Thursday, March 10, 2011

Peringatan Dan Amaran Buat Wanita!!


google image
Perkara pertama yang akan ditanya kepada wanita di hari Akhirat adalah urusan solat dan suaminya. Adakah kamu menjalankan tanggungjawab kamu dengan baik?

Apabila wanita lari dari rumah suaminya solatnya tidak akan diterima sehingga dia kembali dan meminta ampun kepada suaminya

Mana2 perempuan yuang memakai bau-bauan kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki Ajnabi agar mereka tercium bau harumannya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap2 mata yang memandang itu adalah zina

Sebaik-baik wanita ialah dia tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi Muhammad S.A.W bahawa perempuan itu aurat maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan  menuntut ilmu dan berjual beli]

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasullah S.A.W bersama isteri2nya (Ummu Salamah R.A dan Maimunah R.A) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu  Maktum) Rasullah S.A.W menyuruh isteri2nya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah R.A "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah?" Rasulullah S.A.W menjawab " Bukankah kamu dapat melihatnya?"

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya

Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak diizinkan isteri membawa seseorang lelaki masuk ke rumahnya tanpa izin suami

Hendaklah isteri berpuas hati dan bersyukur (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah sama ada miskin atau kaya.
Nota bibir seksi
      Sangat bersyukur kerana dijodohkan dengan seorang suami yang sangat   
      penyabar






Istimewanya Menjadi Seorang Wanita


google image

Wanita istimewa kerana:)

Doa wanita lebih maqbul berbanding lelaki kerana wanita seorang yang penyayang

Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang Wali

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh

Hendaklah mendahulukan anak perempuan berbanding anak lelaki. Maka barangsiapa yang sukakan anak perempuan lebih daripada anak lelaki seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

Tidaklah seorang wanita yang Haid itu kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa2 nya yang telah lalu dan apabila pada hari pertama haidnya dia membaca "Alhamdulillah Alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah" segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah atas segala dosa: maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui Shiratul Mustaqim yang aman dari seksa bahkan Allah Taala mengangkatnya darjatnya seperti darjat 40 orang yang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya

Wanita yang tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama aku (Rasullah S.A.W) di dalam syurga

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiaga saudara perempuan atau dua anak perempuan lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga

Daripada Aisyah R.A " Brangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak2 perempuannya lalu dia berbuat baik kepadanya maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takut akan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya

Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu

Apabil memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab



Nota bibir seksi

Wahai kaum wanita semua rebutlah peluang untuk menjadi wanita yang terhebat..bersyukurlah kerana Allah telah menjadikan anda seorang wanita


Ungkapan Yang Belum Sempat Wanita Beritahu Lelaki

yahoo image

Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia control airmata maknanya dia sedang menangis dalam hatinya 

Bila wanita tidak menghiraukan kamu selepas kamu sakitkan hatinya, lebih baik kamu bla dan bagi masa untuk dia merawat lukanya sendiri sebelum dia pergi kepada kamu dengan mengatakan ucapan maaf

Wanita sukar nak mencari benda yang dia x suka pada diri orang yang  paling dia sayang sebab tu ramai wanita yang akan putus harapan di tengah jalan 

Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki , lelaki tersebut akan sentiasa berada di fikirannya walaupun ketika dia keluar bersama lelaki lain

Wanita akan cair macam coklat bila lelaki yang dia suka merenung ke dalam matanya

 Wanita memang suka dipuji tetapi  tak tahu nak buat reaksi apa bila dipuji. Tersipu2 je la..

