nak menyambut Syawal kelak. Orang yang x pernah berniaga pun akan berniaga bila bulan puasa ni. Kuih muih atau apa saja juadah yang dijual kadang2 cantik rupanya tapi rasanya x semenggah (x senonoh). Mane x nya yang jual kat bazar Ramadhan tu ramai yg bidan terjun.

Yang kawan pelik time puasa ni macam2 makanan kita nak makan. Bulan2 lain boleh je makan tanpa air manis. Minum air kosong pun x pe janji ada air x la tercekik nanti. Kalau makan xde kuih muih pun xpe..xde pencuci mulut pun xpe. Tapi time bulan puasa ni makan nak kena ada air manis yang sedap2..air cincau la, air sirap bandung, air katira dan segala macam air la yang ada kat bazar Ramadhan tu. Makan pulak mesti nak kena ada kuih muih. Dengan puding buah-buahan nya, dengan otak2, kuih muih je 3 atau 4 jenis. Belum termasuk kurma lagi..nasi dan lauk pauk lagi. Mana la nak sumbat makanan banyak2 ni.Sampai usus pun jadi ketat. MasyaAllah..

Bersederhanalah dalam menyediakan juadah bersahur atau berbuka. Dalam Islam pun x menggalakkan kita berbelanja berlebihan. Makan ala kadar dah cukup asalkan kita memperoleh berkat daripada ibadah puasa. Kalau pergi bazar Ramadhan tu confirm RM10-20 akan terbang macam tu je. Macam2 kita nak beli ikut nafsu serakah. Last2 yang makan tong sampah jugak.Kalau niat nak bersedekah kat jiran2 xpe jugak..dapat la pahala..ini tidak..tong sampah yg jadi gemuk. Bulan puasa ni baik untuk merehatkan sistem penghadaman kita setelah bekerja sepanjang tahun tanpa henti. Selain tu,bulan puasa ni la time kita nak berjimat dalam perbelanjaan harian sebab kita hanya makan sekali sahaja. Kalau nak berjimat masaklah juadah berbuka untuk bersahur sekali.Jadi x perlulah kita masak banyak kali. Kan membazir namanya.



Nota  Bibir Seksi:)


Apa yang penting keikhlasan kita dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut oleh agama kita. Bulan yang mulia inilah masanya untuk kita meningkatkan prestasi dalam ibadah kita. Mudah2an segala amal ibadah kita diterima olehNya...

Thursday, July 21, 2011

Masak Memasak....


google image

Dah 3 minggu rasanya kawan x uat entri. Busy dengan kehidupan harian ditambah lagi dengan perasaan yang bercampur baur sejak dua tiga menjak ni. Apapun x boleh kalau kepala sudah sakit memikirkan banyak masalah yang perlu ditanggung. Tapi bukan masalah yang kawan nak cerita. Kawan nak berkongsi cerita pasal masak memasak.

Masa zaman kawan muda remaja, zaman budak2 dulu la kawan memang x pandai masak. Suka nak belajar tapi mak kawan jenis yang x suka anak2 dia menyibuk kat dapur masa dia tengah masak. Mak kawan kata "Aku rimas tengok ramai2 orang kat dapur ni". Selamba je mak kawan sound..hikhik..So, kawan dan akak2 kawan memang x pernah la tolong mak kawan masak kat dapur. Semuanya mak kawan yang buat dari mula nak sediakan bahan memasak, sampai menumis hinggalah sampai menghidangkan lauk ..(terasa diri ku sangat malas masa zaman budak2 lu). Tapi kalau bab cuci pinggan mangkuk memang kami ber3 buat yer...(rajin gak kan)

Kawan start masuk dapur masa umur kawan 14 tahun. Itu pun ayah kawan yang suruh belajar masak. kalau mak kawan kerja dan x sempat nak masak hari tu so ayah kawan yang kena masak. Oleh kerana ayah kawan malas nak masak dia suruhla kawan yang masak sebab masa tu kawan kan sekolah petang so ada masa lah nak masak memasak ni.Tapi masakan kawan x pernah yang semenggah (senonoh). Lepas je mak kawan berhenti kerja kawan terus x nak masak lagi sebab kawan memang failed bab masak memasak ni.

Bila kawan habis sekolah STPM kawan dapat masuk U sejak tu la bermulanya hidup untuk berdikari. Makan minum x terjaga. Kalau rasa nak makan..makanlah kalau rasa malas..sanggup berlapar. Masa tinggal dengan family celik je mata makanan dah siap tinggal nak nganga mulut je.Kadang2 tu terasa rindu dengan masakan mak kat kampung. Apa2 pun hidup mesti diteruskan, kawan kena berjuang demi mencari sesuap nasi, demi menjamin masa depan yang gemilang. cewahhh..gemilang la sangat sampai sekarang pun x kerja lagi..hahaha...

