Monday, December 10, 2012

KADAR BAYARAN POS


Pos Ekspress Rates




Strictly For 1 Item Only
Only within Malaysia (including Sabah and Sarawak)
Transit Time : "Dijamin sampai esok"
Pos Ekspres guarantees the reach of the mails at the intended destination within one, two or three days depending on the delivery zone. Non-conforming to its highly valued standard of service in terms of speed, Pos Ekspres reaches out to more than 344 mail destinations within the country.

*Hanya untuk penghantaran kerongsang sahaja

No.SizeMax. Weight(gm)Max. Thickness(mm)Price(RM)
1353 mm x 250 mm500104.50
2229 mm x 162 mm25053.50
3220 mm x 110 mm10033.00
(Window / Non - window)
4340 mm x 250 mm1000257.00 (Packed)
5250 mm x 210 mm750256.00 (Packed)

Pos Laju Rates


POSLAJU :
*Sila semak di website Pos Malaysia untuk Jejak & Kesan (Track & Trace) barangan anda melalui Parcel Tracking Number seperti yang tertera di atas (semakkan boleh dibuat dalam tempoh 12 jam selepas masa penghantaran)

POS Malaysia Hotline: 1300 300 300
From: 8.30 am to 9.30 pm, Monday to Saturday
Note: Poslaju will leave you a notice card if nobody around when they deliver, you may call 1300 300 300 to ask for re-delivery.


Pos Laju Rates
500g = 2 items *bergantung pada barangan

Domestic

Peninsular Malaysia
Transit Time : 2-3 days working days
Cost :
First 500g : RM5.70 (with tax)
Next 250g : add on RM1.00 each (Maximum until 2kg)

Sabah 
Transit Time : 1-3 days working days
Cost :
First 500g : RM8.80 (with tax)
Next 250g : add on RM2.00 each (Maximum until 2kg)

Sarawak
Transit Time : 1-3 days working days
Cost :
First 500g : RM8.20 (with tax)
Next 250g : add on RM1.50 each (Maximum until 2kg)

International

Transit Time : around 3-4 days working days, depends on destination [please click here to check]
Cost : Depends on destination [please click here to check]



SKYNET
  • 1 to 3 days are required for delivery of goods to arrive (excluding non-working days)
  • Receiver shall contact SKYNET office @ 03-56239090 if the parcel is not arrive after 3 days
  • It is secure as recipient is required to sign for parcel/package upon receiving
  • Items shipped in SKYNET standard packaging
  • SKYNET is preferred as the courier company for any West Malaysia buyer
  • Location of the parcel/package and posting date can be tracked using SKYNET Tracking System


ABX COURIER SERVICE
  • 1 to 3 days are required for delivery of goods to arrive (excluding non-working days)
  • Receiver shall contact ABX office @ 03-77116688 if the parcel is not arrive after 3 days
  • It is secure as recipient is required to sign for parcel/package upon receiving
  • Items shipped in ABX Courier Service is in standard packaging
  • ABX Courier Service is preferred as the courier company for West Malaysia buyer
  • Location of the parcel/package and posting date can be tracked using ABX Tracking System


West/Semenanjung Malaysia

1-2pcs ladies clothes/Lingeries RM6
3-4pcs ladies clothes/Lingeries RM8

1-2pcs bags RM8
3-4pcs bags RM10

1-2pcs Men clothes RM8
3-4pcs Men clothes RM10

* Add on RM2 untuk setiap 1-2 pcs

Thursday, December 6, 2012

MURTABAK MAGGIE

Hahahaha...almost 1 year aku dah tak tulis blog. Aishh...ni betul2 dah rindu. Ok untuk permulaan penghujung tahun 2012 ni kita mulakan dengan menulis blog pasal makan. Hahaha..kita semua mesti suka makan kan? Ada ke orang x suke makan? Mesti orang tu cacat mental kalau dia cakap dia x suka makan kan? Ape2 je la yang penting kawan nak berkongsi menu untuk minum petang. Jeng Jeng Jeng..menunya adalah:)


MURTABAK MAGGIE













Caranya mudah je akak2 oi..Meh kita usha bahan-bahan yang diperlukan untuk buat MURTABAK MAGGIE. Bahan-bahannya adalah seperti berikut:)

1) Maggie Perisa Kari Cap Maggie (Jenama lain atau perisa lain x mau ye). Untuk hidangan 4-6 orang kita perlukan 3 atau 4 bungkus Maggie.