Jika kamu tak suka dengan wanita yang suka kamu separuh mati, tolak cintanya dengan  cara yang paling lembut. Jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak tahu. Bila wanita dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja 

Jika seorang gadis mula jauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya biarkan dia sendirian. Jika kamu masih ingin berkawan dengannya tegurlah dia dengan baik

Wanita suka meluahkan apa saja yang dia rasa kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk dia meluahkan isi hatinya

Jangan sesekali bagi tahu pada wanita yang mereka tidak berguna kerana wanita banyak memainkan peranan dalam hidup

Jika lelaki bersikap terlalu serius dengan wanita ia boleh mematikan mood seorang wanita itu

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif terhadapanya wanita akan bersikap acuh tak acuh seperti tak berminat tetapi selepas itu di belakang lelaki tersebut wanita akan menjerit sepuas hati tanda kegembiraan yang terlampau dan semua rakan karibnya akan tahu bahawa lelaki tersebut telah memberikan respon positif padanya

Seukir senyuman memberi sejuta makna bagi wanita, jadi jangan senyum sebarangan pada wanita

Jika kamu suka pada seseorang wanita cubalah mulakan dengan persahabatan kerana wanita lebih suka mengenali hati budi sesorang dengan lebih mendalam

Jika seseorang wanita memberi banyak alasan jika kamu ajak dia dating itu bermakna dia sangat tak berminat pada kamu jadi jangan terhegeh-hegeh dengan dia. Tetapi dalam masa yang sama dia menghubungi kamu bermkana  dia memberi kamu peluang untuk terus berusaha memikat hatinya

Jangan sesekali mengagak apa yang difikirkan oleh wanita. Kalau nak tahu tanya dia sendiri 

Selepas seorang wanita jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ni lebih awal

Kalau kamu masih mencari bagaimana cara yang paling romantik untuk memikat wanita rajin-rajinlah selak buku2 jiwang

Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang akan wanita cari adalah siapa yang berdiri di sebelahnya buah hatinya kemudian barulah cari gambar diri sendiri

Wanita memang sukar untuk melupakan bekas teman lelakinya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang punya tempat yang paling istimewa dalam hatinya.

Satu ucapan "Hi" dari seorang lelaki sudah cukup untuk menceriakan hari seorang wanita 

Teman baiknya sahaja yang akan tahu apa yang dia rasa dan lalui

Wanita paling benci lelaki yang buat baik dengannya semata2 untuk tackle kawan karibnya yang paling cantik

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi

Semua wanita mahukan seorang lelaki yang akan mencintainya sepenuh hati

Senjata wanita yang paling berbahaya adalah air matanya

Wanita cukup gembira jika orang yang disayangi membuat surprise padanya. Mereka akan rasa sangat terharu dan sangat dihargai.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang suka ambil berat pada dirinya 

Wanita hanya mahu dicintai dan disayangi dengan sepenuh jiwa

Nota bibir seksi

Aku bangga menjadi seorang wanita kerana wanita mampu untuk menggegarkan dunia

Wednesday, March 9, 2011

KAHWIN MUDA

google image


Dunia remaja sangat indah untuk kita nikmati. Masa zaman remaja ni la kita nak explore realiti kehidupan yang hakiki. Time ni lah kita nak belajar macam2 perkara dalam hidup ni.  

Nak belajar kenal hati budi manusia, nak kenal apa itu erti cinta dan mengenal erti penat lelah mencari sesuap nasi. Pak Pandir cakap baru nak kenal dunia la katakan…

Hargailah zaman remaja yang kita ada kerana ia hanya sekali seumur hidup. Tak boleh rewind  ye…

Den cakap pasal zaman remaja ni bukannya apa. Kesian tengok  kawan2 den yang muda2 lagi dah jadi mak orang. Belum lagi puas menikmati zaman remaja. Belum lagi sempat membalas budi mak dan ayah. Dah jadi bini orang.

Nak buat macam mana kita yang berhak menentukan hala tuju hidup kita. Kalau itu jalan yang kita pilih maka kita terpaksa lalui.

Memang jodoh itu ditangan Allah, tapi kita yang merancang hidup kita. Allah hanya menentukan. Kalau kita rancang dari awal kita nak jadi orang yang berjaya dalam hidup  maka kita akan jadi orang yang berjaya dengan berkat usaha dan doa kita. Jika kita sengaja nak menjerumuskan diri kita dalam kancah kehinaan maka kita akan terjerumus.