Masa kat kampus dulu, kawan masak dalam periuk nasi elektrik. Segala macam benda kawan masak guna periuk nasi termasuk la goreng jemput2. Siapa sendalkan dengan sudu lagi supaya suis periuk nasi tu sentiasa ke bawah. Bila ingat balik memang lawak. Bukannya x boleh makan kat Kafeteria..kawan saja nak jimat duit sikit. Siap boleh buat amal jariah jemput kawan2 makan kat dalam bilik sambil buat asssignment. Tapi yang  sedihnya periuk nasi kawan kena rampas dengan Pihak Pengurusan Kolej masa diaorang buat spot check.Bengang tol kawan! Ye la memang bahaya pun masak guna periuk nasi tu..tapi budak2 kolej tu masak sendiri sebab kat kolej kami tu serba serbi mahal..yang termahal kat UKM.

Sejak zaman kampus tu la kawan banyak belajar cara-cara nak memasak. Belajar sendiri je..kawan tengok mak kawan masak pastu kawan tiru. yang bestnya sekali cuba dah menjadi. Silap haribulan kawan masak lagi sedap dari mak kawan..wakakaka..statement x leh bla..masakan mak paling best dlm dunia lor..

Sebelum ni kawan cuma tahu masak benda basic je macam masak asam pedas, kari, masak lemak cili api, goreng2 n sambal. Bila dah kawin ni asyik2 masak benda yang sama kawan sendiri rasa jemu sehingga kawan memberanikan diri mencuba masakan lain. Kawan tanya mak kawan dan cuba buat sendiri.Hah...hasilnya memang superb! Nasi ayam dan sup ayam yang kawan masak memang terbaik daripada ladang getah SIME DARBY. Bukan kawan yang kata eh..orang yang kata.

Nak tahu rahsianya..apa yang penting kita kena ikhlas masak untuk suami tercinta. Masa masak tu setiap apa yang kita buat kena baca Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan Ya Latif (niat dalam hati supaya makanan yang kita makan ni akan membuatkan kita baik akhlak sebab apa yang kita makan akan jadi darah daging)

Kesimpulannya,kawan memang bengang kalau orang perempuan x pandai masak. Lebih2 lagi orang yang dah kawin. Setakat masak benda simple2 takkan x tau. Sonang jo..Kalau nak balajar masak asam pedas dan sup boleh belajar kat dalam blog kawan ni (Blog aku dah macam blog Chef pulak siap ajar masak2..ekekeke...) Masak sendiri kat rumah banyak faedahnya..selain daripada menjamin kesihatan, kita dapat berjimat, berkat air tangan isteri atau ibu baik untuk keluarga kita. Usha2 dan fikir2kan la yer..



Nota Bibir Seksi:)

Orang Johor memang terkenal dengan masakannya yang sodap2..meh datang Muo..wah..sempat lagi aku promote negeri kelahiran ku..wakaka...

Saturday, July 9, 2011

Resepi Ayam Masak Merah

google image


Hi..everyone..

Today, kawan nak berkongsi resepi Ayam Masak Merah yang sangat simple untuk hidangan sekeluarga.
Let's try ya...

Bahan-bahan utama:)

1) Ayam - bergantung kepada uols nak masak berapa banyak
2) Bawang - bawang merah kecil dalam 5 ulas dan bawang putih 3 ulas. Hendaklah ditumbuk.
3) Halia - kuantiti sebesar ibu jari
4) Lada kering-yang telah diblender atau digiling 
5)Serai - 1-2 batang dan hendaklah dititik
6) Bahan perasa - garam, gula dan sedikit air

Cara-cara Memasak:)

1) Tumis kan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk.
2) Masukkan lada kering yang telah siap diblender dan biarkan sehingga lada betul2 garing
3) Bubuh garam, gula dan air secukupnya
4) Letakkan serai yang telah dititik
5) Masukkan ayam dan biarkan sehingga masak


Cadangan Hiasan:)

Hiaskan hidangan uols dengan daun saderi, kacang peas dalam tin tu bersama bawang goreng


Nota Bibir Seksi:)

Simple kan?? sedap plak tu..bagi sesiapa yang malas atau x berapa rajin boleh try menu ni untuk hidangan makan tengahari atau makan malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...