2) Daging lembu (Kuantiti ikut suka)

3) Cili atau lada (Siapa suka pedas boleh letak lebih, siapa tak suka pedas tak payah letak langsung)

4) Telur (Kuantiti dalam 3-4 biji,tak boleh kurang sebab nanti tak jadila murtabaknya)

5) Daun saderi / daun sup (Kuantiti daun saderi pun ikut suka korang,banyak sangat pun tak best jadi yang sedang-sedang je la)

6) Bahan-bahan lain (Bagi yang suka masin tambahlah sedikit garam,bagi yang suka pedas boleh tambah black pepper sikit,bagi yang tak makan daging boleh letak ayam,udang,sotong,fish ball dan apa-apa je bahan yang korang rasa suka dan akan menyedapkan lagi murtabak maggie korang. Macam tu jugak dengan sayur-sayuran.)

7) Minyak masak ( 1 sudu atau 2 sudu besar dah mencukupi)

Cara-cara nak masak pulak macam ni dik oi...

1) Rebus daging sehingga empuk dan cincang / hiris kecil-kecil

2) Rebus maggie sahaja tanpa perisa kari. Selepas maggie masak tos sehingga kering.

3) Pecahkan telur dan pukul sehingga sebati

4) Masukkan perisa kari Maggie dan kacau

5) Masukkan hirisan daging yang telah dicincang tadi atau bahan-bahan lain untuk digantikan dengan daging

6) Masukkan cili yang telah dihiris

7) Masukkan daun saderi dan sayuran lain

8) Tambahkan sedikit garam dan black pepper dan kacau semua bahan-bahan tadi sehingga sebati

9) Panaskan kuali dengan sedikit minyak

10) Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam kuali. (Pastikan anda menggunakan kuali leper atau boleh juga dimasak dengan menggunakan oven.)

-Pastikan suhu api dapur anda dalam keadaan kecil atau sederhana

-Apabila sudah masak terbalikkan MURTABAK MAGGIE tersebut dengan hati-hati..kalau tidak hancur semuanya.Terbalikkan pun kena ada style taw..kihkihkih...

Dah pun siap!! Boleh dihidangkan untuk minum petang bersama suami tercinta atau seisi keluarga.
Selamat Mencoba ya!!

Nota Bibir Seksi:)

Resepi Murtabak Maggie ni jiran kawan sebelah umah yang bagi. First time rasa..huh..memang nak lagi!

Sunday, November 13, 2011

Telur Goreng Campur Javanese Style


Alamak..memang sudah lama kawan x jenguk blog kawan ni.selalu usha dari jauh je. Al maklumla sekarang ni kawan dah jadi career woman semula. Bila dah start keje memang x de masa la kawan nak menulis blog. Kalau ada masa pun kawan lebih memilih untuk spent masa dengan buah hati..hikhik..So, untuk permulaan hari ni kawan nak kongsi resepi yang paling simple untuk orang bujang dan orang pemalas. Kahkahkah..memang sesuai sangat menu ni dengan orang macam tu. Idea nak kongsi menu ni pun terkeluar masa borak dengan kawan satu academy yang berbangsa jawa. Dulu masa kecik2 ayah kawan selalulah masak macam ni sebab itu je yang ayah kawan tau..haha..Pas tu terus kawan ambik laptop and mengarang cerita. Excited sangat bila teringat zaman kanak2. So find out more apa yang uols kena prepare untuk masak "Telur Goreng Campur Javanese Style".


Bahan-bahan yang perlu disediakan:)



1) Telur - kuantiti ikut suka uols la. Kalau nak buat banyak letak la banyak. Anggaran dalam 3-4 biji telur yang paling sesuai coz kalau kurang telur nanti x sedap. Apa yang penting mesti cuci dulu ye supaya segala benda asing yang melekat di atas permukaan telur dapat disingkirkan.


2) Bawang Besar - Kuantiti depend pada uols tapi kalau banyak lagi best. Dikupas kulitnya dan dihiris besar2. 


3) Belacan - Bagi sesiapa yang x ada penyakit resdung bolehla letak belacan banyak2..memang kaw la rasanya nanti.Nama pun masakan jawa mesti kena ada belacan.