Pokoknya, kita yang membentuk jati diri kita. Ibu bapa dan guru hanya menjadi pembimbing dan penasihat.

Perkahwinan bukan sesuatu yang mudah. Perkahwinan merupakan frasa baru dalam kehidupan setiap manusia. Hidup manusia akan dianggap sempurna jika dia telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Ya, itu memang benar!

Tidak salah kalau kita nak kahwin dalam usia yang masih muda jika kita telah bersiap sedia dengan segala ilmu di dada. Perkahwinan menuntut kita untuk berkorban dalam banyak perkara seperti dari segi masa, duit dan tenaga.

Tak  semestinya orang yang berkahwin pada usia muda tidak boleh membina sebuah keluarga yang harmoni dan mendidik anak2 dengan baik dan x semestinya juga orang dewasa mampu membina rumah tangga yang sejahtera dan mampu mendidik anak2 dengan cemerlang.

Perkara sebenarnya yang ingin den katakan adalah den simpati dengan nasib kawan2 den di luar sana yang kahwin kerana nafsu semata2 setelah terjebak dalam kancah kemaksiatan.

Keterlanjuran dalam perhubungan menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda walaupun pada usia itu mereka belum mampu untuk mencari sesuap nasi.

Dek kerana terlalu rakus dan ghairah ingin hidup bersama teman masing2 maka ikatan perkahwinan dicipta. Dengan fikiran dan perwatakan yang masih mentah, dengan tidak ada pendidikan yang melayakkan diri mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik mereka sanggup untuk menempuh kehidupan baru yang mencabar demi cinta.

Mereka masih seperti dulu..masih ingin enjoy dan melepak bersama teman2 di kala malam menjelma hingga keesokan harinya. Masih suka berfoya2 seperti orang bujang. Tidak tahu apa erti tanggungjawab dan apa erti sebuah perkahwinan.

Bila tiada tanggungjawab dan tiada persediaan dalam menuju ke gerbang perkahwinan maka akan timbul lah kucar kacir dalam rumahtangga. Masak pun tak tahu apatah lagi nak uruskan hal ehwal rumah tangga yang lain. 

                  
                   


Anak pulak lepas sorang, sorang lagi keluar. Bila dah berderet mulalah tension fikir macam mana nak bagi anak makan. Dengan pampersnya, dengan susu tepungnya, dengan pakaian dan segala keperluan lain. 


Huh..sesak nafas jugaklah nak bagi makan anak orang ni. Si suami pulak kerja setakat gaji RM 700. Bila anak dah berderet si isteri terpaksalah berhenti kerja. Kalau nak hantar anak kat Taska lagilah banyak modalnya. Seorang anak je dah RM 250-300. Mana nak cekau duit banyak tu, makan pun x cukup. 


Tulah dulu mak bapak suruh belajar x nak. Sibuk sangat nak kahwin sebab dah tangkap lentok dengan mat rempit tu. Kang dah hidup susah. Bila dah mengalami kesempitan duit mulalah tension memanjang. Asyik bergaduh laki bini. Anak2 lah jadi mangsa. Anak melalak nak susu pun dah tak dihiraukan, disepak2nya anak tu. 


Kesian..Lama2 jadi gila. Gila sebab duit tak pernah cukup, gila sebab tension anak2 asyik melalak, je, gila sebab suami asyik nak merempit je kejenya, anak bini x dihiraukan, gila sebab x boleh nak enjoy2 dengan kawan2, gila sebab banyak fikir macam mana nak buat kerja umah, nak jaga anak lahi, nak layan suami lagi dan macam2 kerenah hidup ni. Last2 masuk Tanjung Rambutan, paling tidak pun Gila Meroyan. Hah, kan dah menyesal seumur hidup.


Nota Bibir Seksi


Fikir2kan lah..kahwin ni memang seronok. Tapi perkahwinan bukan satu permainan. Mantapkan ilmu di dada baru anda layak bergelar mak dan ayah orang. Nak bagi anak orang makan bukannya senang, lain anak kucing tulang ikan pun di ngapnya. Renung2kan dan selamat beramal...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...