4) Lada Hijau - lada basah,cabai atau ape sahaja la yang uols panggil dalam bahasa loghat negeri masing2..yang penting mesti warna hijau. Kalau warna merah rasa sudah lari wo...nanti mau kejar semput wo...Yang penting kena hiris memanjang dan senget sikit.hehe..


5) Ikan bilis - kuantiti terpulang pada uols. Mesti dibuang segala isi perut ikan bilis tu.


6) Minyak - kuantiti jangan terlalu banyak.. yang sedang2 saja...


7) Garam - kuantiti terpulang la janji secukup rasa. Kalau dah letak belacan banyak x payah letak garam banyak sangat nanti terlebih masin sakit darah tinggi pulak.



Cara-cara Memasak:)



1) Panaskan minyak dalam kuali leper. Kuantiti minyak jangan terlalu banyak. Sedang2 je..


2) Masukkan belacan terlebih dahulu goreng hingga garing sambil tu hancurkan.


3) Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Kalau goreng x garing x sedap ye.


4) Kemudian, masukkan bawang besar yang telah dihiris. kacau sehingga sebati..


5) Masukkan lada hijau yang telah dihiris


6) Last but not least, masukkan telur yang dipecahkan terus dalam kuali. Kacau sehingga sebati dengan bahan yang telah dimasukkan tadi.


7) Bubuh garam secukup rasa.


Garnishing dengan bawang goreng..dah pun siap...kalau nak tambah tomato dipotong dadu atau udang basah yang kecik tu pun sedap gak.  Cubalah pelbagaikan memang mantap rasanya..Ok chow...



Nota Bibir Seksi:)


Masakan ni la yang bapak den selalu masak bila dia malas nak gi pasar beli lauk.haha..simple but nice.

Thursday, October 6, 2011

Resepi Cendawan Goreng



Hai..morning everyone in the world...


Hari ni kawan nak berkongsi menu yang paling senang dalam dunia...hahaha....pagi2 ni tiba2 je ada mood nak tulis entri baru pasal makan coz baru semalam kawan masak cendawan goreng. Jadi x salah la kalau nak berkongsi dengan uols kan?? Mari kita mengintai kat dapur kawan..ape agaknya resepi cendawan goreng ye??


Bahan-bahan yang perlu disediakan:)


1) Cendawan tiram 



2) Tepung goreng serbaguna (kalau boleh guna tepung goreng ayam kentucky,jenama x kisah bantai je janji sedap)



3) Jintan putih dan jintan manis (kalau rasa nak tambah rempah lain pun boleh kasi lagi sedap)



4) Telur (selalu orang akan ambil yang putih saja tapi kawan suka ambik semuanya coz jimat nanti telur kuning tu xde sape nak makan..kalau nak goreng pun alahai..kemetot no xde selera orang nak makan ..betul x?..)



5) Minyak 




Cara-cara menyediakan masakan:)



1) Siang atau ceraikan cendawan kepada bentuk yang lebih kecil supaya senang nak goreng.



2) Tumbuk jintan putih dan jintan manis atau segala rempah yang ingin digunakan. Masukkan rempah tersebut ke dalam mangkuk yang berisi tepung serbaguna. Gaul sehingga sebati.



3) Tuangkan minyak dalam kuantiti sederhana dan biarkan sehingga betul2 panas.



4) Sementara menunggu minyak panas uols bolehlah pecahkan telur dan pukul sehingga sebati (kuantiti telur bergantung pada kuantiti cendawan yang hendak digoreng)



5) Guling-gulingkan cendawan tadi ke dalam telur yang telah dipukul dengan sebati



6) Kemudian guling-gulingkan juga cendawan yang telah dicelup dengan telur ke dalam tepung serbaguna tadi. Pastikan semua permukaan cendawan bersalut dengan tepung



7) Setelah minyak panas, masukkan cendawan yang sudah bersalut dengan tepung tadi. Kawal api gas supaya tidak terlalu besar. Jika minyak uols betul2 panas pasti cendawan akan garing tanpa perlu membesarkan api.


8) Ulang perkara 7 sehingga cendawan habis digoreng dan hidangkan serta merta. Jangan tunggu lama coz nanti cendawan akan jadi lembik dan sejuk. Time tu da x sedap mau makan.



Nota Bibir Seksi:)


Selamat mencuba ye !!  Kawan chow dulu